........... Sidang Akhbar Kedua - Azlan Kemukakan Bukti2 Menyokong Dakwaan Konspirasi Umno ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sidang Akhbar Kedua - Azlan Kemukakan Bukti2 Menyokong Dakwaan Konspirasi Umno !

Monday, March 11, 201312comments


Berlangsung sudah PC kedua Azlan. Ada 3 point utama yang boleh kita sentuh -

1 - Ceh.... Rupa-rupanya PC Azlan yang kedua tadi cuma nak umum masuk Pkr jer ...... Setakat nak masuk parti politik tak payah panggil Sidang Akhbar la, LU SIAPA ? Mamat ni bajet dia dah glamer kot .... 

Ingatkan Azlan nak kemukakan BUKTI2 yang dia kata dah kumpul bagi mengesahkan dakwaannya yang Kes Anwar Liwat2 itu adalah satu konspirasi Umno. Ada video klip ker ..... ada resit2 ke ..... ada bank-in slip ke ...ada surat2 ke .... ni tidak, nak umum masuk Pkr je hahahahahahaha ......

Para pencacai Pas pun ikut heboh la ....... padahal mereka sepatutnya bertanya - Kenapa tak masuk Pas ? Bukankah Azlan sudah insaf, sudah melihat cahaya Kebenaran .... mungkin cahaya Kebenaran tu tak penuh lagi kot, tu yang dia pilih Pkr dan bukannya Pas.

Lepas tu diorang akan jawab, sama saja masuk Pas ke Pkr ke atau Dap. Sebab perjuangan semua SAMA. 

Lepas ni Azlan akan diheret kemerata ceramah seluruh negara bagi bercakap RETORIKS tanpa disertai sebarang bukti dan tanpa boleh disoal balik, bagaimana beliau telah bersandiwara selama 5 tahun dan hanya sedar ngam-ngam sebelum kempen PRU13 bermula.

2 - Azlan TAKUT nak bersumpah ...... dengan alasan ia tak memberikan apa-apa makna. Mungkin Azlan juga baru sedar yang perbuatan Bersumpah Mubahalah itu tidak berfaedah.

Sama jer dengan Anwar .... Mereka lebih rela membuang masa bertekak lama kenapa tidak perlu bersumpah padahal untuk melakukannya cuma sekejap saja, tanpa melibatkan sebarang kos pun malahan mereka bakal mendapat mileage luas jika melakukannya.  Bukannya nak suruh buat benda haram pun. 

Malah Nik Aziz sendiri pernah bersetuju dengan amalan Bersumpah junjung alQuran ini dulu ..... SEBELUM Saiful bersumpah.

"Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," mStar @ Bernama 4 Jul 2008

Ya, Bersumpah ini tidak memberi kesan dalam Mahkamah tapi pada pandangan orang Islam, sekurang2nya ia memberi gambaran yang sipelaku itu YAKIN SEBENAR2NYA yang dia bercakap benar setakat yang dia tahu, dan dia BERANI bersumpah dengan nama ALLAH untuk mempertahankan kebenarannya.

3 - Pkr TAKUT tembelang pecah .... makanya sidang akhbar berlangsung sekejap jer, tidak sampai pun 20 minit !

Sementara itu, sidang media pagi ini dipendekan oleh pihak PKR yang kurang senang dengan soalan-soalan yang ditanya oleh para pemberita.

Tidak sampai 20 minit sidang media itu berlangsung, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution menamatkanya dan membawa Azlan pergi ke tingkat lain. KLiK

Hahahahaha ..... agaknya kalau PR berkuasa nanti, semua Sidang Akhbar para pemimpin kerajaan PR akan dipendekkan kalau wartawan tanya lebih2 ....apatah lagi dihujani soalan2 yang mereka tak boleh nak jawab. Ada tak dalam Manifesto PR - 'Sidang Akhbar akan dipendekkan jika wartawan tanya lebih.' - itu janji PR !


Last kopek yang ini - hahahaha .... Pkr terpaksa pakai blogger nak coverline ! Saja nak bikin kecoh untuk alih isu hahahaha



Pembangkang sepatutnya baca paper Sinar yang mendapati hasil tinjauan yang dibuat, rakyat rasa payah nak percaya dengan Azlan dan antara sebab utamanya adalah Sumpah Laknat yang dibuat oleh Saiful sambil ditemani Azlan, dan kini setelah hampir 5 tahun berlalu, Azlan tampil mendakwa semuanya hanya sandiwara. KLiK

Yang pasti, pembangkang baru saja merekrut seorang lagi badut bagi menghiasi pentas2 ceramah kempen PRU13 mereka...

PS - Tajuk artikel ini saya dah siap tulis pagi tadi lagi dah, sebab itu jangkaan saya dan jangkaan ramai orang diluar sana. Malas saya nak tukar ..... jadi saya biarkan saja.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 6:04 PM

Bro, dari tajuk sampai ke titik last, bro balun tah hengat, kaw-kaw bagi ! TERBAAAEEEEKKKKK !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 6:18 PM

Kalau PR memerintah bukan 20 minit aje malah 20 jam PC dijalankan ko tanyalah memacam soalan sampai ko letih..dia peduli apa sebab dah menang..salah soal ko kena saman..bila PR dah tawan MEDIA terutama TV3 ko tengoklah semua berita yang muluk muluk aje yang buruk buruk hanyalah menghentam BN yang katanya tak tahu mentadbir..TENGOKLAH Kalau tak percaya..masa tu semua media available cuma wartawan jadi cam tikus soal lebih lebih dalam masuk..

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2013 at 6:26 PM

@Anonymoussalah soal jer kena saman hahahahaha ..... masyuuuuk !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 6:37 PM

Dalam pkr ada ramai penulis skrip. Semua skrip untuk azlan dah siap, cuma tinggal untuk dibacakan sahaja. Cukup mudah kerja azlan.

Cuma, apa yang pasti kehadiran azlan langsung tidak memberi impak kepada umno. Lainlah kalau Saiful sendiri yang buat u-turn, mungkin sedikit-sebanyak akan memberi kesan kepada umno.

Sebelum ini dah ramai pelakon baru dan lama telah dijemput seperti rpk, bala dan deepak. Namun, semuanya gagal melakonkan watak dengan baik. Inikan pulak nak dibawa masuk pelakon baru bernama azlan yang nampaknya bakat beliau masih perlu diasah.

Sebagai pengarah merangkap penerbit, anwar sepatutnya mengupah pelakon yang lebih berwibawa daripada azlan. Saya percaya, sedikit masa lagi cybertroopers bn pasti akan mengkantoikan azlan. Lebih-lebih lagi apabila joe abdul yang membawa masuk azlan adalah mp pkr yang kantoi gelak besar ketika menonton video box-office bersama trio dato t.

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2013 at 7:07 PM

Abis kat penang tu apa lge buat? mengangkang? Sama gak buat pc lepas tu maki wartawan kata stupid. Tp nasib baik ada melayu2 jenih ni yg sanggup jilat b*n*tot lge, siap angkat jadi khalipah...hehehe... PR...PR..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 7:40 PM

Setahu aku yg bnyk melakon kn drama ada lh puak UMNO/BN.Klau ikut kn drama2 UMNO/BN, PKR,DAP dn PAS dh lama kosong.Ber duyun2 ahli2 parti ni keluar parti.Yg tinggal dlm PKR cuma DSAI,Dr Wan Azizah dn Nurul Izzah je.DAP tinggal Karpal,Kit Siang dn Guan Eng.PAS pula hny Hj Hadi dn Nik AZiz je.Ahli2 PKR tk ambil pot pun hal bapa Saiful buat U-Turn.Bkn dia asas kepercayaan kami.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 11:33 PM

So..bila nak bersumpah atas nama Allah yang Agung? Hanya orang munafik sahaja yang takut bersumpah dengan cara Islam..kita berserah kepada Allah..itu asas kepercayaan umat Islam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2013 at 12:53 AM

Sumpah laknat?..huhu..jgn arap puak2 pr ni nk trime bang din..agknye dorg cme lyn sumpah smbil pgg kitab pe tah aritu mcm yg PI BALA buat aritu kot..hehe..cer mntk pokcik azlan tu sumpah cra cmtu,mgkn bru puak2 pr ni akn hebahkn sbagai sumpah yg blh d percayai n d trime..haha

aD aZRai

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 1:02 AM

@AnonymousMissed that one... Thks :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2013 at 6:50 AM

Jika benar ianya adalah fitnah yang mengaibkan dirinya. Kenapa Anwar tidak bersungguh-sungguh membela dan mempertahankan maruah dirinya dengan melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut :

1. bersumpah laknat atau mubahalah.
2. melakukan ujian pembohongan poligraf
3. menyerahkan sampel dna secara sukarela
4. bersumpah di kandang tertuduh
5. menyaman semua individu yang memfitnahnya seperti ummi hafilda, nallakaruppan, eskay dan saiful bukhari

# untuk rekod, anwar terlepas dari tuduhan liwat hanya kerana kesilapan teknikal ( technical error) . Liwat I yang dipertikaikan ialah tarikh kejadian liwat itu berlaku kerana dikatakan pada tarikh berkenaan tivoli villa masih belum dibina. Manakala bagi Liwat II pula, kekhuatiran pencemaran terhadap sampel dna kerana sampel diambil dari sel tertuduh dan bukannya dari tertuduh sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2013 at 11:19 PM

@Anonymousdema kata sistem undang undang kita dah lapuk dan dah dibeli, kalau pegi kat tempat yahudi maule dema buat kut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2013 at 10:38 AM

tak kan masuk amno aje panggil sidang akhbar. masuk parti isma, dap, pkr, pas pun nak ada sidang akhbar la jugak.
dengki tul lah.....

Post a Comment