Datin Seri Rosmah - Duduk Diam-Diam Sudah la....

Friday, March 22, 201313comments


Saya belum baca lagi buku Biografi Rosmah, tak tahulah bila saya akan dapat senaskhah. Jadi saya terpaksalah berpandukan kepada laporan2 media yang ada meng-quote sedutan2 dari buku itu.

Kenapa Utusan tak buat ulasan tentang bab yang dikatakan soal-jawab Rosmah dimana beliau menjawab tuduhan2 yang dilemparkan terhadap beliau, bab yang dipuji oleh Ahmad Maslan yang pernah berkata - 

"Bab menarik dalam buku ini ialah bab soal jawab secara terus terang dan beliau (Rosmah) akan jawab secara terus terang tentang pelbagai isu dan fitnah," katanya.

"Kalau ada 10 objektif (penerbitan buku), salah satu objektifnya ialah nak jawab tohmahan dan ceritakan siapa sebenarnya beliau yang kadang-kadang disalah anggap dan pelbagai tuduhan telah dibuat," katanya.

"Bukan nak jawab tuduhan (semata-mata) tapi untuk gambarkan siapakah sebenarnya Datin Seri Rosmah dan perjuangannya," kata Ahmad Maslan.
KLiK


Saya buat masa ni tak minat nak baca cerita hidup Rosmah, saya cuma nak baca bab yang satu itu jer. Kita ni amat perlukan maklumat2 itu untuk bantu Umno juga, takkan nak kena beli buku berharga RM150 itu baru boleh dapat ? Seperti saya tulis dulu -

Nah, sekarang kami diberitahu DS Rosmah ada maklumat2 yang mampu menjelaskan keadaan terhadap pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau .... KENAPA TIDAK DIBEKALKAN SAJA SEKARANG SECARA PERCUMA KEPADA KAMI ?

Saya maksudkan bab yang satu itu jer.

Setakat ni TMI saja yang ada copy serba sedikit, nak tak nak terpaksalah copy dari sana....

Mengenai cincin dan pelbagai hadiah yang Rosmah terima -

"Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya,"

"Dan apabila telah diberi, saya pun memakainya. Takkan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia disimpan kaku dalam kotak simpanan,"

"Memang ada barang perhiasan dan pakaian itu saya beli dengan duit sendiri, apa salahnya? Sebagai seorang wanita dan seorang isteri pemimpin, saya mesti kelihatan kemas dan menjaga penampilan diri. 

"Saya tidak mahu kelihatan selekeh kerana jika saya kelihatan selekeh, akhirnya saya akan dikritik,"


Mengenai gelaran FLOM -

"Mereka memanggil 'Wanita Pertama' kerana suaminya diberi tanggungjawab dan dipilih rakyat untuk memimpin negara.

"Saya rasa ia tidak sepatutnya dipertikaikan,"
"Untuk sesetengah negara seperti Amerika Syarikat dan Perancis, ketua negara dan kerajaan mereka ialah presiden, oleh itu isteri presiden digelar Wanita Pertama. Jika kita panggil Queen sebagai Wanita Pertama, itu bermakna kita merendahkan martabat baginda,"


Mengenai 'over' penonjolan beliau -

"Apabila semuanya berubah, harapan orang ramai mengenai isteri perdana menteri turut berubah.

"Mereka mengharapkan sesuatu yang lebih menonjol seperti di luar negara, ini kerana peranan dan fungsi wanita dalam memastikan keharmonian negara berkembang,"


Saya cuma nak komen satu jer - Harapan 'orang ramai' diatas pastinya merujuk kepada RAKYAT kan, well ........ SAYA TIDAK TERMASUK dalam 'orang ramai' yang Rosmah maksudkan di atas.


SATU lagi komen, yang ini saya sebut secara ringkas jer, bukan bermaksud biadab tapi tak tahu caramana lagi yang boleh saya sebut - Datin Seri Rosmah, Duduk Diam-Diam Sudahla ...


Ini pandangan peribadi saya, hak saya untuk bersuara. Korang ada pandangan lain, korang pun boleh bersuara tapi tak perlulah nak hentam hak orang lain untuk bersuara... kan ?

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 11:35 AM

Haaa, bab DS Rosmah suruh duduk diam-diam aku setuju 500%, alasanya jika diadakan satu majlis khas untuk DS Rosmah, dikhuatiri 0.5% undi bn susut. Aku ikhlas sebab aku sayangkan BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 12:05 PM

Bandingkankan dia (Rosmah) dengan Tun Dr. Siti Hasmah anda akan dapat jawapannya.
Setuju teramat sangat dengan Din duduk 'ontok-ontok' dirumah 'godang' tu sementara Najib ni masih laku.

ps: 'ontok-ontok' = diam dlm keadaan sunyi sepi.
godang = besar, agam.

Dah macam jadi satu liabilitilah pulak. Lebih sudu dari kuah.
Kata orang, orang pendek ni, panjang akalnya!!!

Aku sayangkan BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 12:10 PM

salam,ulis

cikgu saya kata, penulisan biografi ni terdapat banyak cara dan tujuan. ianya lebih kepada sejarah dan juga untuk diri sendiri. ada yang tulis sendiri dan orang lain tulis. ada yg masih hidup dan ada yg telah mati baru ditulis.

beza TDM dan DSR selain orang ialah bahan yg terdapat dalam buku. adakah bernilai atau tidak untuk kajian dan bukti. setakat cakap dan tanpa bukti, tak ada nilai kepada orang ramai. tapi setakat bergosip macam artis boleh la. nik ajis pun ada buku biografi.

bab dsr kata orang ramai tu, ramai yg berada dikeliling dia dan keinginannya untuk nampak kelainan daripada isteri pm yg lain. dah lama dok tunggu. kita rakyat malaysia, ramai tak mau dan hanya pembesar sahaja yg mahu dsr nampak begitu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 12:18 PM

Satu yang betul di sini ialah FL harus sentiasa mengimbangi antara kebebasan presiden sebagai ketua rumah putih dan agar kebebasan berkenaan tidak melebihi batasnya atau tersasar arah.

Kalau kes bil klinton menkayutigakan FL dijadikan kayu ukurnya, kejayaan Kak Rose menguruskan kebebasan suami hingga berada di belakang batas dan tidak tersasar, harus diberikan kredit. malah

Justeru, kepada semua bakal FL yang ada di luar sana, jadikanlah pengalaman Kak Rose dalam menguruskan kejayaan dan kebebasan suami sebagai panduan berguna mengelak keluarga 69.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 12:44 PM


Salam,

Hak saya untuk bersuara pula. Saya berpendapat beliau (Datin Sri Rosmah Mansor) wajar & layak untuk bersuara & membantu hal ehwal negara terutamanya berkaitan dgn isu2 wanita, pendidikan awal kanak2 & perkara2/bantuan kecil yg diperlukan oleh PM.

"Wanita Pertama" layak diberi/diguna kepada beliau. Ya, saya juga tahu gelar "Wanita Pertama" tidak digunakan utk merujuk mana2 Queen/Permaisuri. Memang jatuhkan martabat.

Gelar "Wanita Pertama" atau "First Lady" turut digunakan di United Kingdom & Canada yg terkenal sebagai negara yg hampir sama dgn sistem pemerintahan parlimen beraja spt Malaysia.

Utk info, Canada & United Kingdom kedua-duanya di bawah Queen Elizabeth. Namun kedua-dua negara ini diperintah oleh Perdana Menteri sbg ketua kerajaan. Cuma gelar ini bukan gelar rasmi (not official title).

Sbg isteri PM, tak salah untuk beliau membantu hal ehwal wanita, pendidikan dsb spt mana dibuat oleh isteri2 ketua kerajaan di negara2 lain. Takkan beliau hanya perlu duduk diam sedangkan isteri2 ketua kerajaan negara2 luar turut membantu hal2 begitu di negara masing2.

Drp: Pemerhati Politik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 12:50 PM

Saya sokong sangat apa yang bro din tulis ni. saya pun orang ramai jugak n saya tak nak pun isteri pm melebih lebih. mcm tun dr siti hasmah kan bagus. glemer jugak tapi takde pun org menyampah...

....................
Reply To This Comment ...................
March 22, 2013 at 1:00 PM

Rosmah patut menggunakan haknya, hak 'duduk diam-diam'.

Buku rosmah, jawapan rosmah - menghancurkan lagi umno

....................
Reply To This Comment ...................
March 22, 2013 at 3:50 PM

Mcm mana Din berhak bersuara begitu juga DSR pon berhak bersuara.Kalau buku SHIT dibiarkan diedar dgn berleluasa,takkan la buku DSR tak blh.Lagipon dia tak pnh pok paksa org beli buku dia.

Soal menggunakan kata HARAPAN ORG RAMAI merujuk kpd HARAPAN RAKYAT yg mgkn disalh ertikan,bagi pembangkang lebih jijik menggunakan RAKYAT.PAKATAN RAKYAT yg entah bila didaftarkan,HIMPUNAN RAKYAT yg hadir pon dlm 50-60k daripada 28juta rakyat,LADANG RAKYAT yg merembat tanah2 rakyat.Tp semua di atas pon lgsg tak mewakili rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 3:53 PM

TIADA SALAHNYA DENGAN ROSMAH. BIJAK, PINTAR DAN BERWAWASAN. KALAU BELIAU JADI MENTERI PASTI BANYAL IDEA BERNAS YANG BOLEH DIKETENGAHKAN TETAPI MENJADI ISTERI PM TIDAK SEBEBAS YANG DISANGKA SEBENARNYA.

CUMA...YANG TAK KENA IALAH...ENTAH DI MANA SILAPNYA AIR MUKA DAN PENAMPILAN DIRI ROSMAH MENGUNDANG PERSEPSI BAHAWA BELIAU SOMBONG DAN MEWAH.

TUN DR SITI HASMAH PERNAH MENJADI WANITA PERTAMA TETAPI MENGAPA DIRI BELIAU TIDAK DITIMPA 'BALA' ITU???

SESUATU PERLU DILAKUKAN OLEH KUMPULAN PENASIHAT PEJABAT PERDANA MENTERI UNTUK MENCARI JAWABAN INI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 5:42 PM

kalu tengok papan iklan, apa kaitan fl dengan menteri. nampak fl berada di depan pm dan menteri. sapa yg berkuasa ? fl atau menteri. fl hanya kerana isteri kepada vvip. org layan fl, tapi kena cara birokrasi. bukannya main terjah. guna ngo sudah la. sekarang ni, orang nampak, orang beranggapan, persepsi, ramai yg ambil kesempatan di atas kecerdikan dan kebijaksanaan fl kita (mungkin dia perasan la)yg dapat mengawal ah jib gor. dia main peranan pun rakyat bawahan tak kisah pun. tak ambil tahu pun. biar cakap secara telus, ramai ker yg suka kat fl kita ni dan cara dia. kita tak kisah dengan ah jib gor. tapi tang fl ni kita tak boleh tahan. terpancut ajer nak lepas cakap. tolong la. nak bodek tahap gaban pun, biar berpijak di bumi nyata. betul ke rakyat suka dengan cara penampilan fl kita ni. cer buat undian berdasarkan buku dia tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2013 at 8:04 PM

Doktor Umum setebal hampir 1,000 mukasurat, sarat dengan ilmu dan sejarah, dah jatuh harga sekitar RM60-00 saja. Harga mampu milik...

Kisah DSR ni setebal 180 mukasurat berapa agaknya nanti ya..dari RM150-00. Hm...

Djo

....................
Reply To This Comment ...................
March 22, 2013 at 9:09 PM

Saya rasa baik saya jangan komen apa2 :) Ada yang dah takat hidung tahan sabar nak balun !

....................
Reply To This Comment ...................
March 23, 2013 at 6:25 PM

Tunggu dan lihat Rosmah kuburkan UMNO PRU13 ini! Terlalu banyak skandal... Silap suami lemah, PM!

Post a Comment