........... Rasulullah Dan Video Seks - Hahahaha ... Setiap Orang Ada Persepsi Sendiri ! ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rasulullah Dan Video Seks - Hahahaha ... Setiap Orang Ada Persepsi Sendiri ! ? ?

Monday, April 1, 201319comments

Lepas kena balun dengan media ekoran mesej tweeternya yang dianggap sebagai biadab olah kebanyakan UMAT ISLAM BIASA, Penolong Setiausaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som masih selamba .... tidak menafikannya malah dengan kerek mengaku -

"Itu kenyataan saya sendiri. Tidak, (akaun Twitter) bukan diceroboh," 

Mamat ni boleh KETAWA lagi bila menjawab -

 ....sambil tertawa, Khairul Fahmi berkata, "Tunggu saja nanti, sekarang saya tak mahu cakap apa-apa lagi. Setiap orang ada persepsi sendiri, setiap yang berlaku pasti ada sebab."

Dan diakhiri dengan - "Terpulang kepada siapa yang membaca". SINAR


Langsung tidak ada permohonan maaf ..... jauh sekali mahu menarik balik kenyataannya . Dia takde rasa bersalah sedikit pun kerana mengaitkan nama Rasulullah dengan video seks ?

Memanglah perkara itu tidak mungkin berlaku dan kita pun sedia maklum mesej yang beliau cuba sampaikan ... TAPI .... tidak adakah contoh lain yang lebih sesuai, yang lebih sopan untuk digunakan ?

Adakah mamat ini juga sama seperti pemimpin2 Pas lain - KLiK -  yang perasan mereka saja yang berhak untuk membicarakan hal agama, mereka saja yang pandai membuat tafsiran tentang agama. Peduli apa kalau ramai orang menganggap kenyataannya itu biadab, menghina Nabi ... orang lain semua apa tahu ? Kalaupun dia sorang saja yang punya tafsiran berlainan, dia tetap juga yang benar.

Itu belum mengambilkira kenyataan Tweeterya yang berunsurkan FITNAH.  Apakah bukti yang mamat ni ada yang mengesahkan Umno ada mengeluarkan video seks ?

Apakah beliau juga berpendapat semua orang berhak untuk menfitnah ? Persepsi saja sudah cukup untuk menuduh sesiapa pun ? Apakah itu CARA ISLAM PAS ?

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2013 at 9:39 PM

Tulis lah apa pun atau cakap saja apa pun asalkan hentam UMNO dan dapat undi. Tak ada siapa pun di saf kepimpinan akan memberi teguran. Bukan mamat ni sorang. Ada ramai lagi macam dia dalam PAS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2013 at 9:45 PM

Mmg perangai takbur sentiasa ada pada pas. Sbb mereka rasa mereka lebih beriman dr org lain.

Tp Allah maha besar BN x ckp apa2 pn pasal rasulullah dan video seks tp mereka dh pn dgn sendiri mengaitkan nabi kita dgn video seks.

Harap2 puak semacam khawarij ni sempat bertaubat

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Parti Ajis Sesat
March 31, 2013 at 9:48 PM

Bangang.. puak Parti Ajis Sesat............

....................
Reply To This Comment ...................
March 31, 2013 at 9:54 PM

@AnonymousMereka mengaku sebagai manusia biasa, bukan maksum TAPI mereka juga perasan BELUM LAGI buat sebarang kesalahan selama ini.

Pernah dengar mana2 pemimpin Pas minta maaf atas kesalahan yang mereka buat ? Mana pernah ada buat salah !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2013 at 10:01 PM

Ini contoh klasik bagaimana kesesatan penyokong yang tidak di indah dan ditegur oleh pemimpin..... Seperti jugak kes amanat hadi yang mncetuskan isu kafir mengkafir yang amat parah tiada satu pun teguran.... Apakah pemimpin pas juga turut terfitnah oleh fitnah mereka sendiri?
Astaqfirullah... Khairulfahmi, sanggup meng'Firaun'kan diri demi anwar.... Dah banyak sangatkah pahala kamu sehingga sanggup menggadaikannya dgn kenyataan yang penuh kefasikan. Kalau ungkapan tersebut dihalakan kpd ibubapa kita pun akan terasa sangat menghinakan, inikan pula kpd junjungan besar Rasullullah S.A.W.... Makhluk yang paling mulia dimuka bumi, lebih mulia dari malaikat jibrail.... Bertaubatlah Khairul... Kalau taknak juga, saya doakan awak diilaknat Allah didunia sebagai pengajaran kpd umat manusia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2013 at 10:19 PM

Khairul... Kalau Umno boleh buat video yang awak kata fitnah tu.. Dah lama dia orang buat misalnya video emak dgn anak sesiapa yang diaorang tak berkenan atau seorang bapak dengan anak perempuan yang diaorang tak berkenan.. Takut2 awak pulak jatuh memfitnah perkara yang orang tak buat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2013 at 10:54 PM

salam,

walaupun mr presiden pas dah mengaku pas bukan agama, tapi penganut pas tetap anggap bahawa pas itu agama. tu pasal ada yg tak takut balasan Allah swt. mereka anggap kedudukan pemimpin mereka di putrajaya nanti lebih mulia daripada Allah swt dan nabi saw. tu yg tak pasal keluar abis yang mereka belajar daripada syaitan yg mereka kawan selama ini. doa ko tu dimakbulkan, maka segala kawan syaitan yg dok sembunyi pakat keluar belaka. dok pakat berhibur dengan penganut pas untuk menjatuhkan kepimpinan Islam. moga Allah memberi mereka cahaya keimanan untuk bersabar dan berfikir. menerangi hati mereka yg gelap akibat berkawan dengan syaitan yg dilaknat Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
tukang telek
March 31, 2013 at 10:55 PM

Inilah puak puak ajaran sesat fitnah adalah sabahagian hidup mereka dimuka bumi ini.
Hendak membela pemimpin yg berkelakuan seperti umut nabi lut sanggup menipu dan memfitnah sehingga menghina Nabi Muhammad s.a.w. Jawablah engkau pada hari kebangkitan nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
March 31, 2013 at 11:20 PM

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Yang PELIKnya, UMNO langsung tak mahu SAMAN mereka yang terlibat dalam kenyataan begini..

Wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
March 31, 2013 at 11:43 PM

@Tukang Dok PeghatiYang PELIKNYA ialah kalau Umno saman ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
March 31, 2013 at 11:49 PM

UMNO tak perlu publisiti murahan dengan saman menyaman ni. Lagipun, itu kan kerja Anwar? Dengan cara saman-menyaman ni la dia dapat kaut keuntungan. Mana pernah Anwar saman ribu-ribu, semua saman beliau main juta punya. Almaklum sajalah, PKR bukannya ada duit pun. Jadi terpaksalah cari duit dengan cara dayus ni.

http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 1:45 AM

Ko tunggu la "SAMAN" dari Allah nanti khairul Fahmi oii..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 1:46 AM

bleh gunakan statement dia ... copy then masa ceramah PRU13 gunakan projector (kalau lembu PAS tu dicalonkan lah) tengok apa kata org ramai... lembu ni hati batu ni, mulut jamban, perangai longkang !!! buang kopiah la woiii letak roket atas kepala hotak ko tu sebab BULAN ko dah gerhana!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 2:21 AM

Dia dan umnu itu urusan dia dan umnu tetapi dia dan rasul adalah urusan dia dan seluruh umat.

Bukan umat pas tetapi umat seantero dunia. sudahkah dia bersedia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 8:30 AM

TAKBURNYA MAMAT NIH..JIKA DITAKDIRKAN ADA VIDEO KELUARGA DIA NANTI, BARU DIA TAHU..KALAU ALLAH NAK DEDAHKAN AIB, SEKEJAP JE ALLAH TUNJUK..KO TUNGGU JE KAIRUL..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 10:59 AM

Masih x mahu belajar orang PAS ni.......apa yg diaorang kata akan berbalik pada diri sendiri.....

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2013 at 12:06 PM

Bila dh terkantoi salah ckp slumber jer ckp IKUT PERSEPSI SENDIRI,ITU CUMA PANDANGAN PERIBADI..Tp kalau ada mana2 pemimpin umno yg tersalah ckp bukan nk ditegur secara baik malah dimaki hamun dn dijaja di pentas2 ceramah.

Mentang2 la Nik Aziz dh registered ISLAM sebagai registered brand utk Pas,korang semua pon buat Islam mcm mak bapak korang yg punya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 12:47 PM

kalaulah betul pas sokong LGBT, haruskah mukmin pangkah Pas?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2013 at 8:28 PM

dia rasa islam itu hanya pas.. dan menentang pas bermaksud menentang islam & rasullah....

Hmmm.... sedih tgk org yg menjual agama spt ini... sbb akhirnya umat islam yg teraniaya atas perbuatan tangan2 spt ini.. dunia & akhirat..

Jouhar

Post a Comment