........... Doa Buat Perwira Negara Di Lahad Datu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Doa Buat Perwira Negara Di Lahad Datu

Monday, March 4, 20136comments



DOA BUATMU PERWIRA NEGARA

Bismillahirrahmanirrahim :

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.

Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.

Ameen Ya ALLAH



ENAM POLIS TERKORBAN, ENAM ANGGOTA KUMPULAN BERSENJATA TERBUNUH DI SEMPORNA

LAHAD DATU, 3 Mac - Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam ini di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di media sosial rasmi PDRM," katanya. - BERNAMA


PS - Copypasted dari FB PDRM 

KOMEN DINTURTLE - GEMPUR HABIS-HABISAN ! No More Diplomacy ! Masa untuk diplomasi sudah tamat.

Mereka ceroboh tanpa diplomasi, Kita hancurkan tanpa diplomasi !

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 4, 2013 at 5:34 AM

Diberitakan ATM telah mengambilalih tugas menghancurkan tentera2 lanun keparat itu bermula dari tengah malam tadi.Semoga wira2 negara kita selamat dalam perjuangan mendaulatkan tanahair tercinta.Harapan kita agar jangan ada lagi darah satria yang akan tumpah ke bumi Sabah.Amin ya rabbal 'alamin..

Gempur wira!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2013 at 7:55 AM

Sepatutnya kita serang awal awal lg, Malaysia negara berdaulatkan?? Kenapa kerajaan pusat menunggu lama sangat sehingga jadi sebegini??

....................
Reply To This Comment ...................
March 4, 2013 at 9:43 AM

@Anonymousmulanya kerajaan tidak mahu menanggap mereka sebagai pengganas, dan melihat kejadiansebagai satu domestik insiden.

Lain kesan dan impak antara guna polis dan askar dari segi undang2 dan pandangan antarabangsa.

Satu lagi faktor, saya rasa fakta yang mereka itu semua adalah juga orang Islam menjadi pertimbangan.

Apapun semua itu sudah berlalu dan tidak dihargai. NO MORE TALK!

....................
Reply To This Comment ...................
KA
March 4, 2013 at 11:27 AM

Din baca kt blog PR katanya Najib yang janjikan penempatan di sabah utk sultan sulu tu?

....................
Reply To This Comment ...................
March 4, 2013 at 11:35 AM

@KADan sebagai balasannya ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2013 at 4:04 PM

Sultan sulu kena support bn.

Post a Comment