........... Lahad Datu - Mana Satu Sumber Berita Yang Resmi Ni ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Lahad Datu - Mana Satu Sumber Berita Yang Resmi Ni ?

Sunday, March 3, 20137comments

Membaca artikel Sinar dibawah -

Hanif: Siasat tuduhan insiden Lahad Datu didalangi pemimpin pembangkang

- Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat laporan media Filipina yang mendakwa terdapat pemimpin pembangkang Malaysia yang terlibat merancang penyusupan masuk penceroboh di Lahad Datu awal bulan lalu.

Kata beliau, sekiranya laporan tersebut terbukti benar, ia satu tuduhan sangat berat dan perlu disiasat.


- Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu sebaai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat, Hanif juga dilihat sebagai satu tuduhan yang sangat berat.

Hanif turut menggesa PDRM menyiasat secara rapi wakil rakyat itu.


buat saya tertanya - Hai..... bekas KPN pun bergantung berita kepada laporan2 BIASA macam kita ?

Sebelum ini, dalam saya cuba mendapatkan berita yang sahih, saya juga turut tersilap mengambil sumber yang tidak resmi bila menulis 3 anggota Polis terkorban padahal cuma 2 saja. Saya sudah letakkan pembetulan namun saya minta maaf. 

Bayangkan kesan yang melanda keluarga mangsa tatkala membaca berita yang tidak benar itu ......  Biarpun setelah diperbetulkan fakta, siapa dapat memadam detik yang mengemparkan dan pastinya menyayat hati mereka yang berkenaan ? 

Kemudian dikhabarkan segalanya dah selesai .... tup-tup semalam dilaporkan pertempuran masih berlanjutan dan ada lagi kematian dipihak kita.

Belum campur lagi laporan2 sampingan oleh para bloggers yang cuba mempolitikkan isu. Baik yang cuba mengaitkan Anwar maupun Umno sebagai dalang. Tiba-tiba sumber media asing, contohnya dari Filipina menjadi sumber berita sahih yang diterima bulat2 .... asalkan ia menepati agenda masing2.

Kemudian ada pula analisa2 yang dikirim oleh mereka yang mendakwa sebagai orang Sabah yang lebih mengetahui keadaan. Ya, memang orang Sabah lebih tahu masalahnya orang Sabah pun main politik juga. Makanya kita dapat baca dua versi yang berlainan dari orang2 Sabah .... bergantung pada fahaman politik mereka. 

Point saya - pihak PDRM atau ATM tidak adakah Unit Media Khas yang menyalurkan maklumat RESMI dari Ground Zero ? 

Nak harap Bernama yang salurkan maklumat kepada paper lain - lambat ! Zaman sekarang orang nak baca berita sebaik saja ia berlaku. PANTAS dan TEPAT.

Masalahnya sekarang, bahagian PANTAS itu memang ada cuma entah dari mana datangnya dan ia tidak semestinya TEPAT ! Dari situ akan timbullah pelbagai versi tafsiran yang memandai-mandai. Rakyat jadi keliru.

Perkara ini memang tidak dapat dielakkan tapi sekiranya pihak berkuasa dapat memainkan peranan dengan efektif, sekurang2nya rakyat ada tempat untuk merujuk. Medium jangan sehala tapi beri peluang kepada soal-jawab supaya sebarang pertanyaan atau keraguan dapat dijawab dengan tepat. 

Rakyat juga boleh dinasihatkan supaya tidak terus percaya kepada sebarang sumber selain dari yang resmi.


Sekadar beri pandangan ....

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 3, 2013 at 8:39 AM

Salam..

TEPAT DARI SUMBER...

Mohon linkan blog wak di sini ye..

Terima kasih

http://ulatdanklulat.blogspot.com

....................
Reply To This Comment ...................
March 3, 2013 at 8:51 AM

@Wak JengkolDAN CEPAT ! :)

Sudah saya linkkan.

Maaflah, sebelum ini dalam template lama ada link Wak tapi tertinggal masa nak pindah ketempat baru.

Begitu juga blog2 lain yang tidak tersenarai,sila beritahu ya kalau blog anda tidak ada dalam senarai bloglist saya

....................
Reply To This Comment ...................
March 3, 2013 at 9:00 AM

Bukan semua orang nak tau versi politik isu Lahad Datu. Mereka cuma nak tahu perkembangan terkini saja.

Ramai yang dah meluat dengan politik yang melampau sekarang ni :)

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
March 3, 2013 at 10:37 AM

saya rasa BERITA versi Hishammuddin la yg PALING TEPAT.....kumpulan yg MELANCONG di Lahad Datu adalah kumpulan penjelajah & pengkaji bukannya pengganas.....ni Menteri KDN yg suka cium keris minta maaf bg tau.....tak mungkin SALAH

apa2pun kita yg masih belum BUTA & BODOH dgn kenyataan merapu sstgh org x kira la org Sabah o bukan, menteri, bloggers o politikus cuma mahu mereka yg melancong ke Malaysia dgn membawa "senjata permainan" supaya dpt dihalau keluar dr Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
March 3, 2013 at 10:44 AM

Untuk maklumat yang TEPAT, boleh ke https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia

....................
Reply To This Comment ...................
March 3, 2013 at 9:26 PM

Kata Syed Naquib al-Attas, lambakan maklumat zaman sekarang menambahkan kecelaruan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2013 at 11:18 PM

menguruskan maklumat dlm keadaan biasa serta kritikal teramat penting. Bg kjaan mesti menyempurnakan aspek ini.

kawe amek cth simple dlm kes saham fgv tempohari, setiap tanah felda bermcm berita yg timbul termasuk dr agen felda sendiri, setiap felda ditadbir oleh pengurus felda dn kakitangannya, mereka memberi maklumat berbeza satu sama lain, peneroka memandang rendah kpd agensi felda akibat kes ini.

tak patut berlaku, mungkin ni akibat pm kita seorang yg lembut tak menekan KSU,ketua pengarah, pengarah2 dan pegawainya berbulan madu diera selepas tun M.

Dulu timbul sj berita dlm paper menyentuh sesuatu jabatan, kementerian meeting selepas subuh lg sb menteri gelisah nak mengadap tun M nanti. Akhirnya pengurusan menjadi terarah,terpandu. Selepas Tun M paklah mereka semua makan angin, khir toyo mula merasa perbezaan coraknya, lalu di anjurkan hadiah penyapu, backfire pd semua sbb Bos no 1 bukan jenis menekan KSU dsb.

Rupanya kalu bos no 1 tegas kesan amat baik pada pakcik makcik dikg bila berurusan dgn pejabat kjaan, zero defect menjadi amalan dek Tun M.

Post a Comment