........... Konflik Akan Berpanjangan Selagi Kerajaan Filipina Tidak Bertindak ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Konflik Akan Berpanjangan Selagi Kerajaan Filipina Tidak Bertindak !

Wednesday, March 6, 20137comments

Puteri Jacel bersama ayahnya  Jamalul Kiram lll
Malaysia dan Filipina sudah pun sepakat melabel penceroboh Lahad Datu sebagai PENGGANAS.

"Setiausaha Rosario bersetuju kumpulan ini patut dilabelkan sebagai pengganas," kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Itu dipihak KITA yang diceroboh, bagaimana pula dipihak penceroboh ? Sudah pasti mereka menolak !

Puteri Jacel Kiram pula berkata label pengganas dikeluarkan hanya bertujuan untuk menghalang campur tangan antarabangsa. Beliau menambah, pihaknya sudah meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar menyiasat pendekatan tentera Malaysia terhadap kumpulan bersenjata yang diketuai Raja Muda Agbimuddin Kiram. SINAR

“Tentera kami tidak akan menyerah kalah kepada pasukan Malaysia walaupun mereka menyerang kami pagi semalam dalam usaha menghentikan konflik yang berlanjutan sudah tiga minggu ini,” katanya dipetik ABS-CBNnews

Kata Jacel, pihaknya akan terus kekal berjuang di Sabah dan tidak akan kembali ke Filipina.



Jika kita mngambil serius kenyataan Jacel diatas, saya lihat hanya SATU saja jalan yang tinggal buat pasukan keselamatan negara kita - HAPUSKAN KESEMUA PENGGANAS SULU YANG MASIH ADA DIBUMI KITA !

Selagi ada sisa pasukan pengganas itu , selagi itu negara khususnya negeri Sabah tidak akan aman. Kemungkinan Sabah akan berdepan dengan prospek perang gerila ala komunis zaman darurat dulu.... 

Sesekali serangan keatas negara akan dilancar oleh mereka ini sebagai mesej yang perjuangan mereka masih diteruskan dan juga untuk menarik perhatian pihak luar /antarabangsa. Mereka ini akan menjadi duri dalam daging ... selama mungkin mereka mampu. 

Jika begitulah  pendirian pengganas ini - tidak akan kembali ke Filipina dan terus berjuang sebagai pengganas di bumi Malaysia - apa lagi pilihan yang ada ?

Konflik mungkin berpanjangan, nyawa dan harta terus menjadi korban  .... kalaupun setiap seorang dari mereka dibunuh, apakah gerenti yang tidak ada kumpulan baru menyusup masuk meneruskan keganasan mereka ?

Sampai bila ?

Makanya disini saya lihat KERAJAAN  Filipina harus mengambil tindakan yang PROAKTIF. Kerajaan Malaysia harus buat protes dan menuntut kerajaan Filipina BERTINDAK keatas segelintir rakyat mereka yang telah melancarkan perang bersenjata dan menceroboh negara jiran !

Kenapa kerajaan Filipina hanya memerhati dan tidak bertindak keatas mereka yang dianggap pengganas ini ?

Kita punya HAK mempertahankan negara .... tapi kita tidak mampu menghapuskan musuh yang berselindung disebalik sempadan antarabangsa. Apakah kita hanya terus bertahan saja, menanti serangan dari musuh yang kita nampak tapi tidak boleh sentuh ?

Agak2lah, kalau Amerika ditempat kita, apakah akan mereka lakukan ?

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2013 at 3:14 PM

napa dibiarkan kiraam bercakap di manila, napa tak diambil tindakan kpd mereka oleh pihak berkuasa filipina? Mcm tak salah jer kiram kat sana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2013 at 3:21 PM

Mangkuk ayun betul la keluarga Kiram ni. Betul keluarga 69. In the first place you do not have a kingdom nor a country to rule. You are just a normal citizen of the Philippines. Secondly, you instigate people to attack another country because of your silly delusion that you cannot seems to detach from the past. These people enter another country illegally and killed its citizen. Your people came to another country with guns and arms. Now you want the UN to investigate the Malaysian armed forces treatment of your brother's troop? May your wish back fires you. You are indeed ignorant and ill informed. You were given ample time to negotiate yet you are arrogant and stupid. Due to your personal interest you caused death to others. You should ask for forgiveness from the families members you have killed. Dosa dah berkoyan dan malaikat maut menanti anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2013 at 4:11 PM

apakah mereka akan menjadi seperti ...kominis...mesti ditentang dan dihapuskan...apakah negara kita ...tidak selamat lagi....berapa banyak nyawa akan menjadi ...korban...hai sedih2 bila memikirkan...sedih kerana tidak sanggup melihat dan membaca...ada nyawa yg tak berdosa...terkorban...angkara perasaan ..TAMAK DAN HALOBA UTK BERKUASA...awak dulu dah tak mahu dan tak mampu utk memerintah dan telah diserahkan ...kenapa sekarang pulak awak mahu semula....kenapa?...adakah kerana..melihat negeri sabah ...dah maju...dah berjaya dgn memungut hasil balak yg banyak....disertakan dgn...hasutan manusia yg bertopengkan manusia...membuatkan awak jaditak menentu....dijanjikan dgn kekayaan yg melampau...sehingga jadi tak keruan....ingatlah....BUAT BAIK BERPADA2 ...BUAT JAHAT JANGAN SEKALI...sekarang...nasik sudah menjadi bubur...sanggup berputih tulang dari berputih mata....tapi unk apa?....sabah sudah merdeka bersama2 malaysia...mereka bahgia ..kenapa mahu diambil....madu yg diberi...tuba yg dibalas..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2013 at 4:35 PM

Msia adalah anggota terus PBB dan begitu juga Filifina. Makanya PBB hanya berurusan dengan kerajaan kedua-dua negara berkenaan tetapi bukannya rakyat kedua negara ini.

Sepatutnya Msia yang mengadu atas pencerobohan Kiram sebaliknya Kiram pula yang mengadu? Ini terbalik kot dan menyongsang. Siapa punaisihat songsang kamu hah?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
March 7, 2013 at 12:09 AM

kalau Amerika, dgn Filipina sekali diserangnya kalau tak ikut cakap......keAMANan yg ada selama ni sikit demi sikit hilang.....makin lama makin teruk....KENAPA?

mungkin ini yg dpt mengajar rakyat Malaysia supaya berfikiran rasional, sanggup berDEMO utk merampas kuasa.....nak sgt Arab spring....jihad menentang pemerintahan ala Zionis.....& sekarang SEMUA merasa bahangnya sikit demi sikit.

nak kata apa sekarang?....SERONOK?...Alhamdulillah?....lepas ni apa pula yg akan Allah beri pd rakyat Malaysia.....negara dah aman, nak kucar kacir...sekarang ah dpt....apa lg TAKBIRRR!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2013 at 1:51 AM

Kata Jacel," pihaknya akan terus kekal berjuang di Sabah dan tidak akan kembali ke Filipina."
Chantekkk punya ayat,suruh budak2 dia mceroboh kat negara org...dia dok main congkak kat filipina. Kes dh makin pelik,ajak berunding tak nak,dh kalah nk ngadu kat PBB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2013 at 10:16 AM

Malaysia pun perlu notify pada PBB bahawa mereka telah menceroboh kedaulatn tanah air kita..

Post a Comment