........... Editor KeadilanDaily Salahkan Bloggers, Kata Bloggers Salah Tafsir Laporannya | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Editor KeadilanDaily Salahkan Bloggers, Kata Bloggers Salah Tafsir Laporannya

Sunday, March 10, 20133comments

Artikel Sinar ni tadi lagi dah saya baca sepintas lalu, tak perasan pulak ayat yang saya kira satu bentuk tuduhan terhadap bloggers ni. Tadi saya baca sekali lagi baru nampak.

Kenyataan Tian Chua: Polis panggil 2 wartawan Keadilan Daily

Polis hari ini memanggil dua pengamal media untuk memberi keterangan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Editor Keadilan Daily Fazallah Pit dan wartawan Keadilan Daily Aisha Geoffery tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 2 petang dengan ditemani seorang peguam.


Fazallah berkata mereka dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu polis dalam proses penyiasatan berkaitan kenyataan Tian Chua itu.

"Kami telah memberi keterangan dan bukti percakapan Tian Chua bersama wartawan kami yang berbentuk tulisan kepada polis," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kenyataan Tian Chua itu disalah tafsir oleh beberapa blog sehingga menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Bloggers SALAH TAFSIR laporan Keadilan Daily ini ??


Saya malas nak ulangsebut benda sama, tapi sebelum bloggers mula rasa tak puashati pada dakwaan Editor KD,Fazallah Pit pula, ada baiknya mamat ni JELASKAN apa maksud sebenar beliau bila mendakwa bloggers telah SALAH TAFSIR.

Ayatnya begitu JELAS, tafsiran bloggers dibuat berdasarkan apa yang ditulis. Jika ada point2 penting yang TIDAK DITULIS dalam artikel tersebut yang mampu mengubah tafsiran, jangan salahkan oranglain pula.

Mungkin Fazallah boleh buat pencerahan,berdasarkan apa yang ditulis dalam artikel itu, APAKAH MAKSUD YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH TIAN CHUA @ KEADILANDAILY.

 KLiK kalau nak imbas balik.

Tidakkah tafsiran bloggers terhadap kenyataan ahChua sepert yang ditulis oleh KD itu SELARI dengan tweet ahChua ini ? -



Kalau nak selamatkan pemimpin sendiri yang tersepit dek kelancangan mulut dan terlalu ego hendak minta maaf, janganlah dijadikan bloggers sebagai kambing hitam !

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2013 at 1:42 AM

salam. laman AIDC kena hack jam 9 malam, 10 Mac. Kerja-kerja pemulihan akan mengambil masa sehari dua sebelum dapat beroperasi seperti biasa.

http://mindaaidc.wordpress.com/2013/03/10/aidc-kena-hack-sebab-dedah-bukti-pertemuan-anwar-misuari/

Editor AIDC

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 7:44 AM

Bukan blog saja, FB saya dan kawan kawan sya yg pro BN pun habis kena hack....inilah pakatan dajjal, dia yg jahat tapi tuduh orang lain jahat.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2013 at 8:39 AM

pelik kan? bahasa Melyu yang jelas dan terang maksudnya dorang spin cakap bloggers salah tafsir..
bukan ke itu lawak bangang yang nyata? lainlah kalau idiom mcm Tun M cakap tu..itu mmg ramai bangang2 pr yang tak faham. yang faham senyap je.

wahai rakyat malaysia, korang nampak tak sifat2 durjana puak2 pr tu? benda yang terang dan jelas pun nak spin. siap salahkan orang lain pulak tu. camtu ke nak jadi kerajaan? Nauzubillah..

Post a Comment