........... Rosmah Mansor - I LOVE YOU ! ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rosmah Mansor - I LOVE YOU ! !

Wednesday, March 20, 20131comments

Artikel MENARIK saya copypaste dari rakan blogger FlyingKick -

 ROSMAH MANSOR MEMANG QUEEN CONTROL!!! APASAL, DENGKI?


Tak faham sungguh la dengan pecacai Anwar Ibrahim ni. Apa masalah mereka dengan Rosmah Mansor yang mereka dengki sangat, yang mereka sakit hati sangat?

Rosmah Mansor adalah isteri Najib Abdul Razak. Sebagai isteri, dia ada syer dalam hidup Najib Abdul Razak walaupun Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia. Sebagai isteri, dia juga adalah pembantu peribadi Najib.

Dalam Islam, isteri dan suami adalah satu perkongsian. Bukan setakat untuk melepaskan nafsu syahwat dan kemudian menjadi kilang beranak, kemudian menjadi hamba sahaya dan abdi kepada suami. Isteri dalam Islam, mempunyai peranan besar di samping suami. Dan dalam Islam, isteri sebenarnya adalah TUAN BESAR kepada suami.

Kalau Rosmah Mansor dikatakan QUEEN CONTROL Najib Abdul Razak sebab sangka-sangka mereka, adakah riwayat yang menceritakan tentang Nabi s.a.w membasuh baju, memasak dan tidak mengganggu tidur isterinya sehingga baginda tidur di muka pintu, dianggap sebagai Nabi s.a.w telah kena QUEEN CONTROL Ummu Mukminin?

Apakah takrifan QUEEN CONTROL kepada para pecacai Pakatan? Bagaimana pula yang dikatakan tidak kena QUEEN CONTROL?

Adakah seorang isteri yang sanggup berbuat apa-apa sahaja, hatta merelakan perbuatan jahat dan mungkar suaminya seperti Wan Azizah dianggap sebagai lebih mulia berbanding kalau Wan Azizah mempertahankan yang haq?

Adakah seorang isteri seperti Tuan Sabariah yang mula membuka mulut dan menyatakan bahawa ajaran Nik Aziz seringkali menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar, akan dianggap sebagai QUEEN CONTROL? Adakah sikapnya yang mendiamkan diri, dan langsung tidak menasihati dan 'menjaga' suaminya, dianggap sebagai terlebih mulia di sisi Allah Taala dan Nabi s.a.w?

Atau adakah isteri yang dipandang mulia oleh pecacai Pakatan merupakan isteri yang bongok, tolol, bisu, pekak, buta hati dan buta perut? Yang akan patuh kepada apa-apa sahaja perintah si suami dan menjadikan serta mengangkat suaminya seumpama maharaja dewataraya?

Dan adakah wanita pada pandangan para pecacai Pakatan, perlu sentiasa berada di belakang suami, tidak boleh seiringan dan tidak boleh sepentas kerana beranggapan wanita itu lebih hina berbanding lelaki?

Kalau Ummul Mukminin Syaidatina Aisyah r.a yang mempunyai nama manjanya kepada Nabi s.a.w menjadi tempat rujukan utama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, begitu jelas, terang dan nyata sebagai contoh teladan untuk umat Islam, mengapa pula para pecacai Pakatan cuba menyelewengkan ajaran Islam yang mereka sendiri kata, merangkumi segala aspek kehidupan.

Terimalah hakikat wahai sekalian pecacai.... lelaki tidak lebih baik daripada wanita. Bahkan dalam Islam, wanita menempati kedudukan yang lebih mulia berbanding lelaki. Dan seorang isteri itu, tempatnya adalah di sisi, bahkan kengkadang di hadapan suami, bukannya di belakang suami, jalan menunduk sambil mengangkat beg dan perlu melayan suami bagaikan si suami itu tajalli sang dewa ke muka bumi!!!

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2013 at 8:30 PM

salam,

wow! ah jib gor pun tak dapat nak bela dsr macam penulis cakap. ya lah tang perbandingan. mereka tak lihat kat situ. yg mereka lihat tang aurat, tang bagi perintah, beli belah, isteri orang kena layan dsr (dah isteri orang berpangkat) dan pelbagai lagi la.

mereka dok sanjung azizah begitu tinggi pasal dok harap isteri mereka macam tu juga. jadi bodoh dan percaya kat laki 10000000%. walaupun sekecil zarah tetap percaya suami anugerah tuhan india, oppss tuhan cina, bukan tuhan kristian. kalu isteri aku macam azizah, boleh kot kawin 4 dan anak semua isteri tanggung dan aku seperti orang bujang tak ada tanggungjawab. balik bagi nafkah batin jer. mana nak cari beb. berak pun isteri basuh. memang bertuah anwar dapat isteri seperti azizah yang rela kongsi suami dengan sesiapa sahaja. tu yg jadi pujaan abim.

Post a Comment