........... Pendedahan Gambar2 Mirip Anwar - Satu Taktik DIVERSION ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pendedahan Gambar2 Mirip Anwar - Satu Taktik DIVERSION ?

Saturday, March 16, 201321comments


Artikel ini sekadar satu analisis peribadi berkaitan penyebaran gambar2 diatas. Bukan nak pertikaikan kesahihan gambar atau kemiripan model kepada Anwar, tapi lebih kepada IMPAK pendedahan terbaru ini kepada kempen BN dalam menghadapi PRU13 terutamanya dialam maya.

Ada ke tidak IMPAK ? Positif atau Negatif .... baik kepada BN maupun PR ? Apakah ada sebarang perubahan kepada persepsi pengundi terhadap Anwar ... yang dikatakan mirip model dalam gambar ?

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan ini tapi saya rasakan pendedahan terbaru ini TIDAK memberi sebarang impak positif kepada kempen BN. Malah saya khuatir ia mungkin saja memberi undi simpati kepada Anwar @ PR ! Pendekata - OVERKILL.

Apakah pendedahan ini dilakukan oleh pihak BN atau ia satu tindakan genius dipihak PR yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari pelbagai isu yang sehingga semalam begitu menghimpit mereka ?

Menyebut tentang isu2 semasa, saya berani katakan yang BN sudah pun didepan. Pelbagai isu baru yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang lebih sekadar hangat tahi ayam, hangatnya sekejap tapi baunya yang melekat pada mereka kembali.

Isu2 semasa terutamanya berkaitan Lahad Datu masih hangat .... makanya perlukah ditimbulkan pendedahan gambar2 diatas ? 

Ia lebih kepada GANGGUAN dan tidak membantu kempen BN ! Mungkin PR pula yang berasa lega kerana dibekalkan satu DIVERSION, memberi mereka kesempatan bernafas kembali.

Sekadar meluahkan pandangan ......

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2013 at 1:51 PM

Ye, mungkin benar. Mungkin ini juga taktik diversion dari puak lain untuk beri sokongan simpati pada anwar. Pada kebrangkalian ini 50-50, untung dan rugi. Persepsi rakyat tak buleh diukur pada sains dan data. Ianya unik dan terpengaruh oleh faktor intangibles mcm emosi, pengetahuan, taklid, demographic, religion, social environment dll.

Bagaimana ini blh membantu BN? Saya tidak fikir byk akan berubah. Undi tetap PR ditetapkan sejak 2008 lagi. Undi atas pagar ditentukan faktor2 intangibles dan bagaimana BN harus mendapat manfaat dari situasi ini? Ianya sgt janggal dan mana2 pemimpin BN harus menahan diri dari mengulasnya. Biarlah gambar atau video itu berbicara sendiri dan biarkanlah rakyat menciptakan persepsi masing2 kerana jika mana2 pemimpin BN memperkatakannya, ianya lebih menampakkan anwar akan mendapat manfaatnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 1:51 PM

Rasanya harus didedahkan semua tembelang pembangkang agar semua rakyat tahu....agar tidak tersilap mengundi...laporkan semua perkara dlm satu masa tanpa henti agar rakyat lebih jelas siapa yg patut menjadi pemimpin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 1:59 PM

Sya mempunyai darjah kepercayaan yg tinggi, ianya memberi lebih kesan negative kepada BN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 2:22 PM

tak mustahil jika penyebaran ini menguntungkan pakatan rakyat. kerana isu ini boleh di spin atau di tangkis dengan mudah seperti isu chinadoll dulu . tak kira ler samada isu ini benar atau tidak tapi ia memberi kesan pada pr untuk keluar dari isu bala ,lahad datu , azlan bapak saiful dan segala isu yang sekarang tidak memihak pada mereka ,. ini peluang mereka untuk menuduh pihak kerajaan mengunakan isu peribadi yang konon tak profesional.Mungkin juga isu ini di sensasikan oleh pihak mereka sendiri kerana untuk ke putrajaya apapun boleh yang penting sukses

....................
Reply To This Comment ...................
pemerhati
March 16, 2013 at 2:47 PM

tu lah..sy pun ada rs mcm tu..ye lah bala yg bizi bersumpah tetiba kena bala..mesti diorg pening. dan x smpai 24 jam kluar pulak gambar ni..mmg pelik

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2013 at 3:45 PM

Bro, ini mainan puak khawarij untuk tolak raja goyang jadi pm...yg kena tuduh adalah umno..biasa...

Raja goyang makin goyang...tunggu dap pula akan tikam belakang di saat akhir

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 3:49 PM

Very the outside of the box la.salute en Din.

anon10

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 4:27 PM

aku rasa itu utk counter u-turn si azlan tu..yang membuktikan mmg mamat tu LGBT. alaaaa..kalid ismat sewel tu pun dah kata awal2 dia tak kisah pemimpin LGBT kan?

lagipun aku rasa ini tindakan org2 PR sendiri..nak divert isu..tapi yang disalahkan sape? umno jugak kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 5:02 PM

i choose 2 disagree din..
we should show to all pr supporters anwar's true color. we have tried once, but this time with clearer image its look more convincing.
i think with sharper video image (if any) it will be check mate 4 anwar. n stop him once n for all.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 5:47 PM

salam,

saya sokong. sejak bang non dipecat, banyak kempen memburukkan pihak lawan oleh bn. akibatnya bn kalah dibeberapa kawasan. mungkin undi simpati atau undi bantahan kerana banyak pihak tak mau bn ikut cara pembangkang. bila pru11, bn menang besar kerana sokongan melihat peralihan kuasa. tak banyak kempen memburukkan lawan. hanya tertumpu pada peralihan kuasa.

harap, pihak yang terbabit dapat mengkaji cara yg terbaik untuk bn berkempen. berita kotor boleh keluar tetapi bukan semua media yang mengikuti dan mengulas menjadi satu berita besar. biar isu itu dibesarkan sendiri oleh pihak lawan. harap pengamal media sosial yg menyokong bn tidak memainkan isu yang sama tetapi pelbagai agar maklumat dan fakta yang diberikan banyak dan tidak tertumpu pada satu isu sahaja yang dirasakan mudah tetapi hasilnya mungkin disebaliknya. aib pun kena jaga juga, biar berpada-pada. kita suka melihat kejatuhan orang yang kita tak suka, tetapi kita kena bertawakal juga kepada Allah SWT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 6:22 PM

dh yang kuarkan pun akhbar harakah so saya berasa puak BN tak yah dok amik pusing pasal hal ni. dh kabo tapi tak yah ulang tayang. sbb ni depa nak kata BN cuba kotorkan nama ANwar. tp ni taktik PAS kot utk buang insan ni peta politik dlm sembunyi. kalo x nape depa kuarkan bukan org BN.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2013 at 8:42 PM

Takper la Din..Impak ker tak impak kita serahkan kpd Allah untuk menentukan kemenangan pd PRU 13..Mgkn bg pencacai tegar dn yg tak pnh amik peduli pasal pon pasal masa depan Malaysia,ini semua tak lbh dari KONSPIRASI UMNO.Tp bg yg sntiasa mencari bukti2 spt ini mgkn blh mnjadi pnduan kpd kita.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2013 at 9:13 PM

Ramai yang masih tak faham maksud saya. Jangan lihat isu ini on its own tapi kaitkan juga semua isu2 semasa pada waktu sekarang. Point utama saya adalah isu ini sudah menjadi satu DIVERSION, yang lebih memberi manafaat kepada PR.

Perlu ke isu ini di waktu SEKARANG ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 10:12 PM

Bro din, sy melihat kaedah nie sbg satu art of perception. Di pihak umno, wlaupun secara jelas mereka mengakui tidak terlibat @ menjauhkan diri dr isu ini, busuk nya tetap akan terpalit kpd umno. Sbb apa??? Sbb klise ' SEMUANYA SALAH UMNO '.

Wlaubagaimanpn penafian yg dibuat, pengaruhnya trhadp trend pengundi ... mgkin sedikit sbnyak mempengaruhi. Sy setuju dgn pendapat 'kenapa sekarang?' ... sbb persepsi blh dibina dgn pelbagai cara ~ taksub, ignorant, arrogant, defiant & hatred. Manusia yg taksub susah nk nk dilembutkan, ambil contoh kes 'ribut taufan' sms kunjungan DS Najib ke Kelantan. FB sharing ckp hebat! Smpai wall FB sy pun penuh dgn same sharing. Rata2nya yg sy kenal dgn ketaksuban. Faktor2 lain tue sy rs readers boleh agak sendiri. Huhuhu....

Cuma pndangan sy, DS Najib have to be focus, xyah amek pusing dgn benda2 gini. Just ignore it! Klau betul mmg dia maka ALLAH SAHAJALAH SEBAIK2 HAKIM! Utk org mcm sy yg jenis ok jer...(huhuhu...), my vote cast is for UMNO. :),,,

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2013 at 10:46 PM

Ia akan jadi satu beban kpd Si Anu utk jawab, lepas ni ada part 2 dan mugkin episod seterusnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 11:56 PM

Bro din.. biasa selain penyokong kuat/taksud.. ada pengundi atas pagar samada yang mesra BN atau tak.. pendapat saya.. jika isu ini disertakan diperkukuhkan fakta... insyallah ia ia akan menambahkan keyakinan lagi bagi pengundi bebas/atas pagar utk menolok org yg rosak moralnye.. persikitaran tempat kerja saya (gomen) mmg ada peyokong taksud PR.. dan tiada yg taksud pada BN.. mereka buat kerja sbg kakitangan kerajaan sahaja... yg penyokong taksud sahaja yang bergegar2 sembang.. ibarat ayam telor sebijik..riuh sekampung... dan tiada dikalangan staf gomen terutamNya pompuan yg asik dgn politik (mungkin geng pompuan byk benda mereka pikir kot) tapi katogori inilah jika penerangan atau maklumat mereka terima dgn sepenuhnya.. merekalah yang akan membantu kemenangan BN.. sedikit sebanyak isu ini akan meragukan pengundi bebas/atas pagar mesra PR menjadi ragu2...

Zz

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2013 at 12:09 AM

Bro din.. boleh tak bro din buka satu perbincangan mengnalpasti sebab sebab mengapa penyokong taksud pr jenis buta tuli.. dan hati batu walaupun bukti didedahkan.. adakah kerana ABU. dendam. hasutan yg tinggi... dan bagaimana nak brainwash kepala hotak mereka ini... ( aproach saya... perpaduan Melayu Islam sahaja.. bersatu.. mu nok sokong pas.. mu sokonglah.. tapi bila bila kepentingan Islam.. ekonomi org Melayu islam.. mohon beke4jasama.. saya selalu tanya org pas... mu tak jupe ayat dlm surah al hujurat ke yg bgtau org Islam bersaudara.. jik 2 puak balah kena damaikan... nie dok ckp hudud je.. benda bersatupada persaudaraan perpaduan.. x pernah nak buat tajuk ceramah... ) alih topik teruslH kalu tanya puak2 tu...

Zz

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2013 at 12:43 AM

@Anonymousnak bincang ngan kepala ABU ? Boleh kalau mereka sanggup berfikiran terbuka

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2013 at 1:01 AM

din..mungkin juga diversion, setakat gambar begitu tidak lah memberi apa2 makna.. krn adalah perkara biasa utk pembudaya arab dgn mencium pipi kiri kanan.. dan selain gambar bogel model, taklah nampak perlakuan memasukkan khitan ke dalam anus.. takut2 ia memakan BN sendiri kalau ia sebenarnya diversion seperti kata Din.. sedangkan keseluruhan babak itu tidak ada apa2...

Jouhar

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2013 at 1:08 AM

@AnonymousMungkin Diversion yang dilakukan oleh salah satu group blogger BN sendiri yang merasakan mereka membantu ?

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2013 at 1:13 AM

@dinturtleMungkin pihak pakar strategi BN boleh selidik sekali imbas, siapa disebalik pendedahan ini, mungkin mereka dari pihak yang bersimpati dgn anwar. Jika benar, maka BN dan blogger BN boleh buat pencerahan.

Post a Comment