........... Mana Videonya ? ? Nak Buat Pekasam ke ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mana Videonya ? ? Nak Buat Pekasam ke ?

Tuesday, March 12, 201310comments

Artikel kali ni lain sikit. Kali ni personal sikit dan ada orang yang akan berbulu dengan saya sebab ungkit benda macam ni dalam blog. Saya nak buat teguran dalaman sikit, bukan nak mengaibkan sesiapa tapi supaya kita UBAH perangai yang buruk kepada perangai yang lebih baik.

Saya akan elak dari sebut nama sesiapa tapi saya harap yang berkenaan baca dan UBAH !

Kenapa suka PERAM material yang sepatutnya kita sebarkan SECEPAT MUNGKIN ?

Saya merujuk kepada Majlis 3 hari lepas dimana Tun Mahathir datang dan berucap di Marang. KLiK

MANA VIDEONYA ? ? ?  Dari Marang, Tun dah ke Pasir Mas, turun ke Klang dan semalam naik keutara di Kulim Kedah. Video Marang tak keluar2 lagi ...... Nak tunggu lepas PRU13 baru nak keluar ? Ke nak tunggu buat pekasam ?
 
Ni bukan benda baru berlaku, dah lama sikap sambil lewa begini diamalkan. Saya ingat lagi tahun lepas saya terpaksa push supaya diupload secepat mungkin rakaman video / audio suara Hadi ketika mengucapkan Amanatnya 32 tahun lalu. 

Rata-rata rakyat Malaysia tak pernah dengar pun secara audio Amanat itu tapi materialnya ADA DISIMPAN oleh seseorang / beberapa orang / organisasi entah dah berapa lama, begitu juga material2 lain yang seharusnya DARI DULU lagi disebarkan.

Kalau terlupa takper lah juga tapi ini tidak, gi menyohor merata tempat - kami ADA benda ni ..  tak pun gi tunjuk pada orang, suka sangat dalam hati bila audien semua terkejut @ kaget bila tahu bukti2 sebegitu wujud tapi bila diminta copy - benda ni kami simpan, majlis2 tertentu jer baru kami tunjukkan pada orang. Kalau nak copy, nantilah kami akan edarkan... tapi sampai sudah tak diedarkan pun !

Orang jadi MENYAMPAH dan BENGANG adala.... tapi diorang mungkin tak sedar kot yang orang nak marah dengan sikap buat macam harta sendiri begitu.

Orang Pas saya nak cakap .... ceramah belum habis diorang dah keluar /edit bahagian2 menarik diawal ceramah dan disebarkan secara MELUAS !

Takdenya diorang nak peram lama2 ....

Mungkin korang banyak kerja dan takde masa nak proses cepat. Apakata korang upload jer video penuh part ceramah itu dalam Youtube dan saya percaya ramai bloggers diluar sana yang boleh tolong edit part2 yang menarik. 

Kita KERJASAMA, SAMA-SAMA KERJA. Kalau nak kredit diberikan pada korang pun tak per, kita boleh letakkan nama korang BESAR-BESAR supaya semua orang tahu sumbangan korang.

Apa yang penting adalah SEBARKAN secepat mungkin ! 

Maaf ye kalau terasa ... tapi kalau tak keluar juga dalam masa terdekat, saya akan tulis lagi.. 

UBAH !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 8:34 AM

huhu..marahnyerr..takuttt!DT kalau marah penyu lain takjadi kais pasir..semua undur perlahan2 balik ke laut..

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 8:39 AM

Kak pun frust..that day dah siang2 sms MB..tanya whether bahagian penerangan boleh provide latest video tapes kalau ada program2 PM or MB or mana2 yang penting.
Sebab diaorang kan selalu tercongok dengan segala alatan rakaman.
Ni takder..last2 akak pasang lagu dan Nat Geo je laah..
Penerangan perapp jer..entah2 store room dah bau budu..

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 9:04 AM

@mamasitaAda diorang kisah ? hahahaha ...

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 9:06 AM

@mamasitaWoooooooh .....SMS PADA MB !? Besarnya kabel tuh ..... acu cuba try test hantar link artikel ni minta MB baca !

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 9:17 AM

Din..MB kan ketua cawangan dan rakyat biasa pun boleh sms dia..
Dia dah pesan..dia baca setiap kiriman sms, tapi nak jawab setiap sms dia takdapat laksanakan..
Kitaorang kat Pahang ni pemimpin2 BN semua macam biasa..protokol yang ekktion jauh sekali.
hehe..*bodek sikit laah..memang betul*^_^

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 10:02 AM

@mamasitaEMEL SAYA NO HP MB MATSAID !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2013 at 10:35 AM

Din,
Saya selalu gak dapat sms dari mb. Tapi setiap kali dari no yg berlainan jer...cam tak ikhlas la pulak.. Padahal pernah jadi guru saya masa kat bentong dulu...
Anyhow, wish him all the best in this coming GE nanti...

Zack
Air putih kuantan

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 11:48 AM

@AnonymousMB Pahang suka tukar2 no hp kot ....:)

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 12:13 PM

Din..mana kawan ada nombor MB Mat Said??? Alahai..hihi..

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 2:58 PM

Salam Bro Din,

Kat Sini ada video ucapan TDM di Kelantan...

http://kickdefella.net/author/kickdefellas/

Post a Comment