........... Bukti Pasukan Keselamatan Kita Tidak Kejam Dan Amat Professional ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bukti Pasukan Keselamatan Kita Tidak Kejam Dan Amat Professional !

Friday, March 15, 20134comments

Saya tersentuh membaca laporan Bernama yang memetik kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkaitan mayat2 pengganas Sulu. Mungkin perkara ini kecil bagi kebanyakan orang dan hampir tidak ada siapa yang komen mengenainya tapi bagi saya ia membawa satu makna yang amat besar. Kita baca dulu -

LAHAD DATU - Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat di sini setelah mereka menceroboh negara 12 Feb lepas.
 
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata tempoh itu yang mengikut konvensyen Geneva diberi melalui satu surat rasmi kepada Manila.
 
Surat berkenaan dikeluarkan setelah mayat penceroboh militan itu selesai dibedah siasat.
   
"Jika tidak respons dalam tempoh tiga hari, kami akan kebumikan mengikut cara yang sesuai, kalau orang Islam ikut cara Islam," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
 
Hamza berkata seramai 61 pengganas militan ditembak mati dalam Operasi Daulat yang masuk hari ke-11, dan sehingga 5 petang ini 27 daripada mayat itu telah dibawa keluar dari kawasan operasi.
 
"Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo. - Bernama



"Jika tidak respons dalam tempoh tiga hari, kami akan kebumikan mengikut cara yang sesuai, kalau orang Islam ikut cara Islam,"

Saya percaya ia satu kenyataan yang spontan, ikhlas dan tidak punya apa2 niat lain disebaliknya ... kerana tidak ada siapa pun komen. Apa yang saya dapat simpulkan dari kenyataan diatas -

Alhamdulillah .... pasukan keselamatan kita sememangnya punya sikap yang TERPUJI ! Disebalik ketegasan dan keberanian dalam menjalankan tugas, mereka masih mengekalkan sifat2 kemanusiaan dan adab yang tinggi. 

Mereka masih menghormati mayat walaupun sewaktu hidup, merupakan musuh yang tidak teragak2 untuk menembak dan berlaku kejam kepada kita. 

Sikap yang bezanya antara langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan pengganas2 itu sendiri ! Kita ada baca mangsa2 mereka disiksa, mayat2 hancur berkecai dikerjakan mereka, cebisan2 daging berterabur, mayat2 dilemparkan kedalam laut....... berulat dan berbau ....semuanya mencerminkan sikap pengganas2 itu yang kejam dan tidak berperikemanusiaan !

Kenyataan diatas juga dengan sendiri menyanggah tuduhan2 beberapa pihak luar yang pasukan keselamatan kita bertindak kejam terhadap pengganas yang ditawan. 

Kejamkah mereka yang sanggup menguruskan mayat musuh mengikut agama masing2 ? 

Ia hanya membuktikan pasukan keselamatan kita mempunyai tahap professionalisma yang amat tinggi - TAHNIAH !

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2013 at 10:49 PM

Begitulah adab yg dituntut didalam Islam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2013 at 11:18 PM

Ya, saya juga tersentuh dgn kenyataan tersebut. Malah kalau tak silap, 3 hari lepas seorang pegawai polis juga ada berkata, "selepas post-mortem kita akan kapankan, sembahyangkan dan kebumi di suatu lokasi yg tidak akan dinyatakan. Walaupun mereka musuh kita, mereka tetap orang Islam."

Lebih kurang begitulah kata-kata pegawai tu. Itulah menunjukkan yang kita tetap meletakkan agama di atas dalam segala hal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2013 at 11:48 PM

Aku mmg bangga dan kagum dgn keperibadian para pegawai dan anggota keselamatan kita. Tuntutan dlm Islam diutamakan

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2013 at 1:33 PM

Dan beliau juga bkata,wlwpun mereka adalah musuh negara,tp tetap mdoakan agar roh mereka disamping org beriman....
Harap,sultan,raja muda dan puteri sulula sgt tu,faham apa kesalahan mereka

Post a Comment