........... Lahad Datu - Menteri Luar Tidak Menafikan Pembabitan Pihak Ketiga | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Lahad Datu - Menteri Luar Tidak Menafikan Pembabitan Pihak Ketiga

Thursday, March 14, 20132comments

Dari Utusan -

PUTRAJAYA 14 Mac - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman tidak menafikan pembabitan pihak ketiga dalam insiden pencerobohan Sabah oleh pengganas Sulu seperti dilaporkan akhbar Filipina baru-baru ini.

"Saya telah meminta rakan sejawatan saya untuk terus memberi maklumat berkaitan apa yang dilapor akhbar Filipina berhubung kemungkinan terdapat pembabitan pihak ketiga.

"Beberapa diplomat dan duta turut mempersoal mengapa ia berlaku sekarang? Itu adalah soalan yang kerap ditanya ketika ini.

"Jadi, selain fokus dan keutamaan mencari penyelesaian masalah di Lahad Datu, pada masa yang sama, kita juga akan memulakan siasatan berhubung kemungkinan terdapat pembabitan pihak ketiga,"

Saya highlite kan KEMUNGKINAN supaya kita tidak cepat menuding jari kepada mana-mana pihak. Lama dah gossip2 berkaitan pembabitan orang ketiga yang dikatakan menjadi dalang kepada krisis ini berlegar diinternet. 

Ada yang kaitkan dengan Anwarlah, dengan Amerika lah, dengan Umno lah ... masing2 disertakan dengan motif2 nya. Saya nak sangat tuduh pihak yang paling galok sekali .... yalah, penyanyi yang dari sebelum krisis bermula lagi dia dah mendendangkan lagu Tanya Sama Pokok dipentas2 ceramah. Kebetulan kah bila disebutnya Sabah akan Hilang

Motif nya yang paling kuat....... TAPI adalah lebih baik kita serahkan pada pihak yang berkuasa menyiasat dulu. Bukti kena ada sebelum kita boleh tuduh sesiapa.

Sebelum ada sesiapa yang mahu pertikaikan - Kenapa lewat sangat baru nak siasat ?, pada pendapat saya, tidak semestinya bila Menteri umum bermakna siasatan baru nak dimulakan. Dia cuma umumkan saja, siasatan mungkin dah lama berjalan. Takkanlah setiap perkara nak diumumkan satu persatu kepada rakyat baru nak buat, apatah lagi yang melibatkan isu2 keselamatan.

Apapun rakyat Malaysia pastinya sudah berasa teramat lega sekarang bila krisisnya kelihatan sudah dapat dikawal dan keadaan sudah mula kembali kearah normal. SEKALUNG TAHNIAH kepada pihak PDRM dan ATM yang telah menjalankan tugas dan amanah dengan baik sekali.

Oya, saya juga terasa nak sebut tentang sumbangan yang diberikan oleh Persatuan Si Gong Pandamaran sebanyak RM100k bagi menghargai jasa dan sumbangan pasukan keselamatan yang gugur. KLiK

 
Nak kena sebut kalau tidak tak terasa la pulak keperihatinan rakyat dari kaum bukan Melayu dalam isu ini ..... maaflah saya tulis begitu, tapi itulah yang saya rasa.

Yalah, negara diceroboh, polis dan askar kita menyabung nyawa hingga ramai yang terkorban tapi dikalangan kaum bukan Melayu, GEMPAKnya TAK SEHEBAT kalau nak dibandingkan dengan kes kematian SATU ORANG Cina yang terjatuh bangunan.
 
Kemudian kalau kita lihat dalam kes Tian Chua yang biadap bila menyifatkan insiden Lahad Datu sebagai satu sandiwara, saya tidak ada baca pun kecaman dari mereka yang sekaum dengannya .......

Jadi keperihatinan yang ditunjukkan oleh mana2 kumpulan seperti diatas, harus di highlite kan ! supaya kita tidak salah sangka .....

1Malaysia bukan hanya berkongsi kekayaan negara saja maaa......

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2013 at 12:12 PM

Persoalannya kalau terbukti anwar dan pakatannya terbabit adakah dia akan didakwa eventually dihukum?

Setakat ni rekod hanya didakwa tp x penah kene apa2kecuali pada zaman tun.

Sekarang anwar seolah2 kebal. Saya pn x rasa pencacai mereka akan duduk diam kalau dia kene.
Effort siasatan semua dh ada,

Akhirnya utk apa?

Maaf kalau saya skeptic, tp rakyat kita belum matang utk menghukum org yg bersalah semata2 kerana org itu adalah idola dan ketaksuban melampau. Bayangkan kalau nik aziz ditangkap kerana memberi tanah dlm bentuk rasuah pada ah beng2 hari tu. Btw kenapa xde tindakan lagi terhadap dia?

Kerajaan pula mcm hidup segan mati x mahu dlm bertegas. Sekurang2nya kalau dulu kita ada ISA...

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2013 at 2:55 PM

@Anonymous

evetually hukuman pengundi levih menyengat dan bervisa...

Post a Comment