........... Kematian Perwira Lahad Datu - Datuk Harun, Perlu ke DiSebut Syahid Dunia Atau Syahid Dunia Akhirat ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kematian Perwira Lahad Datu - Datuk Harun, Perlu ke DiSebut Syahid Dunia Atau Syahid Dunia Akhirat ?

Sunday, March 17, 201315comments

 Mu BENGONG la Harun !


“Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,”

 Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.

“Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya.
SINAR


Soalan saya - PERLU KE DISEBUT SYAHID DUNIA ATAU SYAHID DUNIA AKHIRAT ?

Apakah kerana mereka terkorban dalam mempertahankan negara yang ketika ini diperintah oleh BN maka perlu di bezakan jenis mati syahid mereka ? Tidak cukupkah sekadar menyebut Mati Syahid saja ?

Apakah perlu di pertikaikan NIAT mereka yang terkorban itu ?

Tidakkah kenyataan Harun diatas boleh dilihat sebagai cubaan MEMPOLITIKKAN situasi ?

Kenapa tidak ikut saja seperti kata Presiden Pas sendiri -

PAS juga mempunyai pendirian yang sama dengan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa anggota keselamatan yang terkorban dalam misi mempertahankan kedaulatan negara dari unsur hirabah ini adalah tergolong sekurang-kurangnya syahid akhirat bahkan kita mendoakan agar mereka dikurniakan pahala yang lebih besar lagi. - FB Abdulhadiawang dan turut dikongsi di FB Nik Aziz.


Rakan blogger Gelombangkick turut menulis isu ini dan ada memuatkan sebuah Hadis -

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel RA (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.”



.

PS - Maksud Unsur Hirabah -dari WikipediaHirabah (Bahasa Arab: حرابة‎) adalah tindakan sekelompok bersenjata di dalam Daulah Islamiyah dan melakukan kekacauan, penumpahan darah, merampas harta, merusak kehormatan, merusak tanaman, ternakan, keharmonian agama, akhlaq, dan keamanan masyarakat, baik dari kalangan muslim, ataupun kafir (zimmi atau harbi). Termasuk dalam hirabah, adalah kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh sindiket, mafia, kongsi gelap, dan lain-lain.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
March 17, 2013 at 12:33 PM

pengurusan agama kalau diletak di bawah seliaan org yg JUMUD berPOLITIK natijahnya seperti yg kita boleh lihat sekarang........selagi boleh dipolitikkan, selagi itulah POLITIK itu menguasai agama

cumanya masyarakat kita masih ramai yg berpandangan alim ulama ini seolah2 terBAIK, maksum.....tetapi kita x sedar, selagi mereka ni masih lagi seorang manusia, selagi itulah mereka akan melakukan kesilapan samada SEDAR atau TAK

org yg menjadi HAMBA kepada politik ni kepala otaknya mmg nak UNDI je...x da benda lain.....perjuangkan Islam???....hahahahaha....PENIPU!

....................
Reply To This Comment ...................
Hijau muda
March 17, 2013 at 12:36 PM

Apa pun janganlah ingat kita sahaja yang berilmu. Masalah besar yang ada pada pemimpin PAS sebab mereka cukup angkuh hingga sampai peringkat riak dalam menterjemahkan hukum Allah swt.

Terlalu ikut emosi dan parti. Modal untuk parti lebih diutamakan berbanding kebenaran.

Pengikutnya pula main hentam kromo sahaja apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka.

Contohnya PAS dah tolak mentah2 perlaksanaan Hudud, namun pengikutnya yang tolol masih menyalahkan UMNO.

Sekiranya kematian para perjuang di Lahad Datu terdiri daripada Unit Amal PAS otomatik syahid.

Atau oleh kerana tidak mati syahid maka mereka tiada telor untuk berjuang mempertahan tanah air mereka.

Sebenarnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Lebai ini sama maksud dengan Tien Chua " Mati Katak "








....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2013 at 3:35 PM

Orang Melayu terlalu hormat kepada apa saja yang berkaitan agama , ketahap takut untuk mempertikaikan kata2 para ustaz ..... takut berdosa, waima meminta penjelasan sekalipun.

Dan ini diambil kesempatan sepenuhnya oleh pemimpin2 Pas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2013 at 4:14 PM

"Ya Allah s.w.t, Ya Nabi, Ya rasul.....apa bala orang yang kononnya berilmu ugama, berpendidikan ugama,pagi petang siang malam tonggang tonggek, dahi bercap cap.......malang sungguh, sungguh malang nak jaga nama "Allah" dari digunakan oleh orang lain pun terkangkang kangkang, tercunggap-cunggap. Bukti depan mata rakan sekutu berjuboran pun tak boleh nak pertikai kerana ketua ugama kamu pun gila, ini kan pula nak tafsir kematian orang. Lebih mudah lagi orang sanggup gadai nyawa untuk pakar pakar tafsir ugama ini dan juga kamu supaya tidur lebih nyenyak dan melalak itu ini semua tidak betul kerana menurut hukum hukum islam bodoh kamu......malu lagi sikit dan sedarlah betapa nyawa orang gadaikan hanya semata mata nak kamu hidup dengan senang lenang untuk kamu lebih banyak kirai kitab kitab. Jadi siapa lebih berharga kamu atau orang yang gadai nyawa??????? Apalah jenis manusia kamu ini.....jika ketua bodoh dan gila mengapa tak ditentang......jangan risaulah kamu semua ada tempat kelak tapi entah dimana....rahsia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2013 at 4:54 PM

Antara golongan utama masuk neraka kelak adalah ulama2 palsu

Tiada syak langsung bahawa askar kita mati syahid dan beroleh ganjaran syurga.

Malah kalau difikirkan pn harun sendiri belum twntu masuk syurga.

Xpayahla nk membezakan org islam semata2 kerana pwmbangkang dan kerajaan.

Ni la salah satu fungsi pas sebagai pemecah umat.

Sudah la pas. Dgn perangai khawarij kamu tu perjuangan kamu sudah semestinya x dpt digelar jihad unlike askar yg memperjuangkan tanah air kita.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2013 at 7:03 PM

Pas punya kayuukur yang berlainan berbanding dengan yang bukan Pas. Mereka perasan lebih.

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2013 at 7:22 PM

@Anonymous"menuruthukum2 islam bodoh kam?"..... tolong berhati2 dalam menyebut, ditakuti terlanjur bahasa. Ini hanya ingatan ikhlas dari saya.
Walaupun pas telah tersesat didlm mencari hukum2 islam, tapi jangan kita turut tersilap dlm memperkatakannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2013 at 11:11 PM

adakah para pejuang palestin yg terkorban itu syahid dunia kerana mempertahankn kedaulatan negara dan keselamatan rakyat mereka? lihatlah wajah2 para syuhada palestin yg syahid. elok dan tersenyum gembira. http://princehardy.blogspot.com/2012/05/wajah-para-syuhada-yang-syahid.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2013 at 8:31 AM

Yang shahid PI Bala.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2013 at 12:30 PM

Hal hukum hakam agama pun puak hampas ni nak politikkan.apa yg depa dpt sbg miliege politik?

Klu yg terkorban tu puak hampas menentang kerajaan skrg maka mamat ni akan fatwakan bkn sj syahid dunia atau syahid akhirat tp sbg syahid dunia akhirat dunia akhirat dunia akhirat....................(betapa tingginya darjat syahid puak hampas ni melebihi syahid org islam lain di seluruh alam semesta)

....................
Reply To This Comment ...................
March 18, 2013 at 1:37 PM

ini statement prequel dari statement nik aziz kata tak bleh tiru jenama. jd dato harun tak bleh tiru majlis fatwa kebangsaan... dia takut jadi sama macam abdullah bin ubai..

....................
Reply To This Comment ...................
March 18, 2013 at 4:18 PM

Yooolla Haron oiii..Tentera yg mati belum tentu syahid kerana kita tidak tahu niat mereka.Tp yg PASTI mati syahid bagi pencacai PAS adalah PI Bala,Toe Beng Hock,Kugan dll kerena jelas niat mereka IKHLAS dalam menjahanamkan umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2013 at 7:53 PM

mgkin yang mati syahid dunia/akhirat pada pemimpin bengong dalam Pas ni ialah orang2 mcm Ibrahim Libya phtuihh!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2013 at 11:01 AM

saya bermimpi dua hari lepas, saya berlari lari dan org sudah siap nak kebumikan jasad jasad anggota keselamatan kita , saya lihat pakaian dan cedera mereka tidak dicuci dan mereka hendak ditanam dengan pakaian seragam mereka skali... walhal para perajurit kita sudah pon dikebumikan..mungkin mimpi ini saya anggap petunjuk bahawa mereka diterima sebagai syheed yg benar di sisi Allah..Allahu a'lam

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2013 at 2:56 PM

Masa saya sekolah dulu, saya diajar (mengikut sukatan pelajaran Malaysia) ada 3 jeins syahid.

Syahid dunia tidak wajib dimandikan. Syahid dunia akhirat, haram dimandikan. Syahid akhirat itu wajib dimandikan.

Jadi jangan kita rasa syahid dunia itu satu yang rendah nilainya. Ia lebih mulia daripada syahid akhirat seperti keputusan majlis fatwa.

Apapun, ia hanya perbahasan ulama. Yang pasti, mereka tetap syahid.

Post a Comment