........... Hadi - Kami Lebih Tahu Dari Guru Kami Di Al Azhar | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hadi - Kami Lebih Tahu Dari Guru Kami Di Al Azhar

Saturday, March 2, 20138comments



Kita tidak pelik, Umno yang memimpin negara, mengaku bahawa negara yag mereka pimpin hari ini sudah mempunyai sifat-sifat Islam...  jemput syeikh Azhar isytihar ini Negara Islam ...

" Negara Islam ni bukan boleh buat-buat, bukan boleh reka-reka.. Negara Islam ini termasuk perkara yang diajar oleh Nabi SAW… Sebagaimana nabi mengajar sembahyang, puasa, nikah kahwin.. termasuklah Nabi mengajar bagaimana mendirikan Negara Islam… sifat-sifat Negara islam yang ada dalam al-quran, ada dalam hadis Nabi SAW "

Tidak ada siapa yang boleh menyeleweng, kalau ada orang cuba nak pesong, kita suluh dia dengan al-Quran.

                              
Biasanya orang Pas ni kalau bagian menyohorkan pemimpin2 parti, mereka akan merujuk kepada kelulusan pendidikan agama yang pemimpin2 ini miliki, yang pasti tidak ketinggalan untuk disebut adalah - Mereka ni lulusan Al-Azhar !

Orang kampung kalau dengar Al-Azhar jer, terus diangkat jadi USTAZ. Apa saja yang keluar dari mulut USTAZ akan diikuti buta dan disebarkan .... Ustaz kata bla bla bla, Tak boleh ni sebab Ustaz kata hari tu bla bla bla .... 

TAPI bilamana USTAZ kepada Ustaz2 ini atau BAPAK USTAZ menyatakan sesuatu yang tidak sehaluan, apakah Ustaz Murid nak terima ? Taaaakkkk .... semasa status sebagai murid, mereka akur tapi selepas tamat belajar dan keluar dari Al Azhar, mereka ini merasakan mereka LEBIH BESAR dan LEBIH TAHU dari GURU mereka dulu. 

Itulah perangai produk Ustaz2 Al-Azhar Pas. Guru sendiri pun akan diperlekehkan kalau pandangan mereka tidak sehaluan. Mereka saja yang betul... TIDAK ADA KUASA / ORANG LAIN yang boleh mengatakan mereka salah. 

Tidak boleh ditegur, Tidak boleh dibantah. Hanya pandangan dan terjemahan mereka saja yang BENAR.


23 Ogos 1998 - Sheikh Al-Azhar Dr. Mohammad Sayed Tantawi

... tidak ada sebab kenapa Malaysia tidak boleh dianggapnya sebagai negara Islam.
Menurut Dr. Mohamed secara peribadi beliau melihat pembangunan yang lengkap dalam kemajuan dunia dan agama sepanjang lawatan keduanya ke sini.

''Saya melihat di sini orang Islam sangat kuat dalam mengerjakan fardu-fardu yang dituntut oleh Islam dan melaksanakan kewajiban-kewajiban oleh Allah ke atas mereka.

''Semua ini menunjukkan Malaysia adalah negara Islam walaupun mempunyai kaum-kaum yang lain tinggal bersama. Tapi memadailah orang Islam menjadi majoriti,'' KLiK


11 Julai 2003 - Sheikh Al-Azhar Dr. Mohammad Sayed Tantawi

Sudah tentu Malaysia merupakan negara Islam contoh. Lihat sahaja pembangunannya yang amat pesat dan rakyatnya juga berpegang kepada ajaran sebenar Islam dengan aman dan damai tanpa rusuhan dan huru-hara. 


Ini adalah ciri-ciri negara Islam kerana Islam adalah agama yang memajukan, bukannya memundurkan umatnya,'' - KLiK


16 Jun 2012 - Bekas Timbalan Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany

"Pemerintah Islam Malaysia telah lakukan banyak kebaikan serta membangunkan Islam, maka tidak patut untuk cuba menjatuhkannya terutama melalui cara tidak demokratik.

"Oleh kerana kerajaan telah lakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat, maka patut rakyat terus beri peluang dan menyokong. Jangan timbulkan sesuatu perkara yang boleh menghalang perkembangan pembangunan kerana ia boleh menjadi fitnah pula kepada masyarakat itu sendiri," KLiK


Jadi apakah yang cuba dikatakan oleh Hadi sebenarnya ? Yang sheikh2 ini begitu mudah diperdaya dari dulu lagi oleh Umno supaya memberi pengiktirafan palsu tanpa mereka sedari ? ATAU sheikh2 ini dibayar untuk mengatakan sesuatu yang Palsu ? ATAU sheikh2 ini TIDAK SETINGGI ILMU berbanding Ustaz2 Pas yang satu ketika dulu merupakan anak murid kepada sheikh2 ini ?


Mungkin tergagap juga Hadi nak jawab ..... TAPI tidak Nik Aziz ! 


23 Jun 2012 - Nik Aziz

"Saya nak sebut, kami semua ini adalah pelajar Al-Azhar, Utusan Malaysia kena reti, bahawa dia nak melaga, antara tok guru (ulama Al-Azhar) dengan kami (anak murid). Dia (Utusan Malaysia) kena reti juga Syeikhul Azhar ilmunya, al-Quran dan hadis. Kami juga ada ilmu al-Quran dan hadis.


"Jangan buat perangai, nak melaga antara murid dan tok guru, kami juga anak murid Al-Azhar, kena reti orang Melayu alim juga, bukan Arab saja,"

"Saya bukan tidak setuju dengan kenyataan Syeikh Mahmoud Abdel Ghany, kenyataan macam itu macam nak melaga, nak adu domba antara kami pelajar Al-Azhar dengan Syeikhul Azhar,"
KLiK

Nik Aziz bukan tidak setuju dengan Tok Gurunya dulu TAPI ..... ? ?  Kenapa dibiarkan tergantung kenyataan itu ? Biasanya kalau orang kata, saya bukan tidak setuju.... maksudnya dia bersetuju dengan bersyarat.

Cuma Nik Aziz tidak berani hendak habiskan ayatnya ....  

Tidak ada siapa yang boleh menyeleweng, kalau ada orang cuba nak pesong, kita suluh dia dengan al-Quran

Kenyataan akhir Hadi diatas mungkin beliau tujukan kepada diri sendiri @ Pas.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2013 at 5:20 PM

Hadi memang pandai dalam bab agama. Dia telah beri takrif tambahan kepada erti JIHAD sejak tahun 81. Dia langsung tak marah orang melayu berpecah, sembahyang jumaat dua kali, malah dia suka.

Dia pun sangat dermawan waktu kongsi kalimah Allah dengan Tian Chua.

Tabik spring kepada Hadi pak imam agong abad ini!!!

....................
Reply To This Comment ...................
March 2, 2013 at 5:49 PM

..akhirnya, negara islam itu tidak lagi ditemui oleh hadi sebaliknya negara berkebajikan. Manusia yg diangkat ulama oleh penganut pas ini mempunyai lidah bercabang dan tarikh luput ingatan yg pendek.

Seingat saya, sebelum PRU10, pas telah mengatakan akan membawa MB Terengganu pada masa itu (Wan Mokhtar Ahmad) ke mahkamah atas tuduhan rasuah tetapi apabila memerintah dikatakan pas telah memaafkan perbuatan mb terengganu.

100 hari pemerintahan hadi, beliau hanya memperkenalkan kharaj utk org bkn islam dan membatalkan tol di jambatan serta mengambil secara keras segala bangunan kerajaan yg menempatkan tadika kemas. Selain itu pemerintahan penggalnya, kerajaan terengganu telah disaman oleh sebuah syarikat sebyk RM1b kerana membatalkan perjanjian walaupun telah menerima bayaran premium sebyk RM25m.

Oleh itu, hadi dinasihatkan menumpukan shj kepd fungsi sebagai pembangkang kerana tidak mempunyai keupayaan utk memimpin negeri apatah lagi negara. Lagipun urusan keluarga besarnya (dikatakan 3 isteri) lebih memerlukan perhatian dari dia. InsyAllah rakyat akan lebih selamat dan maju tanpa dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2013 at 7:08 PM

Din, ko kena faham din, kat Malaysia ni yang ada lesen besor bole kluar fatwa politik hanya ustaz-ustaz Malaysia jer. Orang arab tak boley sama sekali. Meskipun mereka bertaraf naib canselor atau profesor kat universiti al-azhar sekalipun. Biarpun ustaz Malaysia ni cuma taraf bekas pelajar Al-Azhar jer, tapi fatwa mereka ditelan bulat-bulat oleh pengikut-pengikutnya tanpa banyak soal. Kira setaraf macam majlis fatwa kebangsaan. Tapi memang amat pelik sekali kerana fatwa ini hanya sah digunapakai untuk umno sahaja. Kira fatwa mereka khusus untuk umno sahaja. dap takpe, pkr takpe, umno jer tak boley.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2013 at 9:33 PM

Jangan hairan dengan hadi awang atau nik aziz, kerana pas adalah parti ajaran sesat dibumi Allah, jadi manusia penyesat macam dua ekor memang diperlukan memimpin parti yang dilakhanat Allah itu.

....................
Reply To This Comment ...................
March 2, 2013 at 9:50 PM

Saya tak reti nak tambah komen apa lagi. Pas memang TIDAK BOLEH menerima pandangan yang tidak sehaluan. Kalau ulama tempatan, dikatakan ulama kerajaan, makan gaji dengan kerajaan.

Ni ulama besar, tok guru diorang sendiri dari Al-Azhar pun mereka tak boleh terima pandangan yang berlawanan.

Tak sesat apa nya lagi ! ?

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
March 2, 2013 at 9:53 PM

Pegangan yg tidak benar, berlaku banyak percanggahan sesamanya.
"...Kalaulah Al Quran itu bukan (datangnya) dari sisi Allah swt, nescaya mrk akan dapati perselisihan yg banyak di dalamnya." An Nisa' 82.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2013 at 11:51 PM

salam,

saya pernah terbaca satu rencana. kejadian berlaku ketika hj hadi dan seorang ulama berjumpa di atas kapalterbang. mereka berdua berbual. maka bercerita la ulama itu, bahawa hj hadi lebih pandai berbahasa arab berbanding dia ketika ditanya oleh wartawan. bab lain saya tak ingat tapi pendapat mereka berdua berbeza. ulama satu lagi daripada indonesia. mereka tidak mempunyai pendapat yang sama dalam perbincangan agama. cerita benar. sumber tak ingat dah lebih 20 tahun, tapi ingat tang kehebatan hj hadi berbahasa arab tapi tang ilmu ...

....................
Reply To This Comment ...................
March 4, 2013 at 12:44 PM

Syeikh Nuruddin Al-banjari Al-Makki yg berpuluh tahun hidup di Makkah,belajar bertahun di madrasah Makkah sblm sambung pengajian smpai Master di Al-Azhar(berguru dgn Dr.Yusof al-Qardhawy) smpai jd pensyarah di Al-Azhar pon dgn terang mengaku yg MALASYIA ADALAH NEGARA ISLAM.

Malahan ketika membaca temuramah Mingguan Malaysia bersama Ustaz Ahmad Fawwaz Fadhil iaitu anak kepada arwah Dato'Fadzil Noor,beliau dgn jelas menyebut Malaysia adalah negara Islam berdasarkan 3 kriteria utama iaitu:

1)Pemimpin dari peringkat tertingga iaitu ketua Negara(YDP Agong) dn ketua kerajaan(PM) adalah beragama Islam.

2)Majority penduduk adalah beragama Islam

3)Syiar Islam terutama fardhu ain diamalkan secara bebas dn meluas malahan dibantu oelh pihak kerajaan dlm perkembangannya.

Kriteria berikut jelas beliau cukup untuk menobatkan Malaysia sebagai negara Islam.Soal sejauh mana ISLAMnya Malaysia ini terserahlah kpd Allah utk menilai.Beliau memberi analogi sesorg Muslim yg mengucap 2 KALIMAH SYAHADAH maka org itu WAJIB ISLAM.Soal syurga neraka hak mutlak Allah menentuakn.

Post a Comment