........... Aiseyman, Mahfuz Kena Masuk Court la .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Aiseyman, Mahfuz Kena Masuk Court la ....

Tuesday, March 12, 20137comments

LAGI mengenai Mahfuz muahahahaaha ..... tapi kali ni nada nya lain sikit. Semuanya gara-gara KEPANDAIAN MELAMPAU Mahfuz sendiri .... Ingat lagi sidang akhbar tahun lepas dimana Mahfuz mendakwa KBS menaja Ceramah Hasan Ali ?




Antara ayat power Mahfuz dalam membela diri ketika itu adalah - SAYA SURUH SIASAT, BUKAN MENUDUH ! - KLiK

Bila Shabery Cheek kata ' Rasanya Mahfuz perlukan rawatan kaunselling ! ', Mahfuz segera melenting -

' CARA DIA RESPONS PUN MENAMPAKKAN DIA MACAM ORANG BERSALAH ! ' KLiK

Kata pepatah, Sepandai-pandai tupai melompat, adakalanya terpele-ot dan jatuh ketanah juga...

Dari UTUSAN - Mahfuz gagal batal saman Hasan

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar gagal dalam percubaannya untuk membatalkan saman fitnah yang dikemukakan oleh Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali terhadap beliau, berikutan permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hasan menyaman Mahfuz berhubung kenyataannya yang mendakwa segala aktiviti dan jelajah ceramah Jati mendapat dana daripada tajaan syarikat-syarikat tertentu dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjumlah RM30 juta.

Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Hasan memberitahu pemberita, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menolak permohonan Mahfuz setelah mendapati anak guamnya yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu mempunyai kausa tindakan terhadap Mahfuz.

Menurut Hasnal, Mahfuz sebelum ini memohon untuk membatalkan saman dan pernyataan tuntutan Hasan atas alasan plaintif tersebut tiada kuasa tindakan untuk mengemukakan saman terhadapnya.

Ini kerana Mahfuz mendakwa, kata-kata dalam sidang akhbar tersebut bukanlah libel (fitnah bertulis) sekiranya Hasan tidak menyaman pihak media yang menerbitkan pernyataan tersebut, kata Hasnal.

Justeru itu menurut Hasnal, Mahfuz yang diwakili peguam Saufi Putra berpendapat, Hasan tidak boleh menyamannya atas libel tersebut.

Selepas menolak permohonan Mahfuz, Hakim Nor Bee menetapkan perbicaraan kes saman itu didengar selama tiga hari bermula 28 Oktober depan.


bla bla bla .....

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi keterlaluan yang tidak dinyatakan jumlahnya serta perintah injunksi.


Lama lagi la pulak 28 Oktober ..... Takut waktu itu Mahfuz dah jadi PM, payah la sikit ....

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2013 at 10:55 PM

aku rasa kalu mahfuz ni dlm umno..habis semua menteri kabinet umno xleh cari makan..nak harap ahmad maslan lansung x guna,rais yatim lagi la kayu,hisham plak lemah gemalai,kj asyik tido...bayangkan kalu mahfuz melompat masuk umno...pergghh...

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2013 at 11:08 PM

Lg payah dan susah hakim nk menilai kecerdikan mahfuz nnt. Ayat yg puitis,penuh bunga,lirik nyanyian yg wow factor.... PM mahfuz =pandai merapu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2013 at 11:37 PM

Walau apapun Abang Din tetap jadi peminat no.1 Mahfuz. Betol tak Abang Din.

Abg Din dan Mahfuz berpisah tiada.....hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2013 at 11:53 PM

Mahfuz PM ke 7.. Bapa Perundangan

Mahfuz: Pengakuan bapa Saiful membolehkan pendakwaan kes Qazaf dilakukan.

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2013 at 12:32 AM

@AnonymousSatu pemikiran luar kotak yang mengerikan pemimpin Umno lain !

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2013 at 12:34 AM

@Anonymoushehehehe ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2013 at 7:45 PM

@Anonymous bukanluar kotak...luar otak...

Post a Comment