........... Satu Soalan Mudah Buat UMNO Terengganu / Pusat | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Satu Soalan Mudah Buat UMNO Terengganu / Pusat

Sunday, March 3, 20133comments

Saya ada SATU jer soalan MUDAH yang dah lama saya nak tanya kepada Umno BN ... tak kiralah hok Terengganu ke atau Pusat. Soalan ini pun dah banyak kali ditimbulkan oleh ramai rakyat Terengganu dan saya BUNTU nak jawab. 

TAPI soalan ini bagi saya PENTING buat rakyat Terengganu. Dan saya tanya soalan ini pun atas nama seorang rakyat Terengganu, tak kiralah saya sokong manapun.

Soalannya berbunyi begini -

Sekiranya PR menang dan BN tewas di negeri Terengganu, apakah wang ehsan atau royalti yang diterima setiap tahun dari kerajaan pusat akan terus dibayar kepada kerajaan negeri yang baru atau akan disalurkan melalui Umno Negeri ?

Maksud saya, sepertimana yang berlaku waktu Pas jadi kerajaan dulu ....

Oya, satu lagi lah.... tapi yang ini kepada PR pula supaya adil. errr.... sebenarnya soalan yang berpaksikan premis yang SAMA cuma dilihat dari sudut lain.

Soalannya berbunyi begini -

Sekiranya PR menang dan BN tewas di negeri Terengganu TAPI BN masih menguasai PUTRAJAYA, apakah segala janji2 PR mampu ditunaikan ? Atau ia harus datang dalam Pakej - Negeri dan Pusat kena diberi pada PR baru boleh berkira ?

Tak salahkan tanya begitu .... biar jelas kepada pengundi sebelum mereka memangkah !

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2013 at 8:10 AM

Din, ko jangan cakap camtu. Kecik ati Mat Said nanti. Dah macam-macam dia wat untuk Ganu. Aku pasti Ganu akan terus jadi milik BN untuk tempoh 5 tahun lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
March 3, 2013 at 8:27 AM

@AnonymousSaya pasti tidak ada pemimpin yang mahu menjadikan rakyat mangsa politik kan ? kan ? kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
March 3, 2013 at 8:30 AM

Oya, saya rasa soalan itu patut ditujukan pada Najib. Yalah, kalau ditakdirkan BN tewas peringkat Negeri, MatSaid pun tak boleh nak kata apa dah :)

So .... PM ?

Mungkin rakyat Sabah Sarawak pun nak tahu juga ...

Post a Comment