........... Pas Patut Tuntut Azlan Bersumpah Sebelum Terima Buta Pengakuannya.... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pas Patut Tuntut Azlan Bersumpah Sebelum Terima Buta Pengakuannya....

Saturday, March 9, 201315comments

Heret Najib, Mahathir ke Mahkamah ! begitulah laungan peguam Pkr Surendran hanya bersandarkan pengakuan bapa Saiful yang kes Anwar Liwat2 adalah satu konspirasi Umno untuk menjatuhkan Anwar.

“Satu kenyataan serius daripada bapa Saiful yang menyebut ada pegawai dari pejabat Perdana Menteri terlibat. Najib perlu segera disiasat dan desak beliau beri penjelasan.

“Beliau juga kena minta maaf kepada Anwar dan rakyat kerana terlibat dalam konspirasi ini,” kata Surendran ketika dihubungi.


“Pengakuan ini membuktikan Fitnah II adalah konspirasi. Penyiasatan menyeluruh perlu bagi membuktikan siapa dalang terlibat. Najib tidak boleh lari dan beliau mesti diheret ke mahkamah,” 


Mamat ni betulke seorang Peguam yang Bertauliah ? Hanya kerana kenyataan Azlan seiring dengan agenda Pkr, maka secara otomatik ia adalah BENAR 100%. Kalau sebelum ini semasa Azlan menyokong anaknya Saiful, tidak ada seorang pun dari pembangkang mahu percaya.

Begitu juga para pencacai PR .... dengan sekelip mata, Azlan menjadi HERO KEBENARAN. Langsung tidak seorang pun mahu mempertikaikan kesahihan pengakuan terbaru itu. Semua percaya bulat2 apa yang dikatakan Azlan. 

Apa saja yang seiiring dengan agenda pembangkang adalah KEBENARAN. Senangnya lah cara otak pembangkang berfikir. Bagaimana kalau kemudian hari terbukti yang kenyataan Azlan itu dibuat BUKAN kerana Kebenaran tapi didorong oleh perkara lain ...... wang umpamanya, apakah mereka mahu terima ?

Atau dengan sekelip mata juga Azlan jadi musuh balik ? Alahai, simple nya cara otak pembangkang berfikir kan, patutlah senang sangat pemimpin2 PR memperbodohkan mereka.

Kalau dah yakin sangat dengan pengakuan Azlan itu, kenapa tidak saman saja Najib ? Hantar saja Azlan ke muka pengadilan supaya dapat beliau peluang mengulangi tuduhannya secara bersumpah dan direkod oleh undang2.  Oya, minta Azlan buat repot polis, akuan bersumpah dan nyatakan juga BUKTI-BUKTI yang beliau ada yang boleh menyokong dakwaan Konspirasi itu.

Atau PR lebih suka heret Azlan kemerata pentas2 ceramah supaya beliau dapat bercerita kepada rakyat bagaimana sebagai seorang ayah, beliau sanggup membiarkan anaknya bersumpah laknat walaupun seperti dakwanya, anaknya menipu. Siap duduk disebelah anaknya lagi waktu Saiful bersumpah !



Oya, alang2 sebut hal sumpah ni, kenapa tidak orang Pas sarankan pada Azlan supaya ikut sama bersumpah laknat bagi menguatkan pengakuan terbarunya ini ? Kan anda tidak ragu2 yang Azlan itu bercakap benar ? Tapi Saiful sudah bersumpah dan Azlan pula mendakwa Saiful MENIPU dalam sumpah laknatnya itu.

Jadi mintalah Azlan juga bersumpah.... maknanya salah seorang sudah pasti menipu. 

Atau sememangnya dalam kes Liwat, pihak yang dituduh dan mereka yang menyokongnya TIDAK BERANI BERSUMPAH ?

Atau orang Pas TIDAK PERCAYA dan TIDAK DAPAT MENERIMA cara Bersumpah ni kalau yang bersumpah itu adalah musuh politik mereka ?

Apa yang anda rugi kalau Azlan bersumpah ? Tidak ada apa2 kan malah ia bakal menguatkan semangat anda lagi....kan ? kan ?

Seperti yang sering saya katakan, sebenarnya bukan KEBENARAN yang pembangkang cari tapi MODAL POLITIK.


KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.


2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

 

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.


4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.


5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.


6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.


7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.


8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.


9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.


Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar


(MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN)

Untuk kenyataan media Bapa Saiful - Mkini

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 9, 2013 at 1:43 AM

pok chik dinPenyu..... ada dia org KISAH kerrrrr....

tapi tabik dengan havang Non memang licik dan teror bermain persepsi-kola....

....................
Reply To This Comment ...................
labu
March 9, 2013 at 1:49 AM

adakah anwar tlh memerangkap bapa saiful sehingga berlaku u turn sedemikian rupa.adakah bapa saiful ada video yg mengaibkan yg berada ditgn lawan atau video anak2 serta isterinya.

....................
Reply To This Comment ...................
labu
March 9, 2013 at 1:52 AM

sesuatu yg besar tlh berlaku pada diri azlan harap siasat.

....................
Reply To This Comment ...................
March 9, 2013 at 7:53 AM

Yg penting isu lahad datu Dan kalimah Allah sudah dapat diredakan.. untuk padam sekadar satu dua jutaan kosnya...Sangat murah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2013 at 8:32 AM

retarded betul org pas nie.. diorg lebih percaya ckp org yg pegang kertas A4 dr yg pegang Quran..
samala diorg lebih percaya pd keling bala yg pegang kitab apa ntah dr yg pgg Quran mcm dato' T. sigh

aldan.

....................
Reply To This Comment ...................
manjung
March 9, 2013 at 9:17 AM

haelehhhh peguam bodoh ni...tak takut pun.Sebelum ko heret Mahathir dan Najib mai sini aku nak sekeh kepala ko yang bodoh macam lembu tu...ada berani!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2013 at 11:39 AM

Yg betul2 retarded ada lh org2 sprt korang.Sprt blogger ni,Ayat bkn 'KEBENARAN yg di cari tp MODAL POLITIK",amat sesuai di tuju kn kpd admin blog ni.Buat Anon 8:32,sumpah org yg bergelumang DOSA mcm Dato T,nk percaya ke?Rahim Thamby Chik,satu Malaysia tau perangai ny.Eskay?Quran tu,mana dpn mana blkg,mana atas mana bwh pun dia tk tau.Ntah2 Al Fatihah pun dia tk blh baca.Mcm ni pny org pun nk percaya sumpah ny ke?Ingt le"Manusia merancang,Allah jg merancang tp perancangan Allah ada lh yg terbaik"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2013 at 1:07 PM

salam, din ko boleh tak bantai DRMAZA berhubung isu saiful ni.. dia punya bodek nuar macam sial dalam twitter.. konon cakap di media2 "saya tidak berpihak kepada sesiapa." ulama hipokrit ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2013 at 3:25 PM

@Anonymous
salam,

kalu ada orang yang bercakap politik berpihak, tak perlu la kita namakan mereka ulama, ustaz , ustazah, atau yang berkait rapat dengan agama Islam. nanti habis ulama kita terbabit dan tidak dihormati. kesian kat mereka dan kita pun tak tahu nak ikut ulama mana.

kalu terlibat dalam politik, baik umno, pas, pkr, dap, kita namakan ajer ahli politik. gelaran ulama, ustaz, ustazah dan sebagainya kita simpan dan guna pada yang berhak ajer. saya pun dah tak tau mana ular, ulam, alamak, ular dalam semak. semua nampak serupa ajer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2013 at 3:34 PM

salam,

kalu penyokong pembangkang bukan beragama islam, mereka memang nak lihat pemimpin melayu jatuh. kita tak nampak mereka serang pemimpin bangsa lain seperti mana pemimpin umno. kalu pemimpin umno tak ada brand, memang dah lama kucar kacir umno. Syukur kepada Allah swt yg masih lagi memberi rahmatnya kepada pemimpin dan parti umno.

ahli pas pulak, kalu cerita buruk umno yang diperolehi, macam setaraf dengan ayat quran dan hadis sahih. kira betul belaka la. tak boleh nak tolak, kalu idak berdosa besar dan tak beriman dengan orang yang bawa cerita buruk atau fitnah. boleh tergugat nak masuk surga walaupun dahi dah hitam menunjukkan banyaknya solat kalu tak terima cerita buruk berkaitan umno. tu yang bertakbir kat orang kafir pasal ada cerita buruk tentang umno.

....................
Reply To This Comment ...................
March 9, 2013 at 4:21 PM

@Anonymoushahahahaha ...... adeeeh, ada yang terasa :) baguslah !

....................
Reply To This Comment ...................
March 9, 2013 at 4:21 PM

@AnonymousTak baik bantai2 orang ni ...

....................
Reply To This Comment ...................
March 9, 2013 at 11:15 PM

@AnonymousLihatlah betapa teruknya pemikiran si anon ini, tiada apa yang boleh membasuh noda didalam pemikiran macai pr macam mamat ni, hanya sikufur saja kita bayangkan akan bercakap seperti dia ni.....
Untuk anon berhati hitam, sumpah mubahallah atau sumpah laknat, tidak memilih bulu.... Sejahat mana org yang bersumpah, pasti Allah akan adili, hatta sikafir pun Rasullullah ajak bersumpah (lihat hadis, atau nas). Sumpah bohong akan mendapat balasan walaupun org yang bersumpah itu fasik.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2013 at 4:23 AM

skrg kita cerita psl saiful dan bapanya. yg ko melalut psl eskay semua tu apehal? spin ke? dlm kes dorang berdua ni...siapa yg sdh bermubahalah? sumpah rpk dan sumpah bala blh pulak korang percaya bulat2. bang nuar lagilah takooot nak mubahalah..jadi sape yg retarded sebenarnya ni? oh ya..org gila mana nak mengaku dia gila kan, nah bgt la dgn ko.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2013 at 11:31 AM

Pergh ckp mcm hebat sgt baca Quran.

Dh buat dh cara islam.

now antara Allah saiful dan anwar.

Aku senang je sape yg berani berckp dan berjanji dgn Allah aku percaya.

Lebih2 lagi kalau yg sebelah sana masih x bersumpah.

Kalau ini ko nk ckp sumpah makan diri aku rasa berlambak aku boleh list ape jadi kt anwar lepas saiful bersumpah.

Aku rasa dgn perkembangan terbaru ni means Allah SWT x penah meninggalkan hal ni. Kalau anwar tipu maka be on guards insyallah aku rasa soon kita akan tau kebenaran.

Mmg aku sokong saiful tp kalau betul saiful menipu dan kene bala kita semua akan tau. Aku yakin

Melayu hampa

Post a Comment