........... Kalimah Allah - Nik Aziz Yang Sengaja Biarkan Isu Berpanjangan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - Nik Aziz Yang Sengaja Biarkan Isu Berpanjangan

Friday, March 1, 20136comments


Nik Aziz masih mahu bermain POLITIK dalam isu kalimah ALLAH. Persoalan ASAL yang menjadi isu adalah JELAS tapi Nik Aziz dan pemimpin2 Pas yang lain sengaja mengaburkan isu dengan jawapan yang UMUM. Jawapan yang tidak menyelesaikan kemelut tapi tambah mengelirukan keadaan.

“Kalimah ALLAH kita telah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulang dah benda ni, benda yang tak patut dijadikan isu, jadi isu.

“Nama ALLAH telah digunakan oleh syaitan dan iblis di dalam syurga lagi. Iblis jumpa Nabi Adam di syurga, dia kena guna nama ALLAH, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia peluk Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalahnya, terjemah God dan Lord kepada ALLAH, itu tak betul,”
SINAR


" Benda yang tak patut dijadikan isu, jadi isu "- YA, sebab Nik Aziz sendiri sengaja membiarkan benda itu menjadi polemik. Kenapa saya kata begitu ? 

Berapa ramai sebenarnya masih ingat isu ASALnya apa ? Ia bermula bila pemimpin kafir yang menjadi rakan baik Pas dalam PR mengeluarkan kenyataan berbentuk tuntutan dalam mesej Hari Krismas 2 bulan lalu - KLiK


Isunya adalah tuntutan dibenarkan penggunaan Allah dalam KITAB INJIL VERSI BAHASA MALAYSIA. Kan jelas tu .... jadi perbincangan seharusnya ditumpukan kepada Apakah penggunaan kalimah Allah dalam Kitab Injil versi Bahasa Malaysia itu atau alKitab itu DISALAHGUNA ?

Seperti kata Nik Aziz dalam artikel Sinar diatas, - Sambil menegaskan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu, Nik Abdul Aziz berkata, yang menjadi permasalahan kini ialah tidak boleh sama sekali menterjemahkan perkataan ‘God’ dan ‘Lord’ kepada ALLAH.

Bukankah dalam AlKitab, perkataan 'God' dan 'Lord' itu TELAH ditukar kepada ALLAH ! 

Seterusnya, jawapan yang perlu dijawab oleh Nik Aziz seharusnya mudah, ringkas dan tepat  - Tidak Boleh ALLAH digunakan oleh Bible versi Bahasa Malaysia. Ia harus ditentang. Lim Guan Eng harus TARIK BALIK tuntutannya.

Tapi pernahkah selama 2 bulan isu ini hangat, Nik Aziz atau mana2 pemimpin Pas menjawab sebegitu ?


                                    ************************************
Kain rentang yang menjadi satu isu di Marang beberapa hari lepas - Harakah - bilamana orang Pas marah dengan tuduhan jika dikatakan - Anda undi Pas bermakna anda sokong ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.

Undi Pas bermakna anda undi PR , kan ?
Kalau Pas menang bermakna PR menang , kan ?
Pendirian PR dalam isu kalimah Allah dalam alKitab adalah ia dibenarkan , kan ?
Jadi kalau PR jadi kerajaan, alKitab akan guna kalimah Allah, kan ?
Maknanya - Undi Pas SAMA dengan anda sokong, kan ?

Kenapa nak marah dengan kenyataan itu ?


Kenapa nak marah kepada kenyataan itu kalau Nik Aziz sendiri tidak pernah secara DIRECT melarang / mengecam penggunaan Allah dalam alKitab ?

Kenapa orang Pas sendiri tidak minta Nik Aziz jawap persoalan yang mudah itu ?

Kalaupun Pas dikatakan menentang, tapi pendirian itu KABUR diperingkat PR. Makanya pemimpin2 Dap terutamanya Karpal telah berulangkali meminta Pas perbetulkan pendirian mereka. 

Itu membuktikan jawapan yang Nik Aziz dan pemimpin2 Pas lain berikan adalah KABUR. Dari artikel Sinar diatas -

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut menyarankan agar keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini dirujuk kembali bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung perkara itu (kalimah ALLAH).

Nah, SIAPA yang terus membiarkan benda ini sebagai isu ?

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2013 at 1:18 PM

Membuat kenyataan u-turn atau konar baring selepas majlis syura membuat keputusan. Persoalannya, kenapa sebelum ini nik aziz dan hadi mendahului majlis syura? Apakah kedua-dua pemimpin pas ini mempunyai kuasa melebihi majlis syura sehingga boleh membuat pendirian tanpa terlebih dahulu merujuk majlis syura?

Susah sangat ke nak mengakui kekhilafan sendiri. Akui ajerlah bahawa kenyataan bersama pakatan rakyat adalah satu kesilapan. Dengan itu, barulah boleh diperakui bahawa pas mempunyai pendirian yang konsisten. Nampaknya sekali lagi tahaluf siyasi memerangkap sikap lembut pas terhadap rakan sekutu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2013 at 4:07 PM

hadi dan n aziz tak mendahului kata deme hadi tu kan dah ahli majlis syura, jadi tak timbul mendahului majlis tersebut. Pening dan kabur pikiran pokcik mokcik kg.

kita fokuskan betul2 isu ini.
1) permintaan guan eng, apakah maksudnya nak guna kalimah allah dlm bible @ cth mudah kita bayangkan satu gereja kat marang terbina dgn nama besar terpampang' Gereja atau Rumah Allah', sini kena kita jelaskan maksud guna Allah dlm agama mereka.

2) Keputusan puak ulama pas/parti pas adakah mereka setuju nama Allah guna dlm bible atau apa saja kaitan dgn agama kristian? Perlu jawab setuju atau tidak, tak perlu bawa jauh2 ulasan tu.

Jadi selesai dan jelas kalu kita memahami hasrat guan eng dan jawapan puak2 pas tu samada setuju atau tak dgn hasrat guan eng, tu jerr...

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2013 at 4:17 PM

Ni yg aku plg meluat dgn Pok Nik ni bila berckp mesti BERBELIT.Org tnya pasal PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DLM BIBLE BAHASA MELAYU.Jawab samada BOLEH atau TIDAK.Tak pyh la dok melalut pasal Iblis Syaitan guna kalimah Allah,org Yahudi sejak zaman Nabi Musa guna kalimah Allah.

Ni sama la dgn si Asri 2.Dia explain berjela2 pasal tak salah org kafir nk bagi salam pd Muslim.Tak salah kalau kafir nk puji Allah dll.Padahal isu poko ialah BOLEHKAH ALLAH DITERJEMAH MENGGANTIKAN LORD/GOD dlm Bible bahasa Melay.Itu jer

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2013 at 7:19 PM

Tu la pasal .... samada para ulama ni tak nampak isu pokok atau mereka nampak tapi buat2 tak nampak sebab memikirkan tahaluf siyasi.

Yang kat bawah pulak ... semua buta !

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2013 at 10:58 PM

@dinturtleBukan TAHALUL SIYASI dh tp BAHALUL SIYASI..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 4, 2013 at 12:44 PM

pandangan dr aku yg jahil ni..tak mustahil satu hari nanti kalimah Allah akan berada ditengah2 palang salib tu atau dibawah salib atau diatas salib disetiap gereja....hmmm...nauzubillah...

Post a Comment