........... Berani Tak Dewan Ulama Pas MenDANGKALkan Pemikiran Sultan Selangor Sebagaimana MB MatSaid Kena ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Berani Tak Dewan Ulama Pas MenDANGKALkan Pemikiran Sultan Selangor Sebagaimana MB MatSaid Kena ?

Monday, March 18, 20136comments


15 Mac lalu Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Mohd Rozali Salehmemberi peringatan kepada golongan imam di negeri dinasihatkan supaya tidak menjadikan masjid sebagai tempat untuk menyampaikan ceramah berbaur politik termasuk berkempen untuk mana-mana parti politik. jika didapati bersalah, tindakan tatatertib boleh diambil termasuk menyingkirkan mereka daripada menjalankan tugas.

Umumnya, imam-imam berkenaan sama ada kerajaan atau imam mukim tertakluk kepada setiap peraturan yang telah digariskan, iaitu tidak dibenarkan menyampaikan ceramah berbaur politik kepartian dalam masjid.

“Jika pada 2011 dan 2012 tiada tindakan diambil, saya percaya tahun ini pasti ada dikenakan tindakan termasuk disingkirkan jika masih berdegil walaupun telah diberikan amaran,” SINAR

Semalam MB MatSaid kasi UP lagi peringatan itu ..... secara direct beliau menegaskan -

"Kita harap Maidam dapat ambil tindakan kepada imam yang terlibat kerana mereka ini tidak seharusnya melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

"Imam yang bekerja dan mendapat gaji daripada kerajaan, dan pada masa yang sama menentang kerajaan dengan berceramah di pihak pembangkang, adalah satu perbuatan yang keterlaluan," 

Ahmad berkata, imam adalah orang yang sepatutnya menjadi contoh serta mengajak umat Islam ke arah perpaduan, dan jika mereka terpengaruh dengan sikap pembangkang seperti Pas, ia akan menjurus kepada lebih banyak perpecahan kerana parti itulah menyebabkan umat Islam berpecah-belah ketika ini. SINAR

Biasanya yang sering jadikan mesjid sebagai tempat berpolitik adalah parti Pas. Tapi mereka menghalalkan perbuatan itu melalui fatwa agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Makanya sering kita dengar para penceramah Pas menyebut ceramah2 politik mereka sebagai Majlis Agama.

Hari ini Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menempelak MB MatSaid sebagai menunjukkan kedangkalan pemikiran pemimpin Umno khususnya Datuk Seri Ahmad Said yang memisahkan antara agama dan politik.



"Kalaulah ini menjadi matlamatnya, maka jelas bahawa kurangnya kefahaman yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin negeri.

"Alangkah baiknya jikalau seorang yang bergelar Menteri Besar menyatakan tindakan akan diambil terhadap imam jika ucapannya menyalahi hukum syarak dan tidak membetuli hukum hakam Islam,"

Bukan setakat itu saja, beliau juga menuduh MatSaid sebagai sanggup menggadai agama demi politik.

"Sepatutnya pemimpin perlu menegakkan kebenaran bukan hanya mengisi tembolok dan perut mereka untuk menyelamatkan kerusi yang mereka pegang semata-mata sehingga sanggup mengadaikan agama.


dan diakhiri dengan tuduhan Umno dah menggelabah !

"Sementelahan lagi dengan hampirnya PRU13, jelas nampak betapa gelabahnya pemimpin Umno untuk mempertahankan saki baki kuasa yang akan hilang," HARAKAH

Hmmmm ..... nak komen apa ya ..... Payah kalau bertekak sesuatu isu dengan mereka yang punya tafsiran berbeza. TAPI heran juga ya .... kalau agama dan politik tidak berpisah jua, kenapa Nik Aziz pernah menempelak Harussani dengan kata-kata -

mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah.....  - KLiK

Atau Salahuddin Ayub yang turut sama geram kepada Harussani -
Beliau menambah, Harussani juga menunjukkan sifat yang melampau sebagai mufti kerana tidak wajar bagi seorang mufti bercakap perkara yang ada kaitan dengan politik. - KLiK

Bukan ke ikut Pas, Politik dan Agama tidak boleh dipisahkan ? Apakah fatwa itu hanya terpakai ketika mahu menghalalkan segala tindakan Pas saja tapi bila orang BUKAN PAS cuba memperkata sesuatu tentang agama, mereka diperlekehkan sebagai JAHIL / CETEK pengetahuan agama, sebagai TIDAK LAYAK untuk bercakap hal agama.


Eh, Bukan ke politik dan agama tidak boleh dipisahkan ? MANA SATU NI  ? ? ?


Anda pun konfius ? Anda akan LEBIH KONFIUS kalau saya katakan yang orang Pas sedikit pun tidak konfius ! Mereka semua faham dengan jelas ..... so apakata kita tunggu mana2 pembaca Pas yang boleh tolong jelaskan isu agama dan politik tidak boleh dipisahkan.


Oya..... kenapa baru ni Nik Aziz sebut hal agama, hukum hakam merupakan JENAMA PAS ? 

Makin konfius ? Orang Pas ok jer .....

Oya, terlupa pulak nak letak satu lagi link artikel, kali ni dari Utusan -

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap nazir dan imam yang masih membenarkan ceramah-ceramah berunsur politik diadakan di masjid-masjid dan surau di negeri ini.

"Tujuan beta melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik adalah untuk mengelakkan berlakunya perpecahan ummah dalam kalangan masyarakat.

"Selain itu, ia juga dapat memastikan orang Melayu tidak berpecah-belah dan berpuak-puak yang akhirnya akan memusnahkan bangsa Melayu dan Islam itu sendiri,"

Oya, kalau anda baca link Harakah diatas, mamat ni ada sebut contoh2  pejuang Islam yang BERANI MENYATAKAN KEBENARAN seperti Hasan al-Basri, Tok Ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong ....  bajet dia tergolong sama lah sebab berani menempelak MatSaid....

Sooo ....Agak-agak anda lah, berani tak Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menempelak  Sultan Selangor sebagaimana KEBERANIAN beliau balun Mat Said ? ?

Hmmmm yang ini saya pasti orang Pas pulak yang konfius !

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2013 at 9:16 PM

Alaa...pemimpin2 PAS ni mmg cetek pemikiran mereka!..Cuba kita tnya mereka...jika ceramah di masjid2, PAS & pemimpin2 mereka plk kena kutuk atau difitnah!..Macm mana???...Mereka sume ni mmg golongan xblh pakai!!!..sbb tu Islam asyik dihina saje!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
March 18, 2013 at 9:43 PM

Yg keluar dr mulut org PAS bg mrk semuanya Islam, kalau mrk cakap ttg politik, itulah politik Islam. Kalau keluar dr mulut org yg bukan PAS, kalimah Syahadah pun tidak memberi makna apa apa jika tidak menyokong perjuangan PAS. Spt yg hang dah post sebelum ni, mrk je yg boleh cakap ttg Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2013 at 12:22 AM

Pd Anon.9:16,blh ko tunjuk kn satu bukti yg mengata kn PAS kutuk dn caci pemimpin UMNO dlm masjid.Yg menjadi masaalah ny bila bercakap tentang kesalahan rasuah,hiburan yg melampaui batas,penyelewengan dh di kata kn mempolitik kn masjid.KENAPA?Tny lh kpd pemimpin UMNO kenapa mereka membina masjid?Percaya lh jawapan yg pasti ada lh krn nk bukti kn yg kerajaan perihatin kpd agama Islam dn utk menarik pelancong.Bkn krn kepeluan jemaah setempat.Sbb itu tidak ada satu pun macai UMNO bersuara bila Idris Jusoh membuat masjid di pulau yg tidak berpenghuni di Terengganu.

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2013 at 12:29 AM

@AnonymousKalau masih ingat, ramai juga blogger pro-Umno yang kritik Masjid Kristal dulu termasuk saya dalam komen2 dimerata tempat, waktu itu saya belum berblog lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2013 at 8:48 AM

@AnonymousMasaalahnya anon, segala dakwaan rasuah dan penyelewengan yang diucapkan oleh pemimpin kamu didlm mesjid itu hanyalah bayangan, tiada bukti, hanya fitnah. jadi bukan saja memfitnah yang tak dibolehkan, tapi mengumpat pun haram samaada diluar lebih2 lagi dlm mesjid.... ulamak hang tak bagi tau ke? atau ulamak hang hanya bagitau benda yang menguntungkan pas, yang merugikan akan disorokkan?. Jangat ingat apa yang penceramah pas cakap tu adalah bab membesarkan Allah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2013 at 10:26 AM

Anon 12.22....
Sya cukup fed-up bila orang PAS minta bukti, bagi bukti video pun kata video besi......
Kat tempat sya ni pun terang terang khatib menuduh Najib bunuh Altantuya kat atas mimbar lagi...
Ceramah maghrib tiap malam wajib cercaan tuduhan pada UMNO.....bukti & fakta tetap tiada.....
Akibatnya budak budak yg nak mesra masjid pun fed-up dan meninggalkan jemaah.....
Sya sendiri pun jemaah masjid/surau lain.....

Post a Comment