........... Lim Kit Siang Telah Buktikan Betapa Tiada Nilai Lambang Perjuangan Islam Pas | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Lim Kit Siang Telah Buktikan Betapa Tiada Nilai Lambang Perjuangan Islam Pas

Sunday, March 24, 201310comments


Saya macam tak percaya membaca kesudian Pas merelakan calon2 Dap bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya ROS membatalkan Dap ekoran kesilapan dalam pemilihan tahun lalu.

"Kita mengalu-alukan calon-calon DAP menggunakan Pas dan PKR untuk bertanding di dalam PRU-13. Di dalam parti Pas sendiri, kami mempunyai sayap parti iaitu Dewan Himpunan Penyokong Pas yang terdiri daripada bukan Islam.

"Setakat ini, kami telah menerima penyertaan lebih 30,000 ahli di dalam dewan himpunan itu," katanya.

Bagaimanapun, menurut Mustafa, para pemimpin DAP termasuk Kit Siang yang berhasrat bertanding atas tiket Pas perlu mendaftarkan diri sebagai ahli Pas terlebih dahulu.- Utusan

Ini sebagai respon kepada kenyataan Lim Kit Siang -


Dalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap "konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada.

"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.

"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya.
- Mkini



Hahahahaha ....... saya tidak lihat keSERIUSan sedikit pun akan hasrat Lim Kit Siang nak guna lambang Pas ! Bagi saya ia lebih kepada UJIAN TERAKHIR Dap untuk melihat betapa patuh dan baculnya Pas kepada Dap.


Worse come to worst, Dap masih boleh gunakan lambang Pkr yang semua tahu perjuangan mereka lebih senang diterima ahli Dap berbanding Pas. Tak perlu Lim Kit Siang nak cari satu lagi masalah baru disaat2 akhir sebelum PRU13.


Adakah anda percaya Dap berniat nak ambil alih Pas jika mereka beramai2 masuk Pas kemudian bertanding guna nama Pas ? Untuk apa? Pas LEBIH BERGUNA kepada Dap dalam keadaan sekarang, tak perlu Dap nak ambil alih.


Tapi kenapa Lim Kit Siang sebut juga ? Sebab nak TEST TAHAP KEBACULAN PAS !

Belum pun ada sebarang kenyataan resmi, hanya tweet saja dari Lim Kit Siang tapi Mustafa Ali selaku Setiausaha  Agung Pas dah menyambutnya dengan begitu teruja sekali. Para pencacai Pas pula dalam menyokong offer ini telah menghebahkan betapa Pas kini telah diterima sepenuhnya oleh kafir Dap, konon perjuangan Pas Untuk Semua akhirnya telah berjaya ! ....dari sebuah blog Pas Greenboc - 

Kedua, slogan PAS selama ini "PAS FOR ALL" telah berjaya dan diterima oleh semua kaum di negara ini. Ornag Cina dan India tidak lagi takut dengan PAS yang difitnah oleh UMNO dan sekutunya dengan pelbagai momokan seperti hudud dan sebagainya. Dengan pelbagai penjelasan dan penerangan oleh pimpinan PAS, masyarakat Cina dan India sudah mengerti bahawa PAS bukan sebuah parti ekstreme tetapi sebaliknya PAS adalah parti yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan - sebuah perjuangan yang menjadi nadi kepada Pakatan Rakyat seluruhnya.

Apa yang terbayang setelah baca semua diatas adalah gambaran ini -



 tak perlu saya sebut yang mana satu Dap, yang mana satu Pas.

SEMUANYA DEMI KUASA POLITIK !  Semuanya sanggup digadaikan termasuk nama dan lambang perjuangan parti. Langsung tidak ada pertimbangan akan KELAYAKAN calon Dap untuk menggunakan lambang perjuangan Islam Pas. Semuanya sudah tidak ada nilai lagi, tidak dipedulikan lagi. 


PAS sendiri sudah dijadikan sebagai satu ALAT oleh para pemimpinnya demi mencapai apa yang diidamkan selama ini iaitu KUASA POLITIK ! Jadi apa salahnya ALAT itu turut di kongsi pakai oleh rakan kongsi mereka ....

Biarlah orang yang nak pakai nama dan lambang Pas itu orang yang sanggup mati dalam menentang perlaksanaan Islam dan Hudud ..... No Hal.

Biarlah orang yang nak pakai nama dan lambang Pas itu orang yang mahu jualmurahkan nama ALLAH untuk dipakai oleh sesiapa saja, menghina dan menjatuhkan status nama KHAS yang ada pada ALLAH itu kepada gantinama yang merujuk kepada Tuhan siapa saja.. No Hal.

Sebab Nama dan Lambang parti Pas itu sudah tidak punya nilai lagi kepada pemimpin Pas sendiri ! PAKAILAH ..... SIAPAPUN BOLEH PAKAI .... SILAKAN PAKAI ! ...... No Hal.


Apakah Lim Kit Siang, Karpal dan Dap benar2 nak pakai ? Hahahahahaha ....... Kalau dah sebegitu MURAH dilelong, diorang nak pakai pun JIJIK !

Lim Kit Siang hanya nak BUKTIkan  betapa Dap telah akhirnya berjaya menjinakkan Pas .... ITU SAJA.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2013 at 12:04 PM

Dulu kafirkan orang lain, sekarang jadi mainan orang kafir

PAS MEMANG HEBAT

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2013 at 12:17 PM

Pas memang bacul.. hidung tak mancung, gigi pipi tersorong2.. memalukan!!!

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2013 at 2:16 PM

Pada suatu ketika sedang saya menunggu giliran untuk menggunting rambut, saya terdengar perbualan antara India tukang gunting dengan seorang cina pelanggan beliau dalam bahasa Inggeris.

Mungkin mereka merasakan saya adalah orang Melayu yang terlalu bodoh tidak mampu memahami bahasa Inggeris. Kesimpulan perbualannya adalah pelanggan Cina tersebut menyatakan betapa senangnya nak menewaskan Melayu (PAS/UMNO), cuma berikan mereka tiga perkara ni:

Kuasa (Pangkat & Darjat)
Duit (Kemewahan)
Perempuan (Seks)

Maka mereka akan mengikut telunjuk kita (DAP/PKR).

Jika kita lihat kesemuanya ada pada pemimpin PAS sekarang. Mat Sabu & Ahli tertinggi PAS kerap kita dengar ditangkap berkhalwat. Anwar juga tidak ketinggalan dalam isu-isu seks di luar tabii beliau.

Rata-rata kita boleh melihat Azmin dengan gambar keluarganya berlatar belakangkan kereta-kereta mewah.

Dan banyak lagi yang mampu kita lihat sekiranya kita buka mata & minda dan tidak menjadi taksub dengan apa yang dikatakan pemimpin walau pemimpin BN sekalipun. Tiada parti politik yang sempurna didunia ini. Kita perlu bijak dalam membuat penilaian yang mana akan membawa kesan yang lebih buruk.

There is NO perfect party in this world... Only perfect intentions.


http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2013 at 3:54 PM

@Malaysian Cybertrooper"There is NO perfect party in this world... Only perfect intentions." ....

if i may add - Only perfect PERLEMBAGAAN PARTI !

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2013 at 4:05 PM

Right on the dot Din!


http://mycybertrooper.net.ms/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2013 at 9:35 PM

Saya rasa pemimpin dap sekadar acah2 jer nak tumpang pakai lambang bulan. Gila ke ape, nanti penyokong mereka akan jadi serba-salah dan keliru seolah2 dap merestui hudud ala pas. Nanti tak pasal2 jadi peluru hidup pulak bagi mca untuk menyerang dap. Sepatutnya pemimpin pas guna lambang roket, pasal pengikut2 pas main ikut jer apa jua arahan pemimpin mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2013 at 10:19 AM

lagi elok jgn diharamkan DAP sebelum PRU, biar depa bertanding pakai logo sendiri...kalau depa pakai logo PAS amat mengelirukan org - org yg anti DAP...kalau PKR tak pa la sbb 2 2 pon sama saja hehe...

boleh buat teori konspirasi ni yg DAP saja nak ROS batalkan DAP supaya depa boleh bertanding tanpa logo depa

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2013 at 10:49 AM

Xsusah nk lim kit siang nk menang hati pengundi pas, cakap pi la apa pon,ayat last mesti jerit takbir (takbilll).dgn itu saja org pas akan ckp LKS dh lebih islam dr umno. Org pas kan cpt sronok...xcaya try tgk kat blog diorg,title mcm ni mmg byk. "MIC dh goyang tgk gambar ni","MCA menangis tgk gambar ni," bila klik,gambar org india atau cina pakai baju pas.... Fuh,itu pon diorg dh ckp berjaya mbuka hati org bkn islam MENDEKATI Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2013 at 8:50 PM

alangkah ajaibnya bukan islam menjadi naib presiden pas ... ajaib sungguh ...
bayangkan dalam fikiran anda ...
semasa mahu melantik perdana menteri ... pas tulin (pas karat hijau/pas hijau) mencadangkan haji adi sebagai perdana menteri ... dan tiba-tiba pas celup (pas roket) membantah ... huh ... tentu huru hara jadinya ... pas sama pas bergaduh kerana hanya satu isu, iaitu isu siapakah perdana menteri ... pas celup mahukan nwar berahi ... pas karat hijau mahukan haji adi ... tentu huru-hara jadinya ...
cuba bayangkan pula ... pas celup tiba-tiba mojoritinya melebihi pas karat hijau dalam parlimen, memanglah pas majoriti ... tetapi yang celupnya ramai ... macam mana la nak dibentangkan hukum hudud ... belum pas karat hijau bercakap apa-apa pas celup dah bangun bantah ... kalau tengok keadaan sekarang ini ... setiap kali pas celup bantah ... pas karat hijau hanya mampu terkulat-kulat macam tertelan cicak saja rupanya.
cuba bayangkan pula pas celup bentangkan di parlimen bahawa mereka mahu supaya kalimah Allah diguna pakai dengan bebasnya di semua rumah ibadat ... dalam kes ini pas karat hijau (nik aziz, mahfuz, mat sabung dan haji adi) dah setuju ... cuma pas karat hijau harun din dan geng ulamak sahaja tak setuju ... tentu ianya dengan senang diluluskan ...
dan bayangkan selepas itu kalimah Allah dalam tulisan jawi akan terpampang di gereja, kuil, tokong, gudwara, wad ...
tentu nik aziz akan bersabda ... berkat perjuangan pas ... kini semua agama telah menerima Allah sebagai tuhan mereka ... banganya ...
dan apa pulak kata harun din ... setuju ... atau kekal dengan pendapatnya sesiapa yang berseuju bahawa Allah disekutukan dengan lain-lain tuhan maka mereka itu termasuk ke dalam golongan syirik ...
bayangkan pulak ... satu sabdaan nabi pas bahawa undi pas masuk surga ...
karpal sing ... telah bertekad ... langkah mayatnya dulu sebelum tubuhkan negara islam (kaedah pas iaitu negara islam secara mullah ...)
adakah undi penentang negara islam ini ... membolehkan seseorang itu masuk surga ... logikkah ...
kalau tanya pas karat hijau ... semuanya halal asalkan atas jenama pas ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2013 at 8:50 PM

Umpama badan lembu berisi daging khinzir....

Post a Comment