........... Rendahnya Maruah Agama Dan Bangsa Bila Ditangan Orang Pas... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rendahnya Maruah Agama Dan Bangsa Bila Ditangan Orang Pas...

Monday, March 25, 20134comments


Menarik sekali artikel terbaru Dr Ridhuan Tee kali ini. Kali ini beliau membuat analisa ringkas akan hubungan Pas-Dap setelah 5 tahun bertahaluf siyasi. Kalau pada awal bertahaluf, pemimpin2 Pas boleh mendakwa apasaja akan kelebihan cara Pas PR berbanding cara Umno BN kerana soal niat dan keikhlasan tidak ada siapa yang boleh baca.

Kononnya hasil tarbiyah Pas, pemimpin2 Dap sudah mula terbuka hati untuk mempelajari dan memahami Islam. Memahami psikik orang Pas yang lebih mementingkan luaran/kulit demi menunjuk2 pada rakyat dan Umno khususnya, memudahkan pemimpin2 Dap memperbodohkan orang2 Pas.

Begitu mudah sekali pemimpin2 Dap menipu orang Pas. Hanya bermodalkan beberapa patah ayat Quran, atau cuma sekadar memberi salam saja sudah cukup untuk kafir Dap mendapatkan sepenuh sokongan dari orang Pas. Lebih memalukan bila ada orang kafir Dap yang melaungkan TAKBIIIRRR ! , terus disambut beramai2 orang Pas untuk ikut bertakbir Allahuakbar !

Begitu mudah sekali orang Pas terpengaruh dengan lakonan kafir Dap. Bagi orang Pas 'iman' kafir Dap jauh lebih baik dari iman orang Umno.



Misalnya, DAP dan mereka yang sewaktu dengannya, mahu mengikuti pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz (KUAA), tetapi gelagat dan perlakuan mereka langsung tidak mencerminkan. Bila pemimpin mereka sebut sahaja mahu mengikuti KUAA, kita pun bertakbir Allahhuakbar. Sedarkah kita apa agenda mereka? Sejak dari dahulu lagi saya mendengar, PAS mendakwa ramai pemimpin DAP sudah cenderung kepada Islam atau mahu memeluk Islam. Mana dia?

Sehingga ke hari ini, bukan sahaja agama Islam tidak dipeluk, tetapi ditentang habis-habisan. Apabila mereka tersepit, perlu sokongan, maka ayat-ayat suci al-Quran dipetik dan diterjemahkan. Kita terpesona dan terus bertakbir, Allahhuakbar. Lalu, kitapun berkata, “tengok! DAP pun nak Islam, berbanding UMNO”. Kita gunakan ‘Islamnya DAP’ untuk menolak persaudaraan UMNO. Kita sanggup kafirkan UMNO, kononnya untuk mengIslamkan DAP. 


DAP tidak ada pilihan untuk berkuasa, melainkan berkawan dengan PAS. DAP tidak mudah lunak dengan Islam, selagi orang Islam belum dapat ditundukkan. Hari ini, kita lihat siapa tunduk kepada siapa? DAP tunduk kepada PAS atau PAS tunduk kepada DAP. DAP  menjadi lunak kepada PAS kerana PAS sudah semakin liberal dan terbuka. Jika PAS masih berpendirian seperti dahulu, mana mungkin DAP akan berkawan dengannya. Dahulu, pengikut PAS tidak pandai bertepuk tangan dalam majlis, tetapi semenjak berkawan dengan DAP, PAS bertepuk lebih kuat daripada UMNO. 


Dahulu, sebut sahaja DAP, semua kafir. Tetapi sekarang, boleh pula menjadi kawan musafir. Maklumlah, bila menjadi musafir, semua ibadat yang ketat menjadi longgar. Dahulu tak boleh, sekarang boleh. Kalimah Allah, sekejap boleh, sekejap tidak boleh. Semuanya gara-gara ultra kiasu. PAS gagal memahami antara prinsip dan budaya masyarakat Melayu. 


KUAA melaksanakan Islam dalam pemerintahannya. Namun, apabila Kerajaan Kelantan mahu laksanakan hudud, kaunter berasingan lelaki perempuan di pasaraya, saloon, dan sebagainya, semua ditentang. Pendek kata, apa jua agenda yang ada kaitan dengan Islam ditentang. Seolah-olah negara ini tidak ada asal-usulnya. 


Apakah ada mana-mana pembaca dari kalangan orang Pas yang mahu menafikan apa yang ditulis oleh Dr RT diatas ? 

Cuba ingat balik beberapa nama pemimpin kafir Dap yang pernah menyebut beberapa patah ayat Quran dulu ..... konon mereka sudah mula mempelajari Islam, sampai Nik Aziz turut menempelak kita yang mengkritik seolah tidak mahu melihat orang kafir berjinak2 dengan Quran dan Islam. Apakah mereka itu MASIH belajar Quran ? Dah masuk juzuk keberapa selepas 5 tahun mengaji ?

Atau setakat yang dihafal dulu jer yang mereka duk ulang2.... entah2 mereka pun dah lupa apa benda yang mereka sebut dulu. Tunjukkanlah bukti apa yang dikatakan sebagai 'sudah mula memahami Islam' itu ?

Dap yang bertambah Islam atau Pas yang bertambah liberal ? Paling kelakar bila ramai pencacai Pas yang begitu TERDESAK mahu menonjolkan betapa Pas sudah diterima oleh orang kafir sehinggakan jika ada Meenachi yang bergambar depan kereta lembu yang punya bendera Pas pun orang Pas akan bertakbir sakan !

Seperti kata seorang pengomen saya @ terjuntiruk dalam artikel sebelum ini -

Xsusah nk lim kit siang nk menang hati pengundi pas, cakap pi la apa pon,ayat last mesti jerit takbir (takbilll).dgn itu saja org pas akan ckp LKS dh lebih islam dr umno. Org pas kan cpt sronok...xcaya try tgk kat blog diorg,title mcm ni mmg byk. "MIC dh goyang tgk gambar ni","MCA menangis tgk gambar ni," bila klik,gambar org india atau cina pakai baju pas.... Fuh,itu pon diorg dh ckp berjaya mbuka hati org bkn islam MENDEKATI Islam.

Tak pernah pulak saya baca mana2 pemimpin Dap yang memuji2 pemimpin2 Pas ..... ada tak ? Atau media Dap yang bersungguh2 dengan penuh kebanggaan menunjuk2 gambar orang Pas usung bendera Dap  .... ada tak ?

Tapi orang Pas .......? Mula2 tu memanglah kelakar tapi lama2 kita boleh jadi kesian .... kemudian bertukar malu pulak sebab mereka juga orang Melayu Islam. Rendahnyalah maruah agama dan bangsa bila ditangan orang Pas ...

Dr RT juga ada memberi penjelasan maksud ultra kiasu diawal artikel beliau -

Kiasu dalam dialek saya Hokkien, bermakna fear of loosing, takut kalah atau mahu menang. Bila ditambah ultra kiasu bermakna, langsung tidak mahu kalah. Secara ekstrem, mahu menang sentiasa dalam apa jua keadaan. Siapakah mereka dalam konteks politik Malaysia?

 Artikel sepenuhnya - KLiK





Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2013 at 4:54 PM

Kalau dibuat perbandingan jujur dan berfakta, rasa-rasanya Dapig berdepan lebih banyak cabaran berbanding Parti Isle. Ini kerana apa yang Parti Isle nak buat sume dah dibuat oleh Umnu.

Makanya antara Dapig dan Parti Isle..Dapig berasakan mereka perlu lebih agresif, wal hal Parti Isle boleh selamba dan bersahaja kerana sume sydah terhidang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2013 at 9:08 PM

alangkah ajaibnya bukan islam menjadi naib presiden pas ... ajaib sungguh ...
bayangkan dalam fikiran anda ...
semasa mahu melantik perdana menteri ... pas tulin (pas karat hijau/pas hijau) mencadangkan haji adi sebagai perdana menteri ... dan tiba-tiba pas celup (pas roket) membantah ... huh ... tentu huru hara jadinya ... pas sama pas bergaduh kerana hanya satu isu, iaitu isu siapakah perdana menteri ... pas celup mahukan nwar berahi ... pas karat hijau mahukan haji adi ... tentu huru-hara jadinya ...
cuba bayangkan pula ... pas celup tiba-tiba mojoritinya melebihi pas karat hijau dalam parlimen, memanglah pas majoriti ... tetapi yang celupnya ramai ... macam mana la nak dibentangkan hukum hudud ... belum pas karat hijau bercakap apa-apa pas celup dah bangun bantah ... kalau tengok keadaan sekarang ini ... setiap kali pas celup bantah ... pas karat hijau hanya mampu terkulat-kulat macam tertelan cicak saja rupanya.
cuba bayangkan pula pas celup bentangkan di parlimen bahawa mereka mahu supaya kalimah Allah diguna pakai dengan bebasnya di semua rumah ibadat ... dalam kes ini pas karat hijau (nik aziz, mahfuz, mat sabung dan haji adi) dah setuju ... cuma pas karat hijau harun din dan geng ulamak sahaja tak setuju ... tentu ianya dengan senang diluluskan ...
dan bayangkan selepas itu kalimah Allah dalam tulisan jawi akan terpampang di gereja, kuil, tokong, gudwara, wad ...
tentu nik aziz akan bersabda ... berkat perjuangan pas ... kini semua agama telah menerima Allah sebagai tuhan mereka ... banganya ...
dan apa pulak kata harun din ... setuju ... atau kekal dengan pendapatnya sesiapa yang berseuju bahawa Allah disekutukan dengan lain-lain tuhan maka mereka itu termasuk ke dalam golongan syirik ...
bayangkan pulak ... satu sabdaan nabi pas bahawa undi pas masuk surga ...
karpal sing ... telah bertekad ... langkah mayatnya dulu sebelum tubuhkan negara islam (kaedah pas iaitu negara islam secara mullah ...)
adakah undi penentang negara islam ini ... membolehkan seseorang itu masuk surga ... logikkah ...
kalau tanya pas karat hijau ... semuanya halal asalkan atas jenama pas ...

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2013 at 9:22 PM

Da berbuih mulut, dah lebam lidah, dah beku otak ni ceritakan tapi apakan daya, DAP jugak dia percaya. Toksahlah bersedih, kita cuma usaha tapi Allah aw jua yg mengizinkan. Yg penting org2 terbanyak dari kalangan kita masih lagi terbuka mindanya, terbuka jalannya dan terpimpin halanya. InsyAllah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2013 at 2:19 AM

Nama pun melayu.. malu aku dengan ustaz mualaf yg aku rasa lebih islam.. Wallahuaalam...

Post a Comment