........... Cerita Tian Chua Di Mahkamah Tadi .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Cerita Tian Chua Di Mahkamah Tadi ....

Thursday, March 14, 201310comments

Banyak laporan ditulis mengenai kes Tian Chua dimahkamah tadi...saya pilih dari TMI yang agak lengkap untuk dicopy -

Bye,bye ... Jumpa lagi 3 tahun ! erk....

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Naib Presiden PKR Chua Tian Chang didakwa hari ini di bawah Akta Hasutan 1948 kerana dituduh membuat kenyataan menghasut berhubung pencerobohan Sulu dan pertempuran bersenjata di pantai timur Sabah.

Beliau yang dikenali sebagai Tian Chua minta dibicarakan diatas pertuduhan tersebut memberitahu Mahkamah Sesyen di sini: “Ini adalah dakwaan bermotif politik. Saya akan lawan fitnah ini untuk membersihkan nama saya.”

Peguamnya, N Surendran, memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Mohamad Sekeri Mamat beliau akan memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Chua, mendakwa ini adalah pencabulan proses dan bermotifkan politik.

Timbalan Pendakwaraya Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah Chua dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) dalam akta sama.

Pertuduhan dibacakan kepada Chua oleh mahkamah yang berbunyi: “Bahawa kamu, pada 1 Mac 2013 jam 11:00 pagi di alamat No: 62-2-A, Fraser Business Park, Jalan Off Metro Pudu, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, telah menyebutkan perkataan menghasut dengan membuat kenyataan bahawa,

(a) Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;

(b) Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO;

(c) Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan

(d) Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing;

dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama.

Chua boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan RM5,000. Mahkamah Sesyen juga menetapkan 12 April untuk sebutan kes.

Banyak jugalah yang dibeleber kan oleh Tian Chua dan peguam2nya bla bla bla ... WHATEVER lah, tapi 12 April kita jumpa lagi dimahkamah. 

Sementara itu, sebelah pagi agak kecoh sikit bila -

penyokong Chua bertengkar dengan polis, dengan peguamnya mendakwa terdapat percubaan untuk menangkap pemimpin PKR itu.

“Saya fikir ini tidak adil dan sangat mendiskriminasi,” kata peguam Chua Latheefa Koya ....

Seorang lagi peguam mewakili Chua, Eric Paulsen, mengakui penangkapan sebelum seseorang dituduh adalah dalam kuasa budi bicara polis, tetapi mendakwa bahawa ia akan menyebabkan penyalahgunaan kuasa kerana Chua telah memberi kerjasama dengan muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Akan tetapi polis memberitahu pemberita mereka hanya mengikut prosedur biasa mahkamah dan hanya mahu mengiringi Chua ke kamar mahkamah.


Latheefa juga membangkitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Julai lalu mengatakan Akta Hasutan 1948 akan dipinda dan digantikan dengan Akta Harmoni Kebangsaan.

Oktober lalu, menteri de facto undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan berkata akta untuk menggantikan Akta Hasutan akan dibentangkan di parlimen tahun ini.


Bla bla bla .... WHATEVERlah  Tian Chua .... janji 12 April kita jumpa lagi dimahkamah. Tapi kan, KALAU SAYAlah jadi Polis pengiring, saya akan bertindak LEBIH BERHATI-HATI ! Siap dengan anggota UTK yang bersenjata lengkap kerana adalah menjadi keutamaan menjaga keselamatan HAKIM !

Ini sejarah beb, satu perkara yang sudah TERBUKTI dimahkamah dan mungkin saja diulangi oleh Tian Chua. 

Mamat ni GIGIT Polis ! 

Dari laporan kes yang lalu - 
Katanya, keterangan Dr Norzilawati Ahmad, yang merawat Rosyaidi, menyatakan bahawa gigitan yang terdapat pada lengan anggota polis itu adalah kuat sehingga memberikan kesan.

Tidak disebut apakah gigi taring atau gigi kapak Tian Chua yang bertanggungjawab.
 
Dibuatnya Tian Chua buat hal lagi dan terus menerkam Hakim lalu GIGIT Hakim - Siapa yang akan dipersalahkan nanti ? Umno juga......


MUNGKIN saja Hakim kalau terpaksa MC untuk diberikan rawatan atau suntikan atau disamak, pastinya sebutan kes akan ditunda ! Jadi Polis seharusnya berhati-hati dan jangan leka.

Demi keselamatan Hakim dan orang ramai ....


Loyar Tian Chua memanglah akan bising sebab mereka memang dibayar untuk buat begitu ...jadi tak perlu layan sangat.

Apapun jumpa lagi dimahkamah pada 12 April .... masa tu tengah hot berkempen PRU13 kot ..

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2013 at 3:22 PM

ALAAAA..AKU YAKIN DIA AKAN IKUT SKILL MENTOR DIA TU...TUNDA...TUNDA...TUNDA SAMPAI CIPTA REKOD.

INGAT LAGI MAMAT TU CAKAP SAKIT BELAKANG SAMPAI TAK LARAT NAK MEMBONGKOK? SEKARANG AKTIF GILER KE SINI KE SANA..SIAP JOGET LAGI..HIHIHI

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2013 at 3:26 PM

“Ini adalah dakwaan bermotif politik. Saya akan lawan fitnah ini untuk membersihkan nama saya.”

"Peguamnya, N Surendran, memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Mohamad Sekeri Mamat beliau akan memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Chua, mendakwa ini adalah pencabulan proses dan bermotifkan politik."

Tianj Chua ckp ini motif POLITIK..Surendran pon ckp ini POLITIK.Komen diaorg mmg sah berbaur POLITIK.Saper sebenarnya yg BERMAIN POLITIK skrg ni?Kerajaan??Polis?? Atau Tian Chua dn PKR yg bermain politik?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2013 at 3:48 PM

Babi neh dah macam ANJENG GILER pulak suke menggigit....yaaaaa...inilah taraf YB pilihan BATU...patotla bengap..batu rupenyer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2013 at 4:07 PM

Dia kata dakwaan ini bermotif politik?...dah bangang ni yg melibatkan nama Umno lagi nak salahkan org...p/s..komunis sekarang dah x duduk kat hutan tapi dah kat bandar bersama pembelot bangsa melayu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2013 at 4:22 PM

hakikatnya Tiang Chuak menerima 1000 lebih laporan yang dibuat pelbagai pihak. dulu depa juga minta polis bertindak atas setiap laporan. harap perkataan klise "bermotif politik" tidak otomatik memberikan Mr Tiang kekebalan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2013 at 4:31 PM

"Dibuatnya Tian Chua buat hal lagi dan terus menerkam Hakim lalu GIGIT Hakim - Siapa yang akan dipersalahkan nanti ? Umno juga......"

That was so funny! Well written ;p

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2013 at 12:27 AM

Salam bang,

Ini serius nak tanya...mmg tak ada undang2 ke utk kes2 yg mcm ni? Bkn apa, mereka2 yg bergelar YB ni sepatutnya menunjukan akhlak yg baik kepada rakyat Msia. Makin lama makin kurang ajar & biadap pula saya tgk YB2 ni. Saya bukanlah penyokong UMNO yg tegar tetapi jika dibandingkan YB2 UMNO & YB2 PKR, saya perhatikan YB2 UMNO lagi berkarisma & berbudi bahasa walaupun menghadapi berbagai2 tuduhan yg melampau. Tetap menghormati org lain walaupun dicaci,dicela. Tetap menunjukkan sifat2 terpuji walaupun difitnah & dikutuk. Salah satu sebab saya akan pangkah UMNO PRU13 ini adalah kerana UMNO tetap profesional & tidak emosional (chewah!). Bkn mcm YB2 PKR, kena kutuk je nak geget org. Kena caci mulalah meroyan ckp salah UMNO. WTH?! Cara dia org pun dah mcm pengganas Sulu hari tu,main bangsat trap PDRM. Tak gentle langsung. Harap2 satu hari nanti adalah rakyat biasa yg akan sound mamat ni kasi dia sedar sikit.

p/s mmg saya tak akan ada rasa respect dgn YB2 yg berperangai mcm ni walaupun ditakdirkan mereka akan menerajui Msia (minta simpang malaikat 44)

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2013 at 12:46 AM

@Mimiesaya tak pasti hal undang2 tu.. setahu saya Akta Hasutan je la dan spt yang disebut, akta baru belum ada lagi.

Ya, sekarang makin melampau2 pembangkang ni berpolitik. Tak fikir dah apa kesannya, graf provokasi mereka makin menaik.

Hilang terus adab ketimuran kita..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2013 at 8:32 AM

sebab tu la aku marah betul bila kerajaan mansuhkan ISA tempoh hari. kalau ye pun nak mansuh, tunggulah pelaksanaan undang2 baru. skrg ni ape jadi?

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2013 at 11:07 AM

Klw rakyat masuk mahkamah tunduk malu muka masuk paper. Klw org umno akan senyum kat kamera,mungkin malu tp pasrah...yg pasti kena kutuk kaw2 dgn geng pr,masuk mahkamah pon blh senyum. Tp klw geng pr masuk mahkamah,mesti lambai.... Mcm hero.. Tu pon nk bangga.

Post a Comment