........... Budaya Berdendam Yang DIwarisi ? Maksud Zahid APA ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Budaya Berdendam Yang DIwarisi ? Maksud Zahid APA ?

Wednesday, March 13, 201317comments


Peringatan oleh Ahmad Zahid ini wajar diberi perhatian oleh semua. Sebelum ini negara kita sudah lama tidak mengalami sebarang krisis yang mengancam keamanan rakyat, jadi ramai diantara kita yang sudah leka, take for granted akan kehadiran pasukan keselamatan negara. 

Ramai yang sering memperlekehkan mereka malah ada yang sanggup GIGIT anggota Polis. RESPEK kena sentiasa ada. Bila-bila masa saja, tatkala kita leka, ancaman boleh berlaku dan kepada mereka inilah juga kita letakkan harapan untuk terus mengekalkan keamanan yang sedang kita nikmati sekarang.

Ya, khidmat mereka dibayar dengan gaji tapi berapa ramai yang sanggup mempertaruhkan NYAWA demi gaji ? Sewajarnyalah mereka ini diberi insentif yang selayaknya sebagaimana diumumkan oleh Najib baru ini. Dan seharusnya kita berterimakasih kepada mereka yang telah BERJAYA menjaga maruah bangsa dan tanahair di Lahad Datu !

BUKAN GIGIT OK !

Tapi ada dua ayat yang bagi saya agak pelik dari kenyataan Zahid dibawah .......

JANGAN PERLEKEH KEMAMPUAN PASUKAN KESELAMATAN NEGARA - AHMAD ZAHID

Kuala Lumpur, 13 Mac - Rakyat diingatkan supaya tidak sesekali memperlekeh atau memperkecil kemampuan pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas Sulu dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat sebaliknya perlu bersatu memberi sokongan moral kepada pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara.

"Inilah masa dan ketika paling sesuai untuk rakyat bersatu padu bersama-sama memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan keselamatan negara."
katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiar secara langsung dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, dekat sini.

Ahmad Zahid bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di pangkalan udara itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua perajurit negara iaitu Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, yang terkorban dalam Operasi Daulat di Lahad Datu semalam.

Beliau turut menasihatkan anggota pasukan keselamatan agar sentiasa berhati-hati semasa menjalankan operasi itu.

"Penceroboh militan ini berpengalaman serta terlatih
, jadi anggota yang sedang bertugas di Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Kampung Tanduo perlu beringat dan berhati-hati," katanya.

Beliau juga percaya pengganas militan itu mempunyai budaya berdendam yang diamal dari satu generasi ke satu generasi terutama apabila anggota kumpulan mereka tewas dalam apa jua pencerobohan yang mereka lakukan.

Justeru itu Ahmad Zahid meminta pasukan keselamatan agar sentiasa beradadalam situasi siapsiaga setiap masa. - BERNAMA


Saya tidak pandai nak berteka-teki dalam bab Lahad Datu ni sebab anda pun sedia maklum saya jarang nak mengupdate perkembangan semasa seperti rakan2 bloggers lain. 

Berpengalaman serta Terlatih hmmmmmm ..... Zahid tertinggal satu - Bersenjata lengkap. Siapa yang melatih mereka dan darimana datangnya pengalaman dan senjata ?

Saya baru baca sebuah artikel bercorak konspirasi yang mengaitkan kejadian dengan kehadiran sebuah kapal perang Amerika yang terkandas ..... - KLiK

Begitu satu analisis menarik yang mengaitkan kejadian dengan sikap pemimpin pembangkang DAN PRU13 ! - KLiK

Perenggan second last Zahid itu yang saya hairan kenapa perlu disebut - Budaya berdendam yang diwarisi ..... terutama bila kalah ..... ! 

MAKSUD ZAHID APA ?  MESEJ ZAHID APA ?

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2013 at 2:01 PM

Din, aku rasa..maksud Budaya Berdendam tu merujuk kepada sejarah Suku Kaum Suluk/Sulu yang selalunya berdendam waimma sesama suku kaum mereka sendiri. Jadi, Zahid menjangkakan apa yang berlaku di LD tidak akan tamat di situ sahaja walaupun semua pengganas di hapuskan.Dan sebab itu, ATM perlu di berikan perhatian terutamanya kelengkapan dan pos baru di sekitar LD. Ini satu sebagai persediaan utk menghadapi pendendam itu di masa-masa hadapan. Kerana atas sifat pendendam itu, mereka mungkin akan masuk semula ke mana-mana bahagian di Sabah dan membuat onar sekali lagi. Dan jika berlaku sekali lagi, maka mangsanya adalah orang awam. Mereka mungkin akan datang dengan niat sanggup mati dan bertindak menembak secara rambang ke arah orang awam untuk melepaskan rasa dendam mereka. Terutamanya ahli keluarga pengganas yang dan terbunuh di LD. sekadar pandangan.

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2013 at 2:04 PM

@AnonymousSaya pun berpandangan sama cuma satu persoalan wajar kita pertimbangkan juga - SAMPAI BILA ?

Dendam yang diwarisi - tempoh lama tuh !

Makanya .......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2013 at 2:22 PM

@dinturtle

MUNGKIN dendam ini seumpama dendam antara Palestine dan Israel?

Apatah lagi kalau ada pihak ketiga yang jadi batu api atau ada pihak tertentu mahu menangguk di air yang keruh.

Apapun keakraban empat negara berjiran harus bantu membantu dalam membanteras musuh bersama demi kedamaian serantau.

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2013 at 2:26 PM

Semua jawapan skema jer ..... :))

Yang ganaz takder ker ? hahahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2013 at 2:27 PM

Tanya sama Wikileaks apa sebab goyang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2013 at 2:31 PM

@dinturtle

adakalanya api perlu dilawan dengan api tetapi dalam hal tertentu, api itu lebih praktikal dipadamkan dengan memadamkan si batu api/pengambil kesempatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2013 at 2:42 PM

bagi pihak yang tergamit oleh hujan emas di negeri orang, depa boleh kemas itu-ini dan angkat kaki, bagi pihak yang bersyukur dengan hujan batu di sini, tindakan logikal dikala ini ialah dengan menyumbang apa saja (keringat, buah fikiran atau material), kecuali kritikan yang menjatuhkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2013 at 3:13 PM

tu la..bagi lagi ic kat puak2 tu..skng Madey dh nampak hasil yg dia buat pd zaman dia jd PM..majoriti puak sulu ni semua ada ic...skng dh bermaharaja lela..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2013 at 3:17 PM

Aku rase bro din nak tuju kat anwar dan pembangkang.yang berdendam yang di warisi dari bapak di bawa ke anak.lagi tang berdendam terutama bila kalah.

-mentibang

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2013 at 4:37 PM

@Anonymouspandai-pandai la ko !

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2013 at 4:38 PM

@Anonymous'majoriti puak sulu ni semua ada ic ' ...... dah tu kenapa ?

majoriti puak cina pun ada ic, kominis dulu pun majoriti cina ..... :))

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
March 13, 2013 at 5:27 PM

maksud Zahid, tak kira sapa memerintah Malaysia, keadaan peprangan gerila ni akan berterusan

Mesej Zahid, UNDILAH UMNO/BN sbb lebih berPENGALAMAN menghadapi situasi spt ini, mengHARGAI anggota keselamatan, megHORMATi anggota keselamatan tanpa mengeluarkan perkataan ANJING, MATI KATAK, MATI SIA-SIA, BUNUH DIRI etc.

kalau Pembangkang ambil alih negara, apa JAMINAN keadaan akan kembali spt biasa sbb dilihat dr rekod pemerintahan negeri2 pembangkang, dgn rakyat sendiripun mereka MENIPU, BERDENDAM & mengANJINGkan

UMNO/BN Janji, mereka buat,
pembangkang Janji, utk dimungkiri

Tuntasnya....memilih UMNO/BN menerajui saf kepimpinan negara adalah lebih utama drpd memilih jalan keHANCURan dgn memilih pembangkang.

buat masa ni, PERANGI lanun Suluk sehabis2nya!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2013 at 5:33 PM

@Anonymous

Bro,

penduduk asal TM hanya 3 juta saja, entah-entah ko dulupun dari kepulauan itu dan ini?

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2013 at 5:38 PM

@Otak geligadaripada komen, saya percaya saudara ini penyokong Umno/BN....kan ? kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
March 13, 2013 at 5:42 PM

jgn PERCAYA PADA SESIAPA kata Wan Azizah....saya berpegang kpd prinsip kak Wan...hehe

Bro DT...U ULANG, I SAMAN.....U ULANG LAGI I SAMAN keluarga, jiran tetanggan U semua....U jgn menyesal...:)

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2013 at 4:32 AM

Jadi tak salahlah rasanya sangkaan saya ketika mula2 kes lahad datu bermula bahawa memang ada 'the hidden hand' yang mencaturkan peristiwa ini.THH itu lebih besar dari filipina sendiri.

Tidak mungkin tentera sulu berani menyerang Malaysia tanpa back up yang kuat di belakang mereka.Tanpa back up yang kuat tindakan mereka lebih kepada bunuh diri.Jadi back up yang sangat kuat itu sudah tentulah negara terkuat dunia.

Siapa pula yang menjemput pakcik samiri itu kemari kalau bukan agennya yang menjadi ketua pembangkang yang begitu gembira sekali menyanyikan lagu 'tanya sama pokok' ke sana kemari sebulan dua sebelum serangan.

Tujuannya supaya sekurang2nya Sabah kucar-kacir dan digantung pilihanraya.Disebabkan Sabah merupakan safe deposit BN tanpa Sabah kemungkinan besar BN boleh jatuh.

Kerajaan melalui perisikannya seakan sudah dapat menghidu sesuatu.Lalu secara besar2an menunjukkan kekuatan yang agak 'berlebihan' dalam menangani pengganas sulu ini.Lalu untuk apa 12 kereta perisai(atau tank?)dan sejumlah cougar heli dihantar lagi ke Sabah bermula dari esok?Semata2 untuk memburu saki-baki pengganas?Atau kerajaan Malaysia sedng bersedia untuk sesuatu yang di luar jangka?Atau kerajaan ingin mengatakan kepada pakcik samiri bahawa 'jangan main2 dengan kami'.

Cuba ingat kenapa laporan awal mengatakan 2 orang komando vat69 dihentam mortar sedangkan laporan terkemudian mendedahkan kematian mereka akibat tembakan sniper.ATM/PDRM pasti tahu bahawa pengganas sulu tidak mungkin memiliki unit elit sniper yg cuma mampu dimiliki oleh sebuah negara bukan sebuah pasukan militan.Laporan awal itu pasti diberi oleh PDRM/ATM untuk melindungi maklumat sebenar.Sangat jauh beza kesan tembakan mortar dan sniper.

Patutlah blog sultan bantilan ada menyebut tentang kelibat mat salleh dalam kumpulan lanun sulu yang datang ke lahad datu tempoh hari.

Barulah nampak semuanya masuk akal.Apapun ini cuma teori saja,entahkan betul entahkan tidak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2013 at 5:14 AM

Bangsa sulu @ suluk terkenal sikap kuat berdendam contoh klu bapa dia kena bunuh anak dia akan dendam dan mencari orang yg bunuh bapanya dan bila dia dapat tahu yg bunuh bapa dia ni sdh meninggal dia akan bunuh juga anak atau cucu cicitnya. Wlupn kejadian berlaku di filipina dan bertahun-tahun punya cerita. Kat Sabah kes seumpama ini selalu berlaku.

Post a Comment