........... KOHILAL Tenat Tapi Lembaga Pengarah Mewah ? - C.N Al-Afghani | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KOHILAL Tenat Tapi Lembaga Pengarah Mewah ? - C.N Al-Afghani

Saturday, March 23, 201313comments





Koperasi Al Hilal atau KOHILAL, satu koperasi yang diterajui seratus peratus oleh ahli dan penyokong PAS.Memang ia meletup hinggakan ada yang menyertai PAS semata-mata untuk dapat menjadi ahli koperasi itu. 

Dalam masa beberapa tahun saja, koperasi ini yang lebih popular dengan Kohilal dapat mengumpul dana berpuluh juta ringgit. Mendapat kenyakinan dari banyak bank sebagai sebuah koperasi yang aktif dan berjaya. Menjadi model kepada koperasi-koperasi lain.

Sekarang di mana Kohilal ? Kenapa dalam masa yang singkat juga ia hilang dari kacamata masyarakat. Tidak lain, semua ini berpunca dari sikap memburu kemewahan harta dunia. Kohilal musnah kerana Lembaga Pengarahnya bernafsu besar. Berpuluh juta wang ahli lesap. Hingga satu peringkat Koperasi Pembangunan Pusat terpaksa ambil aleh pengurusan Kohilal. Sekarang diuruskan oleh Lembaga Pengarah baru yang diharapkan dapat mengembalikan semula kecermelangannya. Itu pun kalau ahli dapat melupakan sejarah hitam bagaimana berpuluh juta ringgit wang mereka lesap tanpa dikesan.

Dalam isu ini, pimpinan Pas pusat tahu, siapa yang punya angkara ? Persoalannya, kenapa tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap orang-orang ini. Malah ada yang masih aktif dalam Pas dan hampir kesemua mereka sedang hidup mewah hingga ada yang jadi korperat diluar negara. 

Saya difahamkan, segala maklumat penyelewengan ini telah dikumpul oleh pihak Koperasi Pembangunan dan telah diserahkan kepada Lembaga Pengarah Kohilal yang baru untuk diambil apa-apa tindakan termasuk bawa kes ke mahkamah. Tetapi hingga kini masih belum ada apa-apa tindakan. Khabarnya mereka tidak mahu bawa kes ke mahkamah, bimbang menjatuhkan maruah parti. Ertinya parti lebih diutamakan berbanding kebenaran. Dengan alasan begitu, tidak hairanlah nanti dalam Pas akan dicemari dengan bermacam kemungkaran. Sebagaimana dalam isu Tabung Mangsa Memali.

Walaupun berlaku penyelewengan dalam Koperasi Al-Hilal, masih ada bekas Lembaga Pengarahnya yang aktif dalam Pas. Mereka tidak didakwa ke mahkamah, mungkin kerana rapat dengan pimpinan PAS.

                                             **************************


Diatas adalah salinan semula petikan dari buku baru karangan C.N Al-Afghani ASAM PEDAS PRU13, dari mukasurat 18.


Kenapa tidak ada siasatan resmi dilakukan terhadap KOHILAL ? Apakah orang Pas khususnya ahli2 Kohilal redha dengan kehilangan berpuluh juta ringgit yang berkemungkinan akibat disalahguna ? Mungkin orang Pas tidak kisah kehilangan harta dunia demi Pas tapi apakah orang Pas tidak kisah dengan KEMUNGKARAN yang berlaku ?


Kelakar bunyinya kan - Pas kononnya hendak menyucikan negara dari kemungkaran Umno tapi diri sendiri pun terpalit dengan kemungkaran yang sama ! ?

Ya, mungkin saja kes Kohilal tidak melibatkan sebarang unsur kemungkaran tapi tidakkah orang Pas mahukan KEPASTIAN ?

Kalau beginilah gayanya cara orang Pas berpolitik - sibuk dengan kesalahan dipihak Umno tapi kesalahan sendiri dibiarkan - maknanya lebihkurang macam keluar dari mulut buaya dan masuk mulut naga ! Apa bezanya ? ?

Mulut Naga ? Ya, mungkin lebih teruk lagi sebab segala kemungkaran itu berselindung disebalik nama Islam.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2013 at 10:08 AM

bagi penganut agama pas pemimpin mereka semua suci ... kohilal bertukar mejadi ko hilang pun mereka tidak kisah ... kerana ianya hanyalah sekadar salah kira-kira ... tetapi kalau sesuatu institusi kewangan milik kerajaan ... contohnya felda ... fuh bukan main sibuk mereka berusaha menyelamatkan seoalah-olah mereka adalah pakar matemetaik ... pakar ekonomoney ... pakar akauntasik ... dan pelbagai pakar lagi... kalau kohilal terus hilang bagi mereka itu masalah kecil sahaja ... kerana mereka memang ramai pakar ... yang sebenarnya tak boleh pakai ...

....................
Reply To This Comment ...................
March 23, 2013 at 10:11 AM

Saya ada satu dilema ..

Bolehkah saya scan dan pamerkan isi kandungan beberapa bahagian dari buku ASAM PEDAS PRU13 di sini ?

Apakah saya akan melanggar sebarang undang2 hakmilik ?

Niat saya cuma penyebaran maklumat. Mohon pandangan anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2013 at 10:21 AM

sebaiknya dapatkan dulu keizinan dari penerbit ....

....................
Reply To This Comment ...................
March 23, 2013 at 10:24 AM

@AnonymousSaya baru perasan - TIDAK ADA nama penerbit, alamat atau apa saja selain dari nama penulis. Berapa harga pun tidak ada.

Macam pamphlet gitu cuma dalam bentuk buku.

Hmmm .... OK kot !

Sebab itu saya minta kerajaan dapat usahakan penyebaran buku ini secara online.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2013 at 10:56 AM

Bro,
Copyright control dipakai klu dari sumba rasmi atau di paternkan. Klu takde mende tu kira milik awam je la. Macam blog nko ni jugak. Sesiapa pun boleh dia jadi tuan punya..
Btw jalan raya dari meraga beris ke kemaman still tak dibaiki dgn sempurna. Still byk line putih atas jalan. Bahaya waktu malam. Mat said buat amende? Tu belum cerita pasal jambatan yg still tak siap kat kmm tu...

Zack
Air putih kuantan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2013 at 6:41 PM

T ksh Din, bru sy tahu begitu perangai pemimpin PAS, kuman seberang laut nampak.......dokleh sokong nampaknya.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2013 at 7:24 PM

Saya baru tahu keadaan sebenar sekarang ingatkan pas ni bersih dari umno rupanya. ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2013 at 8:23 PM

mana boleh din.. benda dah copyright reserved. kecuali ko dapat izin penulis lebih dulu..niat x menghalalkan cara din..

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2013 at 12:21 AM

mengucap banyak2 bro..kau dah melencong jauh ni..kalau betul depa salah, tak kan kau nak bukak aib diorang, melainkan kau betul2 nak kotorkan nama diorang..aku tengok kau power buat ayat..guna la kelebihan kau ni ke arah kebaikan..kan tu lebih baik?

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2013 at 1:57 AM

@Anonymoustidak ada disebut apa2 mengenai copyright, tidak ada nama penerbit, tidak ada alamat, tidak ada harga.. Cuma nama penulis saja.

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2013 at 2:01 AM

@Afam Ahmadtak boleh buka aib mereka? saudara juga yakin mereka bersalah?

Kenapa tidak disiasat supaya mereka dapat BERSIHKAN nama?

Apakah saranan saudara ini terpakai untuk kesalahan2 yang didakwa pernah dilakukan oleh pemimpin2 umno juga?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2013 at 12:10 PM

@Afam Ahmad ya betul tu din.... pas tu islam, islam tu pas. itulah kesesatan yang ditanamkan oleh pemimpin pas kpd penganutnya. sebab iti walaupun balu-2 memali tahu mereka terinaya, tapi mereka terbelenggu dgn iktiqad ini. jika mereka mendedahkan keburukkan pas, bermakna mendedahkan keburukan islam (itu fahaman mereka). sebab itu kita lihat berbagai keburukan pemimpin pas akan didiamkan oleh ahli dan penyokong. iqtiqad ini hampir sama dgn syiah?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2013 at 10:58 PM

Banyak nye dosa kering ornag yg komen di sini - tobat lahum le bro - tuduh pas mcm2 , nak copy berita yg tahu ujung pangkal - Eloks sangat le korang buat keje sebar fitnah senang nanti malaikat hontam korang dalam neraka nanti bro

Post a Comment