........... Angka Yang Buat Haji Hadi Meroyan Tempuhari | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Angka Yang Buat Haji Hadi Meroyan Tempuhari

Thursday, March 28, 20137comments


Bulan lepas Haji Hadi dilaporkan telah memperBODOHkan mereka yang menerima BR1M - KLiK -

"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh,"

Kenyataan itu dilihat sebagai menambahHINAkan lagi rakyat yang menerima BR1M setelah Nik Aziz menyifatkan mereka sebagai ayam, itik dan lembu - KLiK

Hairan juga kan kenapa Haji Hadi boleh melenting begitu ...bukannya Hadi tak tahu yang kenyataannya memBODOHkan penerima BR1M bakal memakan diri. Atau mungkin Hadi sememangnya tengah PANAS kerana mendapat tahu dalam Parlimen Marang, penduduk kampungnya sendiri iaitu Kampung Rusila merupakan penerima BR1M PALING RAMAI !

Apakah Hadi sudah mula goyang setelah mendapat tahu statistik dikampungnya sendiri -

Penerima bantuan Dana Remaja adalah seramai 682 orang sementara penerima BR1M pula seramai 485 orang. Sekiranya penerima BR1M turut mewakili isterinya, bermakna paling kurang yang menikmati hasil bantuan dana BR1M adalah hampir 1 ribu orang. 

Ini bermakna bilangan pengundi yang merasa hasil bantuan dari kerajaan Remaja+BR1M adalah hampir 1700 orang. Bandingkan pula dengan jumlah pengundi berdaftar bagi PRU13 bagi kawasan sama adalah 3300 ........ lebih 50% !

Patutlah Hadi melenting ........ rasanya kalau Hadi tahu ramai juga orang2 Pas yang HARDCORE turut menerima BR1M, mahu terpelanting serbannya ! Nah, antara mereka yang sinonim dengan Pas.... orang2 di Marang kenal sangatlah mereka ni -


SEMUANYA BODOH ! - bukan saya yang kata tapi Hadi yang kata.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2013 at 5:11 PM

salam,

bab nak kata bn dan umno salah dan berdosa serah jer kat penganut pas dan pemimpin mereka. kalu hadi kentut busuk, memang semua penganut pas akan bagi hidung mereka untuk memastikan bau itu tak keluar dan dikongsi oleh bukan penganut mereka.

kalu dah kata br1m haram, kenaikan gaji yg kerajaan bagi rasuah, bonus rasuah, wang bantuan persekolahan rasuah, segala bantuan rasuah, yang pi ambil kenapa? buktikan dengan perbuatan. katakan tak sudi pada rasuah. tolak segala bantuan. tak kisah pun bab duit. kita tak boleh dibeli dengan duit. tapi mereka yg dahulu menerima dan dahulu yang bertanya.

mereka kata, kerajaan pilihan rakyat. kena ikut rakyat. bila pula mereka pilih kerajaan tu. pilihan mereka kalah. patutnya yg pilih la kena bersuara lebih kuat kerana kita yang pilih. patutnya yg sokong kerajaan la yg kena kritik lebih kuat agar kerajaan tak buat salah dan kurangkan kesilapan. tapi yg perasan dan tak pilih yg bercakap kuat macam dia yg pilih kerajaan. apa yg kerajaan bagi ambil aje la. kalu tak suka jangan ambil. tunggu pru 13, pilih kerajaan awak dan harap parti menang dan boleh kita terus menegur kerajaan agar sentiasa peka dan berkhidmat untuk rakyat. utamakan negara, bangsa dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2013 at 5:14 PM

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2013 at 6:31 PM

@Anonymous

rejeki jangan tolak...ambik Brim tu tapi sedeghahke kat Pas ler...sonyap ler cerita ayam dan lombu, he he

....................
Reply To This Comment ...................
March 28, 2013 at 6:55 PM

Ada jugak ke orang PAS terima BR1M? Bukan ke dalam tahun 80'an Hadi sendiri mengeluarkan Amanat bahawa semua benda berkaitan UMNO atau BN itu adalah HARAM?? sebab mereka ini KAFIR?? Mana mungkin orang PAS TERIMA BR1M??

Din, Mohon pautan RSS ke blog saya:
http://mycybertrooper.net.ms/feed/

....................
Reply To This Comment ...................
March 28, 2013 at 7:26 PM

@Anonymousyalah, kalau dah muka tembok konkrit, kena maki dengan ketua pun boleh senyum lagi kan ? kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
March 28, 2013 at 7:31 PM

@Malaysian Cybertrooperlupa saya nak tulis dalam artikel, masa ambil dan serah borang, orang Pas suruh isteri2 mereka... malu konon. Tapi bila ambil duit, terpaksalah buat muka macho. Dalam hati ......?

dah pautkan, patutlah sebelum ni tak boleh letak link sebab tak taip ms/feed/.... saya blur benda mcm ni :)

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2013 at 10:29 AM

betul 2 bro..Sama la org yg bila kita tanya kenapa keja Gomen kalau dh benci gomen sgt,nanti diaorg akan jwb yg konon kerajaan dn segala aset kerajaan alah HAK RAKYAT!

Punya la muka tak malu.Sepatutnya diaorg kena tnggu smpai KERAJAAN PILIHAN DIAORG menang baru la diaorg layak memohon kerja kerajaan.

Post a Comment