........... Buku Biografi Rosmah DiLancarkan - YES ! Peluru Sudah Sampai ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Buku Biografi Rosmah DiLancarkan - YES ! Peluru Sudah Sampai !

Wednesday, March 20, 20135comments



Semalam berlangsung Majlis Pelancaran Buku Biografi Rosmah Mansur. Biografi kulit keras setebal 180 muka surat itu mempunyai 12 bab yang mengisahkan perjalanan hidup beliau dari zaman kanak-kanak sehingga sekarang. Buku yang dijual dengan harga RM150 itu dilancarkan oleh Tun Mahathir. Ia diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana.

Point yang menarik yang di ....

( Chop ! Chop ! ..... bukan ke buku tu dah dilancarkan hujung tahun lepas ? 
Haaaa ... tu nak menyindir lah tuh. Tak pasal2 kena buang link lagi kang. Kau jangaaaaaaaaan ... aku tak nak cari pasal.

Nyindir apanya ? Aku tanya jer ... aku rasa orang lain pun tertanya2 juga. Over Sensitif la lu ...
Ok, Ok... aku peringat jer. Ok, tahun lepas tu PRA Pelancaran jer, semalam tu yang PELANCARAN sebenarnya. 

Ooooooooo.... ada PRA juga ek, hebat lah. Ok dah, kau sambung balik .... )

Errr.... kat mana tadi ? Oya,kalau anda masih ingat, semasa PRA PELANCARAN tahun lepas, Ahmad Maslan ada berkata -
"Saya ingin maklumkan dalam buku ini yang pada saya amat menarik dan dinantikan ialah soal jawab oleh kedua-dua penulis dengan Datin Seri Rosmah dan beliau menjawabnya secara terus terang terhadap isu-isu yang dibangkitkan, pelbagai isu tohmahan dan fitnah dan dijawab oleh beliau,"

Pastinya bagian itu yang dinanti2 oleh rakyat, dan ternyata itu juga yang ditumpukan oleh paper2 semalam Sinar, TMI dan Mkini bila masing2 memberi keutamaan kepada cerita Rosmah yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya.

"Saya berada di bangunan Tabung Haji dari petang hingga tengah malam. Ada ramai saksi di sana," 

YES ! YES ! Benda2 macam inilah yang kita tunggu2. Sepatutnya bila mula timbul segala macam dakwaan fitnah terhadap Rosmah, beliau seharusnya tampil segera mempertahankan diri. Paling tidak pun berikan alasan2 supaya senang blogger macam saya ni nak menjawap.

Tapi tak kisahla, lambat sikit jer..... yang penting persoalan tentang itu dah dijawab. 

Nah, ambik kau pembangkang ! Rosmah berada di bangunan Tabung Haji masa kejadian dan RAMAI boleh jadi alibi, jadi MUSTAHIL Rosmah boleh dikatakan berada ditempat kejadian pada waktu yang sama. Hahahahahahaha ...... TerimaKasih Rosmah..


Haaaa.... kalau itu tak cukup juga, Rosmah pun ada buat pengakuan yang beliau juga TAKUT GELAP ...................... err........ haaaaaaa..... mana mungkin Rosmah boleh berada ditempat gelap sedangkan beliau takut gelap ! Dah la tu, kena panjat bukit lagi .... MUSTAHIL !


Satu lagi, - ' Saya takut jika cicak jatuh ke atas saya ' Haaaaa ..... ambik kau ! Mana mungkin Rosmah boleh terlibat kalau Rosmah jenis yang ...............errr ...........errmmmmm ... takut ..errr.... takut cicak... 

.............................................................................................................
.............................................................................................................
..............................................................................................................

Haa.... LOGIK KAN ? Orang yang takut gelap dan takut cicak ..... come on la, orang macam itu korang nak tuduh sanggup panjat bukit waktu malam, kemudian tuduh dia jadi pembunuh ?  Akai ada ka ? I tell you aaaa..... i really don't understand la, all these people. Main tuduh2 sebarangan ikut sedap mulut jer ....NONSENSE !

Kalau itulah GAZET apa yang ada dalam bab Soal Jawab isu Fitnah, TAK SABAR RASANYA nak baca buku Rosmah. Mesti banyak lagi isu2 menarik yang selama ini menjadi mainan pembangkang memperlekehkan Rosmah bakal terjawab oleh empunya badan sendiri. 

Oya, harap2 adalah pemimpin Umno yang sanggup sponsor satu buku untuk saya.... serius ni, saya tak mampu nak beli dengan harga RM150. Tapi saya NAK SANGAT baca, lebih2 lagi jika ia dapat membantu saya menangkis segala tohmahan pembangkang terhadap Rosmah. Untuk kemenangan Umno juga kan ? kan ?

Oya, Tun Mahathir turut menyokong usaha Rosmah menulis Biografi ni. Ia boleh jadi sebahagian penulisan sejarah untuk merekodkan iklim keadaan yang berlaku pada ketika itu. Juga sebagai rujukan masa depan dan untuk memberi pandangan dari sudut seseorang pemimpin itu mengenai sesuatu isu dan pengalaman.

Justeru, katanya, penulisan sedemikian juga dapat memberi peluang kepada pembaca untuk mengetahui penjelasan dari sudut pandangan orang yang menjadi sasar, dan kemudiannya membuat keputusan secara adil mengenai sesuatu isu itu.

"Ini adalah buku yang baik dan akan menjadi panduan kepada generasi akan datang 100 hingga 200 tahun dari sekarang,"

Saya tak sempat rasanya nak tunggu 100 tahun ..... so.... tolonglah ek, mana2 pemimpin Umno yang sudi membantu saya dalam usaha saya membantu Umno.

Akhir sekali turut dinyatakan yang setakat ini, 500,000 naskhah telah dijual dengan 50 peratus daripada hasil jualan didermakan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.

Peeeeerrrggghh !  Setengah juta ! eh, tapi TMI tulis nilai jualan RM500k bukannya 500k naskah..... kalau RM500k maknanya lebih 3300 naskah yang dah dijual. Baru logik sikit, baru je lancar dah terjual 500 ribu unit .... apa lah Sinar ni, tak baik tau. Ni nak marah ni ! TOLONG BUAT PEMBETULAN YA,  EDITOR SINAR !

Jadi saya harap semua akan cuba dapatkan senaskah ya.... kita amalkan 1 Rumah 1 Buku Rosmah. Sesiapa yang mampu lah. Taknak lah nanti ada yang bising pulak konon kena paksa la, apalah.... Tak nak beli sudah, jangan nak hasut orang lain yang nak beli .... kan ? kan ?

..............................................................................................
...............................................................................................
..................................................................................................

Psssssst.... Din
Hmmmmph..

................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
...............................................................................................

Agak-agak ko lah ..... ermmmmm ....
Apa dia ?

.................................................................................................
..................................................................................................
...................................................................................................
Rasa-rasa ko lah, ....... errrmmmmmm ... artikel ko ni kategori 'balun' tak ?
Balun apa nye ? Mana ada !

.................................................................................................
.................................................................................................

Tak lah ..... aku ..... errr... ko pun tahu kan, sekarang ni sensitif... aku kesian ko jer...
Tak per eh ..... aku tahu lah, mana ada balun, aku puji jer tuh. SENSITIF SANGATlah kita nih ...

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2013 at 8:40 AM

Dah baca nanti cerita k Din..nak tahu jugak samada DSR cerita tak bab masa di mengorat DSN sedangkan masing2 sudah mempunyai pasangan ketika itu..oooh sensitif..memang nak kena kelekuk kepala tanya..

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2013 at 9:00 AM

@mamasitaSAYA TAK KENAL 'MAMASITA' INI OK !

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2013 at 9:16 AM

hehehe..hohoho

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2013 at 9:16 AM

salam,

tebal ke buku ni macam buku tun. kulit tebal no hal, tapi harga tebal. mungkin ikut harga DSR. kita cuma cakap untuk para blogger penyokong DSR bersedia dengan jawapan. kita sokong bn dan pangkah bn. tapi tak tahan kalu yg tak pangkah pun ada power macam yg kena pangkah. yg tak pangkah bn tak payah la nak tunjuk jadi hero. mu tak pangkah tak payah la nak kutuk DSR berkuasa. sebab yg bagi kuasa pada bn yg memangkah. mu komplen kat yg menang yg mu pangkah. harap nanti ada versi elektronik e-book. ada ke yg nak ciplak. DSR tak marah kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2013 at 1:31 AM

Langsung tak ada marketing strategy nih...dah la mahal pas tu tajuk tak sesuai patut tajuk buku kasi nama : Pornograpy Rosmah Mansor. Nasib baik ler nak jadikan text buku sekolah boleh lah dibuat conteng2 oleh budak2 nanti ada jugak faedah kan kan.

Post a Comment