........... Rakyat PASTI Suka Kalau Anwar Lawan Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rakyat PASTI Suka Kalau Anwar Lawan Najib !

Thursday, March 21, 201311comments

Baik punyer gurau2 ... penyokong bercakaran.

Semalam selain dari isu Abby, turut heboh diperkatakan adalah keputusan Anwar untuk tidak mempertahankan kerusi Permatang Pauh. Kononnya Anwar nak turun ke Perak ... Sinar.

Maka melalaklah sebelah PR konon ia satu keputusan strategik bla bla bla  ....... dan sebelah BN pulak menyifatkan beliau takut bla bla bla.... Yang pasti siapapun yang bakal jadi WC Parlimen BN di Perak mesti berdebar2 apakah Anwar bakal menjadi lawan mereka.

Secara peribadi, saya TERAMAT PALING SUKA sekiranya PRU13 ini kita dapat saksikan pertarungan satu lawan satu antara Ketua kerajaan BN dengan Ketua Pembangkang PR - NAJIB LAWAN ANWAR.

Settle benda ni once and for all ! Serabut kepala selama 5 tahun berpolitik tanpa henti, back to back dari PRU12 ke 13.  

Anwar sendiri pun akui yang ini mungkin peluang terakhir beliau untuk merampas Putrajaya dari BN. Dilahirkan tahun 1947 bermakna beliau sudah berusia 66 tahun. Kalau ditakdirkan PR menang, adalah peluang Anwar nak jadi PM sehingga umur 71. Kalau tewas kali ni, takkanlah Anwar nak jadi PM ketika berumur 71 hingga 76 tahun ? Nanti orang kata orang tua tak sedar diri..... tak pun - orang tua gila kuasa. MANA ADA ORANG TUA LEBIH 70 MASIH PEGANG JAWATAN TINGGI DALAM KERAJAAN SEKARANG ? Eh... ada la .... SORI ..... 

Ubah sikit - MANA ADA ORANG TUA LEBIH 70 YANG MASIH BERCITA2 NAK MERAMPAS KUASA POLITIK SEKARANG NI ? 

Errr ... Lim Kit Siang 72, Karpal 73, Nik Aziz 82, Hadi 66 ...... Mungkin ada baiknya PR pilih logo bersama lambang TONGKAT ! 

Mahfuz 56 ....... patutlah Mahfuz tersenyum jer .......

Oooops, balik topik asal. Jadi bolehlah disimpulkan PRU13 ini merupakan peluang terakhir dan mungkin juga peluang terbaik buat Anwar untuk menjadi PM. 

Apakata DO IT IN STYLE ! Cabar Najib satu lawan satu. 

Kalau di Pekan mungkin ada yang kata tak adil sebab itu kubu kuat Najib. Jadi apakata Anwar cabar Najib bertanding disatu tempat NEUTRAL dan SIMBOLIK - Parlimen 125 PUTRAJAYA.


Banyak kelebihannya buat Anwar kerusi Putrajaya tu . Walaupun calon Pas tewas 1304 berbanding Tengku Adnan 4038 tapi dengan kehadiran Anwar, sentimen mungkin berubah. 

Pengundi juga tak ramai jadi masing2 punya kesempatan untuk bantu kempen Parti ditempat lain. Paling penting, katakanlah Anwar menang tapi PR tewas diperingkat Parlimen keseluruhan, Anwar masih boleh mendabik dada sebagai sudahpun menduduki PUTRAJAYA ! Terubatlah sikit kempunan tuh .... 

Najib 60 pula pastinya berfikir panjang kalau tidak mahu sambut cabaran Anwar. Persepsi penting beb ! Takkanlah Najib mahu dituduh sebagai tidak berani .... kan ? kan ?

Dan kalau Anwar tewas ditangan Najib, ia boleh dianggap sebagai pukulan maut kepada PR dan mungkin negara boleh kembali aman tanpa terlalu banyak politiking sehingga 5 tahun lagi. Serabut beb ....

Hmmmm ... mungkin ada baiknya Najib sendiri yang cabar Anwar bertanding di Putrajaya  .... tengok siapa yang berani go ALL OUT !

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 21, 2013 at 3:11 PM

kau ni Din... pakai batu seketul, tapi yang kena dua orang, camne tu?. saya rasa dua-dua orang tu yang akan garu kepala... siapa nak mula dulu? siapa nak cabar, siapa nak sambut? ini adalah satu senario yang menarik untuk diberi perhatian.

....................
Reply To This Comment ...................
March 21, 2013 at 4:15 PM

@nonbalSeriusli, bayangkan status quo kekal dengan Anwar masih jadi Ketua Pembangkang selepas PRU13... negara akan berdepan lagi dengan 5 tahun berpolitik tanpa henti. Ini merugikan rakyat !

Jadi ada baiknya mereka berdua put everything on the table di Putrajaya. Berkorban demi rakyat :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2013 at 4:50 PM

Nak tengok Malaysia ni aman ? Senang jer...... suruh jer Anwar bercuti panjang kat Resort Sungai Buloh.

Aku ingat lagi, sebelum Pak Lah keluarkan Anwar dari Sungai Buloh, Malaysia ni aman damai dan tenteram. Lepas Anwar bebas jer, huru-hara Malaysia dibuatnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2013 at 5:57 PM

banyak la ko din.. puak2 pas mesti ckp ni sandiwara din turtle utk ketepikan hadi awang sbg calon PM pr!
mgkn diorg akan ckp ni agenda din turtle krn dendam kesumat beliau terhadap bekas MB negeri beliau, TGHA bla bla bla..

sbnrnya personally aku pun no hal gak, cuma nnti takut kalau anwar kalah puak2 tu melalak la ckp najib dah letak pengundi die ramai2 ke putrajaya tuh..

pi mai pi mai tang tu jgk..
-aldan

....................
Reply To This Comment ...................
March 21, 2013 at 6:57 PM

Anwar bukanlah satu bebanan pun kpd Malaysia kalau bukan kerana 'nik aziz' mengheret pas untuk memberi sokongan Demi dendam pada umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2013 at 11:30 PM

Amwar ke perak sbb chinese dap akan vote dia.. Dia x berani lwn kawasan melayu byk isu islam n melayu dia dh tunjuk muka sebenar.

So likw usuaal melayu liberal, akan harap sokongan chinese and bukan bangsa sendiri

Saya x risau kalau pru ni jalan mcm normal pru

Saya sgt yakin anwar akan buat huru hara tahap bermain dgn nyawa. Saya rasa lahad datu hanya preview mayb even utk alih perhatian tentera kita jauh dr semenanjung. Since ini last chance anwar. Saya rasa Washington pn dh warn dia ni last chance time kt embassy turki dulu.

Saya harap sape2 snipe je la anwar kalau betul2 jadi. Polis n askar should be on red alert. Aspect the unexpected.

Mudah2an, tuhan selamatkan msia


Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 10:08 AM

OK..DUA2 PAKAT BERTANDING DI PUTRAJAYA. AMACAM?

....................
Reply To This Comment ...................
March 22, 2013 at 11:25 AM

X pyh buang masa la Din.Yg terhegeh2 nk PINDAH tempat 2 nuar.Dia mmg kita dh tahu jenis GILA PUBLISITI.Takder faedah pon kita nk fikir bnda2 mcm ni.Kita kena faham konsep asal wakil rakyat.

Kita kalau blh nak org yg kita kenal dn mmg berjasa di tempat kita utk jd wakil kita.Mcm sy di Kubang Pasu,kalau tetiba Najib dn nuar ckp nk contest kt tmpt sy,dua2 pon sy boikot dn x kuar mengundi sbb Najib dn Nuar lgsg xder jasa secara konsisten di tmpt sy.

Kalau tetiba diaorg lawan,ada jaminan yg Nuar dgn terbuka hati menenrima kekalahan tersebut?Silap2 mcm2 plak Najib ditohmah konon guna segala jentera kerajaan la,guna duit la,SPR tipu la bla bla bla.Org mcm nuar ni x pnh puas dari berckp.Dia akn behenti beckp bila tanah masuk dlm mulut dia jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 11:45 AM

ANWAR,LIM KIT SIANG,KARPAL SEMUA AKAN BETANDING DI TEMPAT MAJORITI CINA KERANA MEREKA YAKIN UNDI CINA TETAP UNTUK PAKATAN TERUTAMA DAP..NIK AZIZ,HADI KAN BERTANDING DI KAWASAN KUAT PAS..DIORG X BERANI AMBIL RISIKO PADA PRU 13 NI...NAJIB BIARLAH DI PEKAN TU TEMPAT KERAMAT DIA..

....................
Reply To This Comment ...................
March 22, 2013 at 2:36 PM

kalau dia bertanding di pmtg pauh kompon satu undi yg dia penah dapat dulu akan hilang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 4:39 PM

Encik Din, tak payah pasti saya memang suka cadangan Encik Din ni... Best! !!!!!

Post a Comment