........... Pencerobohan Lahad Datu - Komen Tun Mahathir | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pencerobohan Lahad Datu - Komen Tun Mahathir

Monday, March 4, 20134comments



"Semua manusia (akhirnya) akan mati, tapi untuk berkata ini hanyalah drama, tidak dapat diterima. 

(Chua) ini tidak ada perikemanusiaan. Tahap perikemanusiaannya sangat rendah,” kata bekas ketua polis negara Tan Sri Norian Mai.

Sekumpulan dari 100 bekas polis di hadapan Tugu Negara 4 Mac, 2013
Dalam satu kenyataan, antara bekas ketua polis negara yang memberi sokongan ialah Tun Mohd Haniff Omar, Tan Sri Abd Rahim Noor, Tan Sri Mohd Bakri Omar dan Tan Sri Musa Hassan.

“Orang kata pendekatan berlembut kita satu kelemahan, tapi sekarang kita tidak ada pilihan, dalam perang, pertahanan terbaik ialah menyerang,” kata Samsuri - TMI

“Sekarang ini saya fikir tidak ada jalan lain melainkan kerajaan melancarkan serangan balas supaya dapat dihapuskan sama sekali pasukan Sulu ini walaupun dengan (tindakan) ini ramai mereka terbunuh, tapi ini tidak dapat dielakkan kerana mereka yang menyerang Sabah, bukan kita yang menyerang mereka,” - Tun Mahathir.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan walaupun pada mulanya kita ingat percubaan mereka itu untuk menawan Sabah sebagai percubaan yang sia-sia tetapi kita tahu mereka akan menjadi gerila dan akan melancarkan serangan pada masa depan,” katanya.

Mengenai ada pihak yang mempertikai tindakan kerajaan yang memberi kuasa kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak terlebih dahulu berbanding pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung pencerobohan tersebut, Dr Mahathir berkata negara mempunyai dua bahagian keselamatan.

“Kita bahagi keselamatan kepada dua bahagian iaitu yang datang dari luar yang biasanya tindakan diambil oleh tentera manakala yang berada di dalam negara adalah tanggungjawab polis.

“Pada mulanya kita tidak anggap pencerobohan itu sebagai serangan luar kerana mereka ini berada dalam wilayah kita,” katanya.

Bagaimanapun, apabila pencerobohan dan serangan kini jelas datang dari luar maka difahamkan pihak tentera diarahkan untuk memgambil bahagian dalam tanggungjawab itu, katanya.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan dilihat “berlembut” dengan pihak penceroboh terbabit, beliau berkata sememangnya kerajaan tidak mahu mengambil tindakan sehingga membunuh kerana mereka juga mempunyai keluarga dan rakan sebagai warganegara di Sabah.

“Sebab itu kita berhati-hati bertindak begitu pada awalnya, lagipun mereka ini orang Islam, kita orang Islam, kita tidak mahu tergesa-gesa, tetapi mereka tunjukkan niat jahat dengan menembak dua anggota polis kita.

“Sekarang ini peristiwa ini tidak boleh dianggap boleh diselesaikan dengan rundingan,” katanya.

Mengenai laporan media asing bahawa kedatangan penceroboh terbabit ke Lahad Datu adalah atas “jemputan” seorang ahli politik pembangkang, Dr Mahathir berkata ahli politik itu menjanjikan banyak perkara bagi Sabah termasuk memberikan kuasa autonomi jika pembangkang menang pilihan raya.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2013 at 6:49 PM

Dengar tu hisham, Pengerusi Keamanan Global sendiri dah kasi greenlight untuk lancarkan perang. Kita berperang bukan bermaksud kita menggalakkan keganasan, tapi kerana kita sayangkan negara kita. Penceroboh memang wajar dilayan sebagai penceroboh. Cukuplah darah pahlawan yang mengalir. Tak perlu kita tambahkan lagi senarai perajurit yang terkorban.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2013 at 10:32 PM

Dr mahathir kalau boleh salahkan anwar penyebab WORLD WAR 1 pun dia tibai jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2013 at 11:16 PM

@Anonymous

Ini bangan punya komen...Mahathir tak sebodoh hang la si bangang... dia taw perangai anuwar luar dan dalam... tu sebab dia pecat BABI tu.. bukan mcm hang... penganut anuwar tahap cipan... memuja si Anugerah Tuhan penyondol Chinadoll... hadoi...tk faham la aku orang mcm hang ni...mata dan otak mana letak sampai tak reti nak perati dan pikir...nasib malaysia tak rama orang mcm hang....

....................
Reply To This Comment ...................
March 4, 2013 at 11:23 PM

@AnonymousKalau dilihat pada artikel diatas, Tun TIDAK menuduh Anwar.

Tun cuma kata yang ahli politik itu banyak menabur janji hingga ketahap melepaskan Sabah pun dia sanggup asalkan dia menang.

Hmmmm .....

Masing2 saling tuduh menuduh tapi siapa yang punya MOTIF paling kuat ?

Post a Comment