........... Hadi - Pas Bukan Islam, Islam Bukan Pas | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hadi - Pas Bukan Islam, Islam Bukan Pas

Friday, March 29, 201310comments

PAS Bukan Islam,  Islam Bukan PAS,  PAS Cuma Sebuah Parti Politik - adalah ayat yang lebih tepat jika benar Haji Hadi tidak mahu umat Islam keliru dengan cara berpolitik Pas.


Kenyataan Hadi diatas tidak cukup lengkap. Jika Hadi merujuk dasar politik Islam itu kepada Perlembagaan Pas mungkin boleh kita terima sebab selaku Perlembagaan, ia pastinya digubal sebaik mungkin tapi ia tetap juga bersifat TEORI.

Apa yang tertinggal dan yang LEBIH PENTING adalah persoalan - Apakah tindakan dan kenyataan Pemimpin serta ahli Pas mengikut apa yang digariskan oleh Islam ?

Setakat berdebat tentang dasar2 parti yang bersifat TEORI memanglah akan tampak Pas itu benar tapi cuba kita berdebat tentang apa yang telah Pas tunjukkan / buktikan selama lebih setengah abad mereka wujud .... apakah mereka telah ikut apa yang Hadi kata sebagai dasar politik Islam ?

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2013 at 6:35 AM

Kadang2 mereka sesukahati menukarganti nama PAS kepada Islanm. Sebagai contoh, antara ungkapan-ungkapan yang sering digunakan dalam ceramah atau kuliah politik ialah :

"Islam pasti menang ( ayat yang sepatutnya ialah PAS pasti menang)".

"UMNO tolak Islam ( ayat yang sepatutnya ialah UMNO tolak PAS)".

"Islam sepatutnya memerintah dan bukannya diperintah ( ayat yang sepatutnya ialah PAS sepatutnya memerintah dan bukannya diperintah)".

Di atas adalah sebahagian kata-kata yang menyalahgunakan perkataan "Islam" bukan pada tempatnya. Inilah yang menyebabkan pengikut PAS menjadi keliru dan tidak dapat membezakan antara Agama Islam dengan parti politik yang menggunakan label atau jenama Islam.

Doktrin yang mengatakan bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS telah lama ditanam ke dalam minda pengikut-pengikutnya sama ada melalui kuliah atau usrah. Mereka memang hebat berteori dan berdiskusi pasal Negara Islam dan Hudud tapi hakikatnya mereka gagal dari segi praktikal. Cuma yang peliknya, PAS telah meletakkan UMNO sebagai musuh No. 1 PAS yang wajib diperangi meskipun PAS dan UMNO adalah sedarah, sebangsa dan seagama.

Saya cuma nak katakan satu jer.....

"PAS mempergunakan Islam demi memenuhi kepentingan politik, manakala UMNO pula mempergunakan politik demi memenuhi kepentingan Islam".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2013 at 7:13 AM

hadi buat lawak bodoh ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2013 at 7:57 AM

Assalamualaikum pak din...
SloGan Islam for all hanya slogan semata2... hakikatnye.. surah alHujurat tak pernah dirujuk Pas... masakan dirujuk jika perpaduan Islam ditolak... (agaknye boleh tak dikitakan tmrk tolak Quran atau olak Islam)
Wallahualam...
Semoga umat Melayu Islam bersatu padu...

Zz

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2013 at 9:54 AM

Pepatah melayu ada menyatakan bahawa "Manusia mati meninggalkan nama". Nama ini merujuk kepada tingkah laku serta segala baik buruknya perbuatan seseorang itu ketika hayatnya.
Walaupun Hadi masih lagi bernyawa, tetapi kita sudah boleh lihat nama yang bagaimanakah akan ditinggalkan beliau setelah mati nanti.

Cakap yang putar belit, Gila kuasa, Tamak haloba... Mungkin merupakan sebahagian deripada nama yang bakal beliau tinggalkan. Yang pasti pada pendapat saya beliau tidak mungkin meninggalkan nama seperti Pejuang Islam, Pembela Melayu jauh sekali sebagai Perwira Negara.

Beliau bercakap tentang Islam, tetapi Islam apakah yang diperjuangkan PAS? Islam manakah yang membolehkan kafir-mengkafir sesama muslim?

Islam manakah yang menyatakan adalah syahid untuk menumpahkan darah umat Islam yang lain? Sedangkan kita semua tahu bahawa semua umat Islam adalah bersaudara.

Adakah itu Islam apabila CN Al-Afghani dipecat hanya kerana bertanyakan perihal wang dari tabung Memali? Soalan yang saya kira semua orang ingin tahu, kemanakah perginya wang dari tabung itu?

Adakah itu Islam melihat kepada tatacara mereka memecat Dr. Hasan Ali? YB Hasan Ali menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Exco Agama negeri Selangor yang ingin membenteras kemungkaran. Malangnya beliau tidak disenangi oleh DAP yang menekan PAS untuk mengambil tindakkan keatas YB Dr. Hasan Ali.

Adakah Islam membolehkan kita bekerjasama dengan orang bukan Islam sehingga menyekutukan Allah? Mengapa PAS boleh diam dan bersekongkol dengan DAP dalam isu kalimah Allah? Mengapa Hadi tunduk kepada tuntutan DAP supaya perjuangan-perjuangan yang memartabatkan Islam dilupakan? Mana perginya Negara Islam yang begitu lantang dilaung-laungkan dahulu oleh Hadi sehingga tercetusnya Amanat beliau dan tragedi Memali.

Sekiranya tiada Negara Islam, maka Ibrahim Libya mati memperjuangkan apa?

Atau mungkin pada fahaman Hadi, Islam hanyalah setakat membina masjid? - Itupun berapa sangatlah masjid-masjid yang telah dibina oleh PAS atas duit PAS sendiri? Hinggakan diKedah, 12 buah masjid yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan pun dikatakan dibina oleh PAS. - Islam kah ini??

Wallahuallam!

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2013 at 10:10 AM

@Malaysian Cybertroopermenarik komen saudara, Terimakasih :-)

Perkara yang sering diulang2 dan mesti terus diulang2 supaya mesejnya dapat disampaikan kepada semua umat Islam yang masih boleh berfikir.

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2013 at 10:19 AM

@dinturtle

Saya setuju dengan pendapat Din. Ianya harus diulang kerana 2 perkara:

1) Ayahanda Tun ahathir pernah menyatakan bahawa Melayu Mudah Lupa.

2) Kalau kita berhutang walau seribu tahun pun ianya tetap hutang. Maka kalau ianya satu kemungkaran maka seribu tahun pun ianya akan tetap menjadi kemungkaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2013 at 11:00 AM

cuma ... aku kekal berdoa semoga penganut agama pas ... yang telah meninggal dunia dan beriktikad bahawa dengan undi pas akan masuk surga ... tanpa perlu melakukan amal perbuatan lain ... semasa hari berbangkit nanti akan bangun di hadapan ALlah dan meminta janji surga yang mana ulamak pas janjikan ... dan sekiranya ulamak pas gagal menunaikan janji tersebut segala pahala di atas amal ibadat mereka akan dituntut oleh penganut agama pas tersebut ... sekiranya amal ibadat mereka habis ... mereka akan mengambil dosa pengikut mereka ... kerana janji dan ajaran yang telah mereka tanamkan di dalam minda mereka itu ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2013 at 11:19 AM

salam,

rasa baru semalam komen bahawa dah ada agama baru iaitu pas. hari ni keluar pulak pemimpin putar alam kata pas bukan agama, dan agama bukan pas. tu pun bukan ayat yg baik. patutnya hadi kata pas bukan agama islam dan agama islam bukan parti pas. pemimpin pas bukan ustaz yang mengajar agama islam, tetapi ceramah politik yang disampaikan, segala kata-kata pemimpin pas ada banyak yang salah dan pengikut pas tak pasti lagi akan ke syurga. perjuangan dalam parti politik pas bukan satu perjuangan jihad dan menegakkan syiar islam, tetapi lebih kepada peluang merebut kerusi parlimen dan dun.

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2013 at 11:21 AM

@Anonymous" rasa baru semalam ...." hehehehe ... politik kita ni ada jam nya yang bergerak ikut masanya yang tersendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2013 at 9:53 AM

Tepat sekali ulasan saudara.. Saya spkong 100%

Post a Comment