Isu Lahad Datu - KILL OR BE KILLED !

Monday, March 11, 201319comments

Saya tak pasti nak tulis ke tidak artikel ni ...

Saya sebenarnya masih terasa ........ apa ya, tak reti nak cakap.... sejak dipertontonkan oleh rakan sebuah klip video yang menunjukkan bagaimana seorang mangsa yang SEIRAS wajah seorang anggota keselamatan yang telah menjadi mangsa kekejaman pengganas Sulu telah disiksa ketika arwah masih hidup...

Jari2nya diPOTONG ..... kemudian secara PERLAHAN-LAHAN lehernya dihiris sehingga PUTUS !

Masih terbayang hingga kini ......

Apapun dari FB PDRM -

VIDEO DAN GAMBAR PEMBUNUHAN ZALIM TIADA KAITAN DENGAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN OP DAULAT

PDRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa video seorang lelaki dipotong jari dan kemudian disembelih yang kini tersebar secara viral dalam youtube dan media sosial adalah BUKAN anggota pasukan keselamatan Malaysia. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tidak tepat tersebut.

PDRM juga ingin menegaskan bahawa gambar mayat yang telah hancur seperti dipaparkan oleh sebuah akhbar dan mengaitkannya dengan anggota pasukan keselamatan dalam Op Daulat adalah BUKAN mayat anggota polis yang berkaitan. Gambar seperti itu adalah MUSTAHIL didapati oleh pihak media kerana tiada wartawan berada dalam kawasan operasi semasa kejadian. Gambar seperti dipaparkan oleh akhbar tersebut boleh mengganggu emosi dan situasi ahli keluarga dan sahabat handai wira yang gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara.


Tapi bagaimana kalau video itu dirakam oleh pengganas ? wallahualam.....

Yalah ..... kalau dah PDRM kata begitu..... begitulah .....

  Semalam Zahid Hamidi berkata -

"Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup,"

Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota pasukan keselamatan yang terkorban.

"Dalam undang-undang peperangan sekalipun tidak ada yang membenarkan mana-mana penceroboh atau anggota yang terlibat dalam peperangan boleh mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh badan.

"Apa yang mereka lakukan ini tidak boleh diterima rakyat Malaysia kerana perbuatan ini tiada belas kasihan," katanya.

"ATM (Angkatan Tentera Malaysia) apabila kita berada di barisan hadapan, kita harus musnahkan musuh...kita hormati bidang kuasa yang ada pada polis dan kita serahkan kepada polis dalam menjalankan tugas mengikut perundangan," mStar


HANCURKAN PENGGANAS SULU YANG MENCEROBOH NEGARA KITA ! Kita bersama-sama Pasukan Keselamatan yang mempertaruhkan nyawa mempertahankan kedaulatan negara kita.

Jika visual yang saya lihat tadi menggambarkan kekejaman pengganas Sulu, hanya satu saja yang mampu saya katakan -

KILL  OR  BE  KILLED  !  !

Dan kepada ahli POLITIK yang PERASAN BAGUS bercakap ditempat yang selamat hasil pengorbanan pasukan keselamatan kita juga, bercakap hanya kerana memikirkan UNDI ... PERGI MAMPOS LA !

Penyokong2 mereka ini yang ikut bersorak mengiyakan apa yang pemimpin sial ini berkata memang sama SIAL ! BODOH MACAM LEMBU ! Tak pandai dah nak guna otak !




Saya akan sokong jika puak2 pembangkang ni tubuhkan satu Jawatankuasa macam yang ditubuhkan oleh Pas yang diketuai oleh Mahfuz menuntut satu kumpulan termasuk Anwar, Tian Chua, Nurul Izzah, Mahfuz, Khalid dan pemimpin2 yang lain diHANTAR ke Ground Zero untuk memantau keadaan, supaya mereka dapat gambaran yang LEBIH JELAS DAN REAL.


Lagi baik kalau kumpulan mereka ini dipakai uniform anggota keselamatan dan dihantar berunding ke kem pengganas Sulu ! Ikut pandai dioranglah nak runding apapun...

PS - Baca juga - Susulan Sabah diceroboh: 'Kejam, tidak berperikemanusiaan' pengalaman wartawan yang mengunjungi lokasi kejadian kumpulan keselamatan kita yang diserang.

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 2:37 PM

sudahlah ceroboh rumah orang lagi nak tunjuk kemarahan...apapun taktik "kejam" mereka itu telahpun digunakan oleh tentera 'matahari terbit' untuk menakut-nakutkan orang...namun taktik tentera matahari terbit akhirnya pupus dibakar oleh bom atom.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 2:41 PM

betul ke ada lencana sebagaimana laporan wartawan yang ko linkkan?

kalau betul, takkan lencana itu dibiarkan ditinggal saja disitu? tak lojiklah?

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2013 at 2:45 PM

@Anonymousmaaf kalau saya cakap, saya nak layan soalan saudara pun malas !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 2:45 PM

apapun kedunguan pengikut Kiram ini memberikan justifikasi kepada pihak yang bertamadun untuk menghapuskan kaldai-kaldai Kiram once and for all!

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2013 at 2:55 PM

@AnonymousPolis dan Askar kita bukan berlawan dengan orang yang normal tapi mereka yang dipengaruhi SYAITAN ! untuk meletakkan mereka sebagai orang Islam ..... JAUH SEKALI !

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2013 at 3:16 PM

Anon 2:41, La ni lu pegi booked flight g lahad datu dan tengok sendiri dgn mata lu.. jgn baca akahbar dan dengar berita.. ni semua sandiwara... ada baik lu bawa Ah beng skali ek buat teman...

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2013 at 4:42 PM

Silap Kjaan sendiri fikir mereka manusia kerana beragama Islam! Nak cakap padan muka dah terlambat 8 pejuang dah tinggal 8 balu dan sekian2 dependents. Jangan salah orang lain. Insaf silap caturan dMoose bertiga! Kenapa pihak lain kena galas silap Besar orang lain? Masa konfrantasi dgn Indons dahulu cpat kilat Tentera defend lg blm ade scorpene! Kenapa Polis yg tidak mahir dan cukup kelengkapan perang dimajukan? Jgn nak kelentong yg tahu! Internal Security, Polis External threat, Army! Now NAK saveface, mcm org sawan merepek! Tell all the excuses to the Marines. Dah arwah dan diperlaku mcm sembelih ayam alaZionis mana mulut2 gagah Perkasa. Pergi la sabung nyawa Suluk Halimunan! Tak guna bnyk2 dogeng rectify the gross error and just wipe them out baru puas hati terbela yang dikorban! Ke takut nanti Suluk Tausug Bajao `hukum' kat peti undi! Blh baling batu sembunyi tgn! Allah Maha Mengetahui. Dah 30 hari baru jumpa 53 mana teban 182? ?Jet2 ?bom2 ?batalion. Mat rempit peragut pcah rumah tak tertangan inikan anak buah Misuari MNFL dgn RPG mortar dan trik bachen! Lg keparat tu acah nak jadi org tgh, saksi lutut? Dulu tangkap dia dan serah kpd PNoy kan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 5:55 PM

yg gua nmpk lu sbnrnya yg talking cock.. gi la lahad datu sana, lu bebel kat sini x nmpk pun lu perwira.. mcm pondan adela, bebel bukan main pjg..

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2013 at 5:59 PM

@Nenda Ngahalamak... lain macam jer komen nih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 7:19 PM

Aku paling pantang dgn org yg x reti guna kepala otak yg hanya tau hanya nk complain dgn modal air liur sambil goyang kaki

Kalau ko pandai sgt apa kata ko pegi berjihad sendiri kt lahad datu

Askar2 balu2 insyallah beroleh ganjaran dr Allah kelak

Ko pulak instead of menyumbang tenaga or at least kasi sokongan sebagai rakyat msia hanya tau nk menyalahkan org hanya tau buat fitnah ikut mcm lembu semua pemimpin bangsat pakatan ko.

Itu belum kalau mmg betul anwar yg dalang suruh buat kacau kt sabah like the real anjing yahudi dan cia he is.

Semoga kalau betul kata2 kau adalah fitnah Moga Allah tunjukkan dekat ko kebodohan ko.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Azlan
March 11, 2013 at 7:56 PM

Salam.. aku cuma nak kasi satu idea. Actually aku pun heran kenapa so far masih blom ada gerakan besar besaran perhimpunan rakyat bersatu menyokong perajurit2 negara yg sdg menyabung nyawa di sabah?

Kita ni bukan semua seberani mereka.. tak payah kelentong la kan.. so why not kita tunjukkan support kita dari belakang.. bahwa seluruh rakyat Malaysia yg berdaulat ini sentiasa menyokong dan mendoakan pengorbanan anggota keselamatan negara.

Ini adalah satu peluang utk menunjukkan semangat bersatupadu rakyat Malaysia tanpa mengira agama.. kaum.. mahupun parti politik. Aku sendiri yakin ramai akan turut serta kalau diadakan perhimpunan ini. Kita ramai2 bawa jalur gemilang dan sepanduk2 memberi semangat kepada wira2 kita. Kalau palestin kita boleh berkumpul.. kenapa tidak negara kita sendiri? Bukan nk kata tak patut backing Palestine. . Tapi ini negara sendiri.. rakyat kita sendiri di perbatasan.. menghadapi penjenayah2 gila yg cuba menceroboh negara Islam berdaulat ini. It's about time. Harapnya akan ada dibuat. Insya Allah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 8:38 PM

@Nenda Ngah

Tidakkah serangan teroris di Mumbai membuktikan waima dalam sebuah bangunan Hotel, penumpasan teroris tidaklah semudah yang awak sangkakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 8:43 PM

kenapa tak ada kenyataan rasmi dari mana2 pimpinan pr yang mengecam kenyataan nur misuari yang menyokong pengganas di lahad datu?diorang setuju ke dengan kenyataan provokatif nur misuari yang menyokong tindakan pengganas2 tu?

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2013 at 10:13 PM

Nenda Ngah lu komen cam CIA, PRU 13 lu masuk tanding bebas wa support lu 100% boleh nanti lu jadi Menteri KDN atau Mindef. Jgn dok sembang kat sini mcm bahan buangan daripada perut org sakit sebab makan ikan pekasam. Buat surat wasiat awal2 kat waris lu kalau mati nanti x yah buat repot polis. Binawe... langsung x de hormat orang.

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2013 at 10:32 PM

@AnonymousTerasa macam pembangkang ni FOBIA / PANTANG TUK NENEK untuk mempunyai pendirian yang sama dengan kerajaan, dalam apa jua isu.

Betul2 pembangkang in the true sense !

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 2:11 AM

@dinturtle
....samalah.....malas nak layan....

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 10:33 AM

Aku teringat pepatah orang putih. Banyak digunakan dalam motivasi.

"Great Minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people"

Dalam kes Lahad Datu ni kita boleh tengok 3 kelompok rakyat Malaysia yang mempunyai 3 jenis otak.

1. Great mind - sentiasa memfikirkan strategi untuk membantu kerajaan Malaysia dan pasukan menyelesaikan konflik secepat mungkin.

2. Average mind - hanya bercerita sekitar apa yang berlaku; itu aje!

3. Small mind - menyalahkan orang lain aje tapi tak fikir apa yang diri sendiri boleh sumbang.

Kita tak boleh membiarkan orang dengan otak "small mind" memimpin negara kerana apa yang berlaku, semua kesalahan adalah pada orang lain dan bukan diri sendiri. Orang ini juga bersikap pendendam. Hancur negara dibuatnya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2013 at 4:05 PM

First sekali, kesian tengok blogger ni. Dah lah bodo,bangang , tolol,bahalul, letak pulak gambar mak or maybe gambar nenek dia sekali dengan nama nenda ngah. Kesian org tua tu ..dipergunakan..
Well, ko memang bodo. Tahu nak cari kesalahan org je!! Ko ingat ko tu pandai sangat lah ye? Komen sana komen sini..lu pergi lahad datu la kalo lu pandeeeeiiii sangat!!!!!! Mulut busuk cam sampah.
*mun kitak dah pandei gilak tek, pergi sabah tok. Jangan kitak bisin bisin kedak urang gila di sitok. Sik da reti!!*
*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 4:23 PM

@Anonymouserk .... keluar habis kejantanan kau , nyah ooooooiii !

Post a Comment