........... KENA BACA ! Tabung Lahad Datu Pas - Very The Fishy la .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KENA BACA ! Tabung Lahad Datu Pas - Very The Fishy la ....

Saturday, March 23, 201313comments

Membaca blog MyMassa dimana ada ditanya apa dah jadi pada Tabung Lahad Datu yang dilancarkan oleh Ketua Pemuda Pas pada 1 Mac lalu - KLiK..... buat saya teringat akan satu isu yang saya cadang nak post minggu lalu tapi terlupa sebab bengang dengan Umno Terengganu masa tu  KLiK


Ya, saya pun nak tanya apakah status terkini Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu itu ..... CEPAT2LAH KELUARKAN, KOSONGKAN DAN SUMBANGKAN KEPADA MEREKA YANG DI NIATKAN ..... bukan apa ..... takut, mana tahu kita mungkin ditimpa bencana lain dan kalau digunakan TABUNG YANG SAMA, tak ke bercampur kutipan nanti ?


Haaaa....... INI MAKSUD SAYA -

Gotong Royong AMAL Hulu Langat 12 Mac 2012

SAMA KAN nombor akaun kedua2 program amal diatas..... kedua2nya memakai AKAUN YANG SAMA iaitu TABUNG RAKYAT PRIHATIN 5640 2540 0414  !

Maknanya Pemuda Pas tidak mewujudkan akaun yang baru, mereka cuma guna akaun sedia ada. Persoalannya, apakah akaun PELBAGAI GUNA itu DIKOSONGKAN sebelum digunakan untuk setiap program kutipan derma yang baru ?


Atau Pemuda Pas akan TOP-UP saja baki yang ada dengan setiap program derma yang baru ? Soalan seterusnya - Berapa banyak kah nilai yang dikutip bagi satu2 program disalurkan kepada mereka yang diniatkan ? 100 % atau sebahagian ? 


Bagaimana Pemuda Pas tahu berapa banyak kutipan dalam akaun itu untuk mangsa yang tertentu ?

Contoh, katakanlah dalam akaun Tabung Rakyat Perihatin ada RM500 ribu, bagaimana Pas nak tentukan berapa banyak sebenarnya derma yang diniatkan untuk Tragedi Lahad Datu kalau akaun yang sama turut digunakan untuk program kutipan yang lain ?

Penderma yang ONLINE hanya tekan nombor akaun dan masukkan wang atau transfer dan penyata akaun akan hanya tunjukkan nilai yang masuk. Ia tidak akan nyatakan nilai itu untuk derma yang mana.


Hmmmm very FISHY la ..... Harap Ketua Pemuda Pas dapat berikan Pencerahan.

PS - Ini soal AMANAH, walau satu sen sekalipun ia perlu diberikan kepada yang diniatkan. Apatah lagi jika niat penderma adalah untuk anak2 yatim yang merupakan mangsa bencana tabung dihebahkan. Tidakkah ia bermakna dana itu MILIK ANAK YATIM ? 

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
March 23, 2013 at 8:04 PM

Salam Abang Din,

Tabung gining saya x campur la, banyok sangat keraguannya. pitih tu kira x sapa ke sasaran, kalu sapa pong pas ambik untung banyok dulu. PAS dgn pitih ning x buleh caya.

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
March 23, 2013 at 8:08 PM

Saya doh sumbang semampu saya utk tabung lahad datu media prima, saya caya ke dia. TAPI UTK TABUNG PAS ning mitok maaf, x caya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2013 at 8:45 PM

tabung wat hiway sama ke lain dgn yg tu din?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2013 at 10:01 PM

Dah dijangka DIN. Penyelewengan 100% tetap akan berlaku.... PAS adalah parti munafik...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2013 at 12:14 AM

Satu info yg baik untuk tindakan lapuran polis dan sprm... tengok apa cerita disebaliknya...

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2013 at 1:48 AM

Langsung tidak kedengaran perkembangan tabung lahad datu ni sejak dilancarkan. Sekiranya telah di salurkan kepada mangsa, pasti heboh diwar2kan, tapi tidak ada dilaporkan.

Masa nik aziz dan hadi melawat keluarga mangsa2 pun tidak ada disebut sumbangan mereka datang dari tabung ini.

Jadi apa statusnya sekarang?

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2013 at 2:49 AM

Mana bulih guno akaun yang samo, tak sonegheh boto kojo yang pomudo Pas ni buek. Sok ko jadi Tabung momali...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2013 at 8:57 AM

Salam,

salah guna kuasa, rasuah dan semua yg tak baik hanya ada kpd kerajaan bn dan penyokongnya. Pemimpin pakatan bersih dan calon di dlm sorga. Mana ada benda tak baik. Lgbt, zina, songlap apa ke benda tu, semua tuduhan tanpa bukti 4 pasang mata dan tak masuk dlm hudud. Songlap semua tu kena bukti tangan yg ambil. Setakat tuduhan itu semua kerja dengki umno. Masa kutip wang, semuanya ahli sorga yg kira tu bkn ahli neraka. Neraka tu jauh drp ahli pas pasal dah memperjuangkan islam dgn pangkah pas. Amalan dlm islam umno kena buat sebab ahli pas hanya utamakan solat, puasa, dgr ceramah fitnah. Nak majukan agama tugas umno pasal dia punya perlembagaan. Kami hanya mampu bertakbir dan dikembangkan kpd orgbkn islam serta penentang terutama karpal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2013 at 11:29 AM

Satu untuk ko, satu untuk aku, dua untuk ko, 10k untuk aku.... ha ha ha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2013 at 9:18 PM

Media Prima meskipun dah ada akaun Bersamamu, mereka tetap mewujudkan akaun baru iaitu Tabung Wira Lahad Datu. Kalau kita wat cash deposit memang akan tertera nama tu. Pas buat tabung perajurit tapi tak mewujudkan akaun baru. Memang akan menjadi kemusykilan, sejauh manakah ketelusan tabung itu. Sedangkan kutipan semasa ceramah pun tak tau ke mana dibelanjakan kerana tidak beraudit.

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2013 at 10:22 AM

masalah betui le depa ni hehehe...takkan semua nak bersandarkan kepada kepercaya dan hati saja kot...tak telus langsung

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2013 at 11:37 AM

Ala Din kalau ditanya nanti,diaorg akan bacakan hadis Nabi "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah yang diberi tangan kanan,tangan kiri pon tidak tahu".

Konon menerangkan konsep IKHLAS dlm bersedekah.Makan akan berTAKBIIIIIIIIRRRR la pencacai mereka percay!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2013 at 1:06 PM

Taknak aku bg sumbangan kt tabung lahad datu pas ni..guna akaun pelbagai guna..tah2 duit tu dari bagi ke perajurit lahad datu dia guna duit tu untuk ceramah politik pula.

Post a Comment