Najib Tidak Layak Bercakap Tentang Hukum Hakam Sebab Dia Bukan Orang Pas !

Saturday, March 16, 201320comments

Semalam Najib telah menggariskan 7 dosa besar yang telah dilakukan oleh PR termasuk Pas terutamanya yang melibatkan negeri Kelantan. KLiK 

Hari ini Pas melenting dan siapa lagi yang paling kedepan kalau bukan orang yang merasakan dirinya layak menjadi PM baru - Mahfuz Omar. Bukan 7 perkara itu yang ingin saya komen tapi komen Mahfuz itu sendiri ! Maksud saya, apa yang ada dalam kepala beliau semasa mengeluarkan kenyataan -

TUJUH Dosa besar ? Ke SATU jer .......

"Sejak bila dia jadi mufti? Kenapa dia pulak nak jadi Majlis Syura mengeluarkan hukum hakam."

Apakah Majlis Syura itu SAMA TARAF dengan mufti untuk mengeluarkan hukum hakam ? Siapa yang beri tauliah kepada Majlis Syura untuk keluarkan fatwa / hukum hakam ? Satu lagi, tidakkah kenyataan Mahfuz itu menunjukkan beliau mengiktiraf kuasa mufti untuk mengeluarkan fatwa ....... jadi persoalan seterusnya - Apakah Mahfuz @ Pas akur dengan segala fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti @ Majlis Fatwa Kebangsaan ?


“... dulu kata Pas kafirkan Umno, sekarang dia pula buat, sekarang dia nak jadi tuhan pula,” SINAR

Kenapa Mahfuz melenting ni ? Ada ke Najib kafirkan Pas ? Najib cuma sebut 7 dosa besar, dia tak sebut pun Pas kafir .... kan ? kan ?

Ke Mahfuz rasa tercabar sebab ada pemimpin SELAIN dari pemimpin Pas yang berani sebut hal dosa pahala yang selama ini menjadi mata pencarian Pas ?

Pandangan yang seperti perasan bab ugama adalah hak mutlak pemimpin Pas dapat dirasai juga melalui komen2 pemimpin2 Pas yang lain -

Mustafa Ali -  

“Siapa bagi fatwa, mana dia (Najib) dapat fatwa macam itu, tak betul tu (tuduhannya).

“...kalau tak faham jangan cakap, kenyataan dia bukan berdasarkan ilmu,” 



Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Rani

“Dalam Islam yang nak tuduh mesti ada bukti sah dan jelas.
“... siapa nak mendakwa kena ada bukti, tiada bukti jangan buat tuduhan,”



Timbalan Pesuruhjaya lll Pas Kelantan Mohd Amar Abdullah -

“Dia (Najib) tidak layak menentukan hukuman dosa atau pahala. Apatah lagi menghukum PR melakukan dosa besar. Dosa hanya ALLAH yang tentukannya,” SINAR


Kesemua mereka punya satu persamaan - Memperlekehkan sesiapa saja yang BUKAN Pas yang bercakap hal ugama..... seolah bab ugama adalah hak mutlak Pas.

Sikap yang sama pernah ditunjukkan oleh Hadi, MatSabu dan juga Mustafa Ali hujung tahun lepas semasa mereka mentertawakan Tun Mahathir yang waktu itu mencabar pemimpin Pas perjelaskan konsep keadilan Hudud yang dibawa oleh Pas


0:48 - ( Suara Mustafa Ali / Mat sabu -  Mahathir bukan reti bab ni, Mahathir bukan tahu ... ) Dia cakap pasal perubatan sudahlah hahaha .... ( KLiK untuk refresh memory )

Pemimpin2 Pas ini sedar atau tidak, dalam mereka mempertikaikan hak orang lain untuk bercakap tentang dosa pahala ( hal2 yang menyentuh agama ) rakyat yang bukan orang Pas juga mempertikaikan perkara yang SAMA tentang mereka !

Oya, perlu disebut juga - BUKAN pemimpin2 Pas secara individu yang layak bercakap tentang agama tapi pemimpin2 Pas yang MASIH BERADA DALAM PAS. Sebab jika Mahfuz sendiri kalau keluar dari Pas, tak terbayang bagaimana beliau akan dihentam oleh orang Pas ! Lihatlah apa dah jadi pada Hasan Ali ...

Bagi orang Pas, kelayakan seseorang pemimpin atau ulama untuk bercakap tentang agama adalah ditentukan oleh keahlian mereka dalam Pas. Kalau Najib masuk Pas, secara otomatik beliau sudah layak memberi hukum hakam .... kan ? kan ?

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 10:39 PM

setiap orang yang beragama islam boleh bercakap pasal agama.pelik sunguh maffuz ni.walaupumn dia umno ke pas ke.dia ada hak nak bercakap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 10:59 PM

nak tanya laa sikit..hukum dosa pahala tu Pas sahaja ker boleh bercakap? apakah setiap orang islam yang mengucap kalimah syahadah tidak boleh bercakap dan belajar hukum hakam? macam nik aziz tu kata syurga neraka dia yang boleh tentukan..manusia akhir zaman apa pun dia boleh cakap..sebab tu bagi orang pas bila dap hidang arak pun dia tidak hairan duduk sekali dengan kaki mabuk...arak ker, penipuan ker, kencing rakyat ker semua diutamakan dan hukum dibelakangkan...PAS PIS PUS. Jangan jadi rika dan takabbru noo ..wahai pas pis pus..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 11:31 PM

kan aku dah cakap..PAS ni parti yang anggotanya otak cib*i

anti PAScib*i

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2013 at 11:44 PM

ISLAM MILIK SEMUA MAHLUK DIBUMI.KERANA ISLAM UNTUK SELURUH ALAM..

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
March 17, 2013 at 12:15 AM

dah kalau dlm KAPARA

PAS = ISLAM....nak buat lagu mana
memang HANCUR Islam diperkotak-katikkan penganut2 PAS

dr yg tak tau apa2, sampai la yg belajar kat Deoband & Mesir, masuk PAS je habis ilmu yg depa belajar dulu2.....apa la nak jadi dgn PAS ni....pemecah belah umat & istiqamah pulak menyesatkan umat

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2013 at 12:48 AM

@AnonymousDan kalau ditakdirkan Nik Aziz keluar Pas ?

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2013 at 4:33 AM

Mohon pautan sahabat utk http://supekrokrak.blogspot.com/ . tq...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2013 at 7:06 AM

Orang PAS in dah berserabut pemikiran dia. Najib takleh cakap pasal Islam. Imam Makkah pun takleh jugak cakap pasal Islam di Malaysia ni. Tapi Lim Guan Eng boleh cakap pasal hukum hudud?

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
March 17, 2013 at 7:24 AM

Mufti yg arif tidak mengeluarkan fatwa sendiri, hanya menyatakan hukum Quran dan Hadis, juga fatwa ulama mujtahid terdahulu dan dlm peerkara ijtihadi baru mrk merujuk keputusan Majlis Fatwa kerana secara individu mrk bukan mujtahid.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2013 at 8:42 AM

Bagi saya, apa jua fatwa yang keluar dari mulut pemimpin pas semuanya saya anggap adalah fatwa politik. Fatwa politik ni ada tempoh expirednya dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Sebagai contoh, amanat hadi yang releven hanya pada zaman itu sahaja. Apabila pas bekerjasama dengan dap, amanat tersebut automatik terbatal. Begitu juga dengan hukum hudud dan negara Islam yang menjadi matlamat no.2 pas selepas putrajaya hanya kerana nak jaga hati dap.

Fatwa yang sahih hanya layak dikeluarkan oleh mufti dan majlis fatwa kebangsaan sahaja dan bukannya pemimpin-pemimpin pas.

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2013 at 10:48 AM

@Supek Rok-RakSudah saya linkkan di BLOGLIST, TerimaKasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2013 at 10:49 AM

@AnonymousOrang Pas akan cuba ELAK dari berbincang tentang segala fatwa dan hukum2 Haram yang pernah pemimpin2 Pas keluarkan dulu.

Hampir semuanya berkaitan Haram .... kenapa ek ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2013 at 10:53 AM

http://gelombangkick.blogspot.com/2013/03/pejuang-yang-terkorban-di-lahad-datu.html?m=1 ... fatwa baru dr ketua dewan ulama pas. Pakat2 baca &pakat2 nilaikan sendri s/ada fatwa politik atau fatwa agama ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2013 at 11:08 AM

salam,

sebelum nak cakap bab dosa, yang ada kait terus dengan Allah SWT, mereka sudah semestinya mempunyai bukti bahawa telah mengisi borang keahlian parti ajaran sesat (PAS), parti gay rakyat, dan DAP sudah semestinya. sesudah menjadi ahli, barulah menjadi hak mutlak untuk bercakap asalkan semua hukum yang salah itu hanya kepada umno dan bn sahaja.

sebagai ulam-ulam alamak dalam parti ajaran sesat, maka kita kena akui mereka semua itu maksum (tiada kesalahan ) selagi mereka menyebarkan ajaran yang menimbulkan kebencian dan membuat fitnah kepada umno dan bn. sehingga sekarang dr hassan ali tak pernah meminta maaf atas segala fitnahnya kepada umno dan pemimpin walaupun dah dipecat. kerana semua fitnah itu bagi mereka macam setaraf dengan ayat quran.

jika hendak salahkan pemimpin dan pengikut parti ajaran sesat, segala bukti dan fakta hendaklah disahkan dahulu oleh majlis syura, kemudian mr presiden, mursyidul am dan akhirnya ahli terima atau tidak. kalu ahli tak terima, maka keputusan majlis syura perlu digubal mengikut kehendak ahli.

so, biasa la bila bercakap dengan ahli parti ajaran sesat. dah sesat. cakap kita pun tak mau dengar. dia jer yang betul. walaupun ahli tak fanatik langsung sebab dah tertanam dalam kapla, umno dan bn rasuah, tentang islam dan segala yang buruk belaka.

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2013 at 11:36 AM

Kerana nak menang kuasa, pemimpin dan penyokong PAS sanggup meletakkan diri mereka menjadi orang bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2013 at 12:36 PM

Derhaka kepada pemimpin ulul amri pun berdosa jugak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2013 at 8:45 AM

PAS MEMANG UJUB DAN TAKBUR. ITU JE..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2013 at 12:37 PM

Siapa sj masuk pas blh ckp hal agama.tgk sj ostazah 18x pening berguling melantun tu.ckp dia je dah disanjung puak hampas dah melebihi taraf ulamak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2013 at 4:32 PM

sebelum kata apa2 cermin diri dulu. sebelum nak bercakap mengenai dosa besar... kalau isteri dan anak tak tutup aurat tu dosa apa? dosa kecil ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2014 at 10:01 AM

AGAK2 LA... HABIS TU NAJIB TU BUKAN ISLAM ..SEMU AORANG ISLAM BERHAK BERCAKAP SOAL ISLAM ...CUMA KALAU ADA SALAH DAN SILAP BETULKAN DAN BERIKAN NASIHAT BUKANNYA MEMAKI HAMUN DAN SEBAGAINYA...BAWA2 LA BERTAUBAT ...

Post a Comment