........... Nik Aziz - Umno Jahat, Pas Baik, Dap Jahat Juga Tapi Umno Jahat Lagi .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nik Aziz - Umno Jahat, Pas Baik, Dap Jahat Juga Tapi Umno Jahat Lagi ....

Saturday, March 2, 20136comments


Bacalah kenyataan terbaru dari seorang Menteri Besar bertaraf Mursyidul Am sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam -

“Kita boleh berkawan dengan orang jahat untuk memberi nasihat, Umno marah kepada Pas berkawan dengan DAP, (Umno) kata DAP jahat, tapi kenapa DAP jahat? Kamu (Umno) jahat juga.

“Berkawan dengan Pas, insya-Allah Pas akan beritahu tentang Islam, syurga begini, neraka begini. Dia hendak dengar atau tidak, peduli apa. Paling penting, tujuan kita berkawan untuk baiki dia (DAP).

“Berkawan dengan Umno, Umno pun jahat juga. Macam mana tidak jahat, Umno tolak Islam ambil kebangsaan, agah(berlagak sombong),”

Bunyi macam terdesak jer Nik Aziz akhir2 ni .... Dah kembali kepada cara lama iaitu Hukum Menghukum @ Label Melabel Umno dengan pelbagai dakwaan bersifat Rhetoriks. 

Orang Pas memang suka lah cara begitu, tak perlu merujuk kepada sesuatu yang nyata. Semuanya bersifat UMUM dan berlandaskan PERSEPSI - Pas itu Islam sementara Umno itu Melayu. Kemudian akan keluarlah hujah2 membandingkan perjuangan Islam dengan perjuangan Melayu.

Yang tidak disentuh adalah perjuangan Pas dengan perjuangan Umno didunia nyata selama keduanya wujud berpuluh tahun dulu. Apakah sumbangan Pas, apakah perancangan atau bluprin Pas kearah negara Islam ..... semua itu akan cuba dielak. 

Tumpuan lebih kepada TEORI dan KRITIKAN terhadap apajua kelemahan Umno yang boleh dieksploit. Pas mengharapkan orang beri sokongan kepada mereka atas dasar ketidakpuasanhati terhadap kelemahan Umno BUKANNYA kerana Pas lebih baik dari Umno.

Berbalik kepada kenyataan Nik Aziz diatas, ada sedikit kesilapan yang beliau mungkin terlupa. Pas tidak lagi bercakap tentang Islam tapi tentang KEBAJIKAN. Sepatutnya Nik Aziz kata -

Berkawan dengan Pas, Pas akan beritahu tentang Kebajikan ....

Umno bercakap tentang Kebangsaan, Pas bercakap tentang Kebajikan ....

Itu baru betul dan UP-TO-DATE !

                                        ***********************************

Baru ni Nik Aziz mencemuh Harussani sebagai JAHIL SEJARAH dan memberi amaran kepada beliau sekiranya Pas menang, Harussani akan susah cari makan kerana terlalu sangat menyokong Umno - KLiK, tapi bila tidak dilayan oleh Harussani, Nik Aziz ternyata tidak puashati dan cuba sekali lagi mem-PROVOK beliau -

Nik Abdul Aziz seterusnya mengelar mufti berkenaan sebagai ‘mufta’ iaitu orang yang tidak pandai yang perlu diberi petua oleh orang lain selain turut melabel Harussani sebagai mabuk dan tidak sedar diri kerana didakwa membuat kritikan tanpa rujukan kedua-dua pihak.

“Mufti sepatutnya mendengar (penjelasan) kedua-dua pihak. Di rumah, anak kita berbalah, kita panggil kedua-duanya, barulah sah yang mana betul yang mana salah, adik atau kakak. Penghulu kampung bila rakyat berbalah, dia panggil dua-dua (pihak). Hakim mahkamah buat keputusan kena ada dua-dua (pihak), kadang-kadang ambil masa puluhan tahun.

“Mufti apa begini? Ini bukan mufti tapi ‘mufta’. Kenyataan Harussani memburukkan nama mufti sahaja, buruk nama orang kampung, (pakai) kopiah 24 jam tapi bercakap tidak betul,” - SINAR

Harussani dituduh sebagai -MABUK, TIDAK SEDAR DIRI, MUFTA, PEMBOHONG ......... ? ? ?

Yang ini saya malas nak komen lagi .....

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2013 at 1:30 PM

Seseorang itu apabila menuduh orang lain jahat mestilah dengan bukti kejahantanya disertai faktor tuduhan itu memang benar-benar jahat.Tuduhan melulu tanpa fakta kuat ertinya orang itu buat fitnah. Fitnah itu api yang dinyalakan syaitan untuk meruntuhkan kewibawaan yang kena tuduh.
Orang pemfitnah begini adalah ahli munafik. Kesaksiannya mesti ditolak dan jauh lagi daripada memimpin manusia atau menjadi pemerintah. Celaka benar manusia yang mengangkat ahli fitnah menjadi ulama diikuti atau didengar segala fatwa daripadanya.
Namun beginilah situasi berlaku diakhir zaman. Ulama sebenar disingkirkan dan ulama bijat menjadi ikutan.
Manusia agama Islam mesti berhati-hati menilai mana permata dan mana kaca. Adakalanya cakap ulama bijat lebih sedap didengar dan kuat pengaruhnya sehingga manusia pendengar tidak menyedari mereka tersesat dari jalan lurus.
Benarlah - jalan kesyurga itu penuh halangan untuk nafsu manusia bergerak bebas dan jalan keneraka itu membebaskan nafsu manusia untuk bermaharajalela.

....................
Reply To This Comment ...................
abuarif
March 2, 2013 at 2:36 PM

solid pandangan di atas,,,,,,,,sokong penuh,,,,mohon disebarkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2013 at 10:48 PM

dap memang baik ... dengan dap ... pas belajar agama ... pas bawak penceramah yang beragama bukan islam dari dap ... dan bagi ceramah tentang islam kepada penganut agama pas, baca al-quran dan taksir ikut suka ... penganut agama pas bertakbir ... tanda faham dan setuju ... mb kedah pun belajar agama dari dap ... bagaimana memajukan tanah wakaf milik islam agar pahala berganda diperolehi ... khalifah lim yang ajar ... tukar tanah wakaf islam kepada tanah wakaf pelbagai agama ... jadi oraang bukan islam pun buleh guna ... bila ramai orang guna tentu banyak dapat pahala ... maka dengan berbekalkan ilmu itu ditukarnya tanah wakaf di kedah kepada tanah perniagaan ... ramai orang mendapat manfaat melalui perniagaan ... kerajaan negeri dapat cukai ... peniaga dapat bekerja ... pembeli dapat memperolehi barang keperluan mereka dengan mudah ... inilah berkat berkawan dengan dap ... kata dap kat pas ... wa cayang sama lu pas ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2013 at 11:07 PM

bagi pas ... yang baik hanyalah pas ... puak mereka dijamin masuk surga ... berbohong ... dapat pahala ... contoh ... kata ada seorang datuk menonton vidio lucah dengan cucunya ... pahala berganda dapat ... menfitnah ... juga berpahala ... umno telah melepaskan air empangan semasa prk ... pun dapat pahala ... penzina pun adalah manusia yang terpilih di dalam agama pas ... penzina mereka angkat jadi naib presiden ... takbir ...

....................
Reply To This Comment ...................
March 5, 2013 at 11:23 AM

Tapi dlm isu nuar meliwat tak nak pulak puak2 yg konon merasa diri 2 bijak pandai nk jumpa Saiful utk dgr dari mulut Saiful sndiri apa yg dia nk ckp pasal nuar 2.Ini tidak blm apa2 lg dah kuar fatwa ORG YG FITNAH NUAR KENA MELUTUT PD DIA DI HARI KIMAT..Ini ckp ulamak ker??

Sama la mcm video SONDOL MENYONDOL..Panggil Eskay jumpa diaorg dn minta Eskay bagi hujah dn keterangan dia tentang org bertanggungjawab menyebar video tersebut.Ini tak sempat2 nk kuar fatwa VIDEO ITU BESI TAK ADA MATA DN TELINGA TAK BOLEH JD BUKTI..Punya la mangkuk ayun org mcm ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2013 at 8:18 AM

amboiii .. hang ingt hang baik sngt dok kta org mrata... dok kta umno mcm nu la mcm ni .. kaki bhong hang noh.. hang igt wat mka hudoh tu lawa ngat ka... aq bkn nk hina hg tp unk tu kna jga mulut skit jgn dok mngata org ikut suka hati hg ja... igt kmi tunggoi pa.. klw hg rsa hg baguihh sngt bnyk phala sngt... mati trus la mdah x yah nk kcau kmi... kmi xdak pon nk wat mcm hg ni .. cramah sna cramah sni tp simpul2 dok kta at org juga.. cermin la dri tu dlu noh... assalamualaikum...

Post a Comment