........... Pakatan Rakyat TIDAK ADA Semangat Patriotisma ? Lebih Sibuk Mencari Kesalahan Kerajaan .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pakatan Rakyat TIDAK ADA Semangat Patriotisma ? Lebih Sibuk Mencari Kesalahan Kerajaan ....

Thursday, March 7, 20137comments



Anda dah baca kenyataan media oleh PR mengenai Pencerobohan Lahad Datu ? Ada saya copy sepenuhnya dibawah.

Negara diCEROBOH oleh sekumpulan besar orang asing yang bersenjata, satu tindakan berbentuk Provokasi walau apapun alasan yang diberi. Persepsi mudah adalah mereka mahu MERAMPAS / MENJAJAH hakmilik tanah negara lain yang berdaulat secara kasar dan paksa. 

Selayaknya mereka digelar PENGGANAS dan harus ditentang ..... diHALAU keluar dan diHAPUSkan jika engkar. Dengan terkorbannya nyawa dipihak kita, KEADILAN wajib dituntut bukan saja dari pengganas yang bertanggungjawab tapi juga dari ketua yang memberi arahan.

Dan sekiranya pengganas2 ini diiktiraf oleh Filipina sebagai RAKYATnya, maka kita juga harus menuntut permohonan maaf secara resmi dari kerajaan Filipina.

Apa yang saya tulis adalah tuntutan2 yang secara umumnya turut dirasai oleh rakyat Malaysia yang merasa tercabar bila kedaulatan negaranya diceroboh dan maruahnya dicabar. Ia tercetus dek semangat Patriotisma yang ada dalam jiwa setiap rakyat.

Tapi kenapa  SEMANGAT DAN JIWA PATRIOTISMA itu TIDAK dirasai melalui Kenyataan Media PR dibawah ? Cuba baca 2-3 kali lagi .....

Langsung tidak ada sebarang bentuk KECAMAN terhadap pihak yang menceroboh @ Musuh Negara itu ! Pemimpin2 PR tidak marahkah jika negara diceroboh oleh TENTERA ASING ?

Apa yang ditekankan berulangkali dalam kenyataan mereka adalah memberi tekanan kepada Najib @ kerajaan Malaysia dan mencari2 apajua kelemahan yang boleh dieksploitkan dalam cara kerajaan menangani ancaman musuh itu. MUSUH LANGSUNG TIDAK DISENTUH ! Tak percaya, baca sekali lagi ....

Selain dari kenyataan media itu, kita juga hampir tidak mendengar mana-mana pemimpin PR yang menyalak kuat mengecam pencerobohan kerajaan Sulu itu. Mereka lebih suka mempertikaikan cara pasukan keselamatan kita bertindak, mengkritik orang sendiri dari musuh.

Kita pasti masih ingat bagaimana pembangkang menyalak sampai serak suara MENUNTUT kerajaan Malaysia memohon maaf kepada negara China kerana menyangkakan seorang wanita warga China telah didera oleh polis dengan TUK KETAMPI. Akhirnya ternyata ia seorang wanita Melayu warga Malaysia dan isu terus dilupakan tanpa sedikitpun perasaan bersalah ..... seolah pembangkang lebih menyesal kerana tidak dapat terus MENEKAN dan MEMALUKAN kerajaan sendiri dimata masyarakat antarabangsa !

TUK KETAMPI ! ? ? Atas dasar Hak Asasi Manusia Sejagat Pembangkang MELALAK TAPI bila negara diCEROBOH oleh tentera asing yang MENGGANAS dan setakat ini telah MEMBUNUH 8 anggota Polis kita ... USAHKAN MELALAK, BATUK PUN TIDAK .....

Kenapa tidak ada sebarang tuntutan maaf atau kecaman terhadap pihak yang menceroboh ? Kenapa tidak ada demo didepan konsulat Filipina bagi membantah tindak tanduk rakyat Filipina yang telah MELANGGAR HAK ASASI RAKYAT MALAYSIA ? 

Negara lain bila diceroboh mereka sibuk berdemo bagai dan menghantar memorandum kepada duta yang berkenaan TAPI kenapa bila negara sendiri diceroboh, tidak ada reaksi yang sama ?

Itu belum kira lagi komen seorang pemimpin pembangkang yang menganggapkan insiden di Lahad Datu itu sebagai satu LAKONAN semata-mata bagi mengalih perhatian rakyat dari isu2 domestik !

Malah ada yang lebih sibuk mencari hujah menyokong tuntutan hak orang Sulu keatas Sabah dari menentang .... 

Apakah kerana status sebagai parti pembangkang maka anda TIDAK BOLEH dilihat bersepakat dengan kerajaan dalam apajua isu waima mempertahankan kedaulatan negara sendiri ?

Apakah setiap isu harus dieksploit dalam konteks politik semata2 ie mencari kelemahan kerajaan saja ?

DIMANA SEMANGAT PATRIOTISMA ANDA ?

PS - Mungkin benar apa yang orang kata, semangat Patriotisma atau apasaja yang melibatkan soal hati TIDAK BOLEH dipaksa...... kalau ada tu, adalah. 


Kenyataan Media PR mengenai Pencerobohan Lahad Datu



Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.


Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.

Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KEADILAN Dato' Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP
 

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2013 at 10:47 AM

memang dari dulu lagi TIADA.

nak harap DAPig? takkan korang tak tahu. depa tu mana ada patriotisme. semua gila harta je..

nak harap PuKiaR? camne nak ada patriotisme..bukan ke depa tu yang dikatakan oleh media asing sbg dalang semua ini? sebab tu baut tak tahu je..malah siap pertikai lagi kononnya tindakan ketenteraan membazir..nampak sangat weh..

nak harap Paspispus? toksah la..depa tu mana ada telor. dgn oku pun takooooot..

hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2013 at 11:01 AM

Din,
itulah kalau hati dh hitam dipacu oleh syaitan & iblis utk membenci k'jaan yg ada,perasan diri sendiri sj yg betul & cerdik dan pd masa yg sama nafsu membuak2 utk memerintah negara,segala apa kebaikan dan pengorbanan yg dibuat oleh k'jaan dan pasukan keselamatan semuanya bakal diperlekehkan...inilah manusia2 yg mempunyai perasaan hasad dengki yg teramat,hanya Allah yg dpt membalas perbuatan mereka ini...

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2013 at 11:23 AM

@Anonymousnafsu KUASA telah membutakan mereka. Semuanya dilihat dari sudut kepentingan politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
March 7, 2013 at 1:44 PM

Huru hara.....ketidak amanan...kehancuran....kematian....kezaliman....bukan ke itu semua yg bermain di mulut pembangkang terutamanya PAS?

apa yg mereka mahu sudah dapat...maka kepuasan sudah tentu ada....nak menyalak apa lagi kalau kehendak & doa sudah dipenuhi?

takkan nak berguling2 atas jalan, berkhemah, mogok lapar, berarak, berdemo, buat solat hajat atau bersidang di bawah pokok semata2 utk menghancurkan apa yg mereka minta & doa sebelum ini?...kalau ikut logik, mereka semua patut buat sujud syukur kerana permintaan/doa diperkenan Allah

yang lebih penting adalah Putrajaya......& hancurkan UMNO.....itu lebih afdhal & wajib malah mendapat ganjaran pahala sepertimana mati syahid

apa lagi cai2 pembangkang...ucapkan Alhamdulillah di FB, Blog, Twitter etc....tunjukkan kepuasan anda semua....Takbirrrrr!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2013 at 1:48 PM

@Otak geligaAdeeeh .... tajam tuh... tapi dari satu segi memang betul pun...kan

Patutlah Pas relaks jer ... mungkin bersorak dalam hati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2013 at 2:14 PM

siapa yang deraf kenyataan akhbar PR ini? Hadi atau siapa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2013 at 7:29 PM

Senang ckp din dorang kalau jadi pemerintah mmg tergadai negara kita nih.. Singapore menanti dgn sabar..

Post a Comment