........... Kemaskini ! Genjatan Senjata ? Kembalikan Kedaulatan Negara Baru Genjat - Saya SOKONG Zahid ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kemaskini ! Genjatan Senjata ? Kembalikan Kedaulatan Negara Baru Genjat - Saya SOKONG Zahid !

Thursday, March 7, 201314comments


"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingn rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan." tegas Menteri Pertahanan Zahid Hamidi melalui Twitter - SINAR dan Harakah


Beliau juga berkata, "genjatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat."

Beliau dipercayai mengulas pengumuman gencatan senjata sebelah pihak yang dibuat oleh Jamalul Kiram III tengahari tadi.

Sultan Sulu, Jamalul Kiram III memohon diadakan genjatan senjatan berikutan kematian ramai pengikutnya di Lahad Datu.

Pengumuman ini dibuat beliau di  Astanah Kiram, Kampung Maharlika, Taguig City, jam 12:26 tengahari tadi.

Di samping meminta pengikutanya mematuhi genjatan senjata itu beliau juga meminta kerajaan Malaysia juga mengisytiharkan genjatan senjata bagi mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih besar.


Genjatan senjata TIDAK SAMA dengan Menyerah diri. Setelah apa yang berlaku, secara peribadi saya MENYOKONG Zahid Hamidi.

SELESAIkan isu segera, tak perlu ditangguh2 lagi melalui genjatan senjata atau perbincangan. Kalau Kiram nak berbincang, penceroboh / pengganas Sulu harus SERAH DIRI terlebih dahulu. 

Bukan soal MENANG atau KALAH tapi soal MENGEMBALIKAN KEDAULATAN NEGARA. Selepas tidak ada lagi pengganas Sulu yang aktif di bumi kita, baru kita buka meja rundingan ..... itupun kalau ada benda yang hendak dibincangkan.

Kemaskini 8:15pm - Sedang menonton Najib di Buletin Utama TV3 ...Beliau menegaskan pendirian kerajaan -

"Saya bagi tahu Presiden Aquino bahawa mereka perlu letak senjata tanpa syarat dan senjata itu perlu diserah kepada kita,"

- "Soal Sabah dalam Malaysia tidak patut dipertikaikan oleh sesiapa. 
"Jangan sesiapa memandang iltizam Malaysia bahawa Sabah adalah wilayah dalam Malaysia selama-lamanya. Tiada siapa yang boleh pertikaikan (sama ada) dari dalam dan luar negara. - SINAR


TAHNIAH NAJIB DIATAS PENDIRIAN TEGAS TUAN - SAYA TABIK !

Yang dibawah ni menarik ..... sebab sebijik dengan maklumat yang Zorro emelkan pada saya semalam ...erk ! - KLiK


Najib berkata soal hak milik Sabah dalam Malaysia tidak sepatutnya berbangkit kerana perkara itu telah termaktub dalam perundangan negara.

"Saya ingin tegaskan soal polemik sama ada Sabah sebahagian Malaysia bahawa isu itu telah dimuktamadkan sejak 1878 dan Sabah merupakan wilayah yang sah di Malaysia," katanya.

Malah beliau berkata Suruhanjaya Cobbold telah mendapatkan pungutan suara rakyat Sabah dan dua pertiga daripada rakyat negeri ini bersetuju menjadikan wilayah berkenaan sebahagian dari Malaysia.

Keputusan Suruhajaya Cobbold itu juga mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau berkata pungutan suara itu dibuat dengan cara demokratik dan atas faktor itu tiada sesiapapun yang boleh mempertikaikan perkara itu. 


PS - Adakah Zorro itu Najib dan Najib itu Zorro ? Peeeerrggghh ......

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2013 at 8:19 PM

Tiada gencatan senjata patut diumumkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Telah diberikan amsa yg sangat panjang utk mereka bermuhasabah tetapi mereka menumpah darah pertama. Jawpan Malaysia kpd Kiram ialah muncung senjata kami mengalu-alukan kedatangan anak buahnya selepas ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2013 at 8:58 PM

Ketegasan DSNajib kali ini mmg superb....macamtuh la yg kite mau...lps setel hal kiram Bulu neh...DSNajib mst bertindak pada dalang yg mmbuat onar pasal kes lanun sulu yg hidup di negara kite ini...

Cari dan hapuskan samada humban dlm penjara atau pon kebabommmmmm...nak sebut nama pon benci....

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2013 at 9:00 PM

@AnonymousYa, saya bloger pro Umno paling liat sekali nak puji Najib tapi kali ni saya Tabik :-)

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2013 at 9:08 PM

Takda sebab dorg nk minta gencatan senjata. Ini negara kita.

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2013 at 9:19 PM

@rezqeen hillBegitu juga gesaan Setiausaha PBB yang mahukan semua pihak berdialog !

Balik kampung diorang dulu, minta maaf .... BARU kita berdialog ...itupun kalau ada faedah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2013 at 9:53 PM

Bro din : haji hadi dah tubuhkn jawatankuasa aper ntah ... nak join x?hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2013 at 10:04 PM

Just kill them all!!!!
You came uninvited to our country, kill our troops and asking for ceasefire??? Watdefak!!!!!

Zack
Air putih kuantan

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2013 at 10:50 PM

Ayat last,mmg xbleh blah...
PS - Adakah Zorro itu Najib dan Najib itu Zorro ? Peeeerrggghh
Klw btl najib zorro,lg skali aku tabik najib...haha,sbb blog yg byk kritik najib dan umno pon najib still baca.
Klw baca blog pr,diorg lebih suka dpt maklumat dr mnlf,filipina,indonesia.... Chantik malaysia,kptsn yg mgerunkan musuh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2013 at 11:26 PM

Issh...Tak baik gitu, Orang dah minta gencatan senjata kita bagi la...Selepas kita tembak semua mampos dulu, MAYAT...Campak je ke laut...

....................
Reply To This Comment ...................
March 8, 2013 at 12:23 AM

Ini bukan perang....mereka penceroboh, pengganas Dan penje
nayah...

Lepas rompak bank, lepas bunuh org...boleh ke penjenayah minta gencatan senjata dng polis..

Tentang ketegasan najib aku tak tabik pun....sebab ketegasan tu sekejap sangat...kat rumah dia pun dia tak tegas...

Aku lebih puji Dan tabik spring pada menteri yg terus kekal auwwwwnya walaupun dlm suasana tegang.. itu adalah pemimpin contoh yg nak mampos

....................
Reply To This Comment ...................
March 8, 2013 at 1:12 AM

@AnonymousKepala JK tu pulak Mahfuz ! Tu yang teruja sangat nak join hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
March 8, 2013 at 1:13 AM

@kluangmanTak boleh dinafikan KONSISTENSI mamat tu :)

....................
Reply To This Comment ...................
KA
March 8, 2013 at 10:30 AM

apakah penasihat najib dah rasa pentingnya maklumat disalurkan kepada blogger tegar ini. Tahniah saudara Din. :)

....................
Reply To This Comment ...................
Bombardier
March 8, 2013 at 2:20 PM

Pada pendapat saya yang kurang arif ini, istilah "Gencatan Senjata" tidak boleh di guna-pakai dalam konteks pencerobohan di Sabah ni kerana pasukan keselamatan kita sedang berhadapan dengan penjenayah/pengganas yang mana mereka ini tidak termaktub didalam artikel Konvensyen Geneva sekaligus melenyapkan hak-hak kombatan rasmi termasuklah hak sebagai tawanan perang dan juga hak untuk meminta gencatan senjata.

Setiausaha PBB juga tiada hak untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia kerana kita bukan menghadapi musuh dari negara lain sebaliknya kita bertempur dengan musuh yang tiada negara. Kita bukannya berperang dengan Filipina tapi dengan "entah-mamat-mana" yang merasakan dirinya Sultan Sulu yang tidak ada tercatat didalam peta dunia moden.

Post a Comment