........... Isu Sandiwara Lahad Datu - Tian Chua Ke Mahkamah Esok ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Sandiwara Lahad Datu - Tian Chua Ke Mahkamah Esok !

Wednesday, March 13, 20134comments

Berita yang pastinya melegakan hati ramai pihak - dari Keadilan Daily -

Tian Chua didakwa di Mahkamah Sesyen esok

KUALA LUMPUR 13 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan didakwa mengikut Akta Hasutan esok di Mahkamah Sesyen 2, Jalan Duta di sini, jam 9 pagi esok.

Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, berkata Tian akan diwakili peguam, N Surendran.

Hari ini, Tian memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kes kenyataannya berkaitan kontroversi Lahad Datu

Keterangannya dirakam bermula jam 11 pagi selama 30 minit untuk siasatan kes mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan memfitnah.

Ia susulan kenyataannya yang dimuat naik dalam portal berita rasmi KEADILAN, Keadilan Daily 1 Mac lalu.

Beberapa hari lalu, Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit; Sub Editor, Norasikin Samsi dan wartawan, Aisha Geoffrey, secara berasingan turut diarah memberi keterangan.

                          **********************

Tak menjadi nampaknya helah Tian Chua yang mahu menjadikan tindakannya menggertak mahu menyaman bloggers dalam isu ungkapan Komando Mati Katak sebagai jalan keluar dari kemelut yang berpunca dari kelancangan mulutnya sendiri.

Tian Chua berharap dapat mengalihkan perhatian rakyat yang marah ekoran kenyataannya dalam Keadilan Daily yang menyifatkan kejadian di Lahad Datu sebagai satu konspirasi terancang Umno DAN tweeternya yang menyifatkan kejadian sama sebagai satu DRAMA ala filem Wag The Dog. 

Melalui kenyataan akhbarnya semalam, Tian Chua menulis -  kononnya saya menghina Pasukan Keselamatan dengan kata-kata ” KOMANDO MATI KATAK”        ... nampak tak ? Satu cubaan licik dipihak Tian Chua. - KLiK

Rakyat menuduh Tian Chua menghina Pasukan Keselamatan melalui artikel Keadilan Daily dan Tweeternya BUKANNYA  kerana ungkapan Komando Mati Katak !

Ternyata pihak Peguam Negara tidak termakan spin yang cuba dilakukan Tian Chua dan mendapati wujud kes untuk di bawa ke mahkamah. 

Apapun kita tunggu esok untuk mendengar kisah selanjutnya....

PS - Baru teringat nak kena printscreen kalau guna KD !

 

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2013 at 12:30 AM

hoi Tian Chua..lu lancau la..

Lu agen BN dan UMNO ka??!!!

Lu punya mulut macam longkang, banyak busuk

Lu sudah bagi BN dan Najib banyak kredit. Sekarang, rakyat ramai sudah sokong Najib/BN sebab lu punya mulut longkang..

Lu patut masuk zoo untuk dibagi makan sama itu babi hutan

Bodoh punya MP!!! Macam mana pakatan mahu menang???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2013 at 5:48 AM

Yes, yes, yes. Padan muka lu. *!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2013 at 6:07 AM

bukti wujudnya kes menghasut ialah ...
terdapat rakyat malaysia yang tidak puas hati / menyokong ... hasil daripa perkataan seseorang dan mereka yang tidak puas hati / menyokong ini ini akan ...
berpiket menentang / menyokong penghasut dan isu yang dibawa ...
berdemontrasi mennentang / menyokong isu yang dikemukakan oleh penghasut ...
dengan bersenjata bertindak menentang / menyokong isu itu ...
report polis menentang / menyokong isu tersebut ..
apakah isu itu sebegitu rupa dan boleh menjejaskan keamanan negara ...
mahkamah akan melihat kewujudan elemen di atas ...
so ... suara majoriti ... jika wujudnya isu yang boleh mengancam keselamatan negara dan mahu pemimpin pembankang didakwa di mahkamah ... bersuaralah dengan ...
1, membuat report polis ...
2. berpiket ...
3, berdemontrasi ...
4. bab guna senjata tu biarlah puak pakatan lakukan ...
ingat kes karpal yang pernah dituduh menghasut ... kes ini dibuang oleh mahkamah kerana tiada perkara-perkara di atas ...

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2013 at 9:13 AM

Selalunya begitulah .... kalau tengah panas, bila dibawa ke mahkamah jer keadaan akan reda. Keputusan belum tentu lagi.

Bab Hasutan ini payah sikit sebab ia banyak bergntung kepada tafsiran.

Post a Comment