........... Kos Baiki Bumbung Stadium MAHAL Sangat - Kenapa Masih Tidak DiJawab ? @NajibRazak @dsahmadsaid | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kos Baiki Bumbung Stadium MAHAL Sangat - Kenapa Masih Tidak DiJawab ? @NajibRazak @dsahmadsaid

Thursday, March 21, 20135comments

Dalam artikel sebelum ini saya ada sentuh tentang demo di Kuala Terengganu semalam mengenai tuntutan Mampat yang bertanyakan Kenapa tidak ada Penjelasan Tentang Pengguguran Tuntutan Royalti KLiK, bukan kerana saya setuju dengan demo itu tapi kerana saya juga tertanya2 perkara yang sama. Kenapa Tidak Ada Penjelasan ?

Saya malas dah nak susah payah call berkali2 atau pergi mengadap TUAN-TUAN Besar yang mewakili Kerajaan Negeri hanya untuk menolong menjawab isu2 yang dibangkitkan oleh pembangkang dalam hampir setiap sesi ceramah mereka. Rakyat Terengganu sering disogok dengan isu2 sebegini tapi malangnya tidak mendapat respon dari TUAN-TUAN semua.

Mungkin isu2 ini sudah dijawab tapi kerana pembangkang terus memainkan isu ini, mungkin Umno perlukan sedikit penambahbaikan dari segi penyaluran maklumat kepada rakyat. Saya cuma highlightkan saja disini ... sebagai peringatan kerana PRU13 sudah semakin hampir.

Satu lagi isu yang saya harap mendapat perhatian sewajarnya dari Umno Terengganu adalah soal Stadium. Bukan soal menyalahkan mana-mana pihak untuk dipertanggungjawabkan, tapi PENJELASAN Kenapa Peruntukan Kos Baiki Bumbung Stadium TERLALU MAHAL iaitu RM120juta ! ?


Ini bukan isu baru sebab sudah dibangkitkan dari tahun lepas lagi. Ada saya tulis artikel KLiK bulan Ogos lalu, dan 2-3 kali saya bertanyakan pejabat Exco berkenaan untuk dapatkan info tapi jawapan tetap tidak kesampaian.

Angka RM120juta itu disebut sendiri oleh kerajaan Negeri tapi bila ditanya kenapa mahal sangat, kenapa tidak diberikan justifikasinya ? Bukannya perlu breakdown secara terperinci, cukuplah secara kasar asal boleh diterima akal logik.

Oya, saya juga ada terbaca yang kos membersihkan runtuhan saja mencecah RM20juta ..... adakah ini termasuk dalam RM120juta diatas ?

Diharap pihak kerajaan Negeri Terengganu atau Umno Negeri Terengganu dapat berikan penjelasan ... kalau dah pernah beri sebelum ini, diharap berikan sekali lagi. Bukan kepada saya tapi kepada rakyat Terengganu yang sering disogokkan dengan persoalan2 ini.

Seperti yang saya tulis tahun lepas -

Mungkin kerajaan negeri merasakan angka itu BERPATUTAN dan TIDAK PERLU untuk memberikan penjelasan kenapa ia tinggi kerana bagi mereka ia tidak tinggi ....... NAMUN saya sebagai rakyat Terengganu merasakan KOS ITU TINGGI.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2013 at 10:20 PM

bro,

yang ada info pasal benda ni kerajaan negeri. pejabat kerja raya, pejabat penerangan, pejabat MB etc perlu jelaskan isu-isu ni. yang patut jawab adalah penjawat awam yang bekerja dalam sektor tersebut. dan sesetengah penjawat awam ni paham2 je la, unsur sabotaj cukup tinggi. last sekali yang kena UMNO jugak huhu.


-gapodio-

....................
Reply To This Comment ...................
March 21, 2013 at 11:03 PM

@Anonymoussebenarnya tak susah isu ni, siapa yang umumkan, dialah yang jelaskan ... tak gitu ? Takkan dia main umum pakai sebut jer angka RM120juta dari angin. Benda ni disebut dalam dewan DUN !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 9:33 AM

@dinturtle

Bro,

Normally PM, Menteri, MB semua ni takde details. konsep apa semua tu dia ada la. dia akan announce based on apa yang dimaklumkan oleh pegawai dia. pegawai dia yang ada details tu.

macam PM umum internet 30 minit percuma tu la. dia announce. perincian kena rujuk kementerian berkenaan.

-gapodio-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 10:12 AM

ada tak dijelaskan dalam persidangan DUN? kalau ada, suruh dorang hebahkan je.

kalau takde, memang patut pun kena hentam.

lagi bukti kakitangan awam tak buat kerja? makan gaji buta? hmmmmm...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2013 at 8:58 AM

I know where you are going Din, maybe, but whatever your motive is, i suppport you on this subject. Next will be who is RESPONSIBLE.

Post a Comment