........... 30 Minit Pertama Internet Percuma - Apakebendanya ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

30 Minit Pertama Internet Percuma - Apakebendanya ?

Wednesday, March 20, 201310comments


SENARIO 1

Din, aku tanya ni.... ko nak ikut sama tak ?
.........

Hoi ! Jawablah sepatah, orang nak pergi dah ni, ko nak ikut tak ? Ralek sangat dia ngan blog dia..
Kejap la ..

KO - NAK - IKUT - KE - TAK ?
Kejap ...kejap, 5 minit lagi tinggal !

Ah, sakit mu nih .....hah, tu mu menaip ke tengah pilih manik ? Lajunya tekan ..
Alaaaaaaaaaa..... sikit lagi ! Nak tekan ' ENTER' je lagi ,,,, adoooi...

Apa hal pulak ?
30 minit line internet percuma dah habis daaa........

SENARIO 2

Bang, No 14 ......30 minit ya
Ok, Singgit.

Apa pulak ..... bukan ke free ?
Eh budak ni, masa bila pulak bapak ko beli CC aku ni ?

Tuuuu .... kerajaan baru kabor, 30 minit pertama line internet percuma. Abang tak baca paper ke ?
Banyaklah ko punya free ! Ini CC la bodoh... ko nak free ko main kat rumah la ...



                                                       ****************************

Itu kalau nak buat LAWAK BODOH la.... tapi menarik juga untuk saya komen pengumuman Najib semalam ni -

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian perkhidmatan internet secara percuma kepada warga miskin di bandar dan luar bandar bagi penggunaan untuk tempoh 30 minit pertama.
 
Jelas Perdana Menteri, bagaimanapun butiran lanjut tentang perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam masa terdekat. - UTUSAN

Sejujurnya saya tak pasti apa yang dimaksudkan dengan 30minit pertama percuma itu. Sekali lagi saya nak tegur, betul ke Najib yang cakap spontan atau beliau main baca je teks yang disediakan oleh orang lain yang tak tahu bagaimana rakyat biasa hidup ?

Orang yang biasa pakai internet ni tahu kalau sekadar 30 minit saja, cipuuuuuuuuuut sangat. Berapa sen lah sangat, kalau pergi CC pun sekadar RM1 jer. Jadi kalau nak beri RM1 percuma dan diumumkan depan orangramai dan disiarkan media paper dan TV.... errmmmm , baik tak payah.

Rasanya pening kepala orang yang ditugaskan membuat langkah susulan tu ..... 30 minit setiap kali pakai internet ke  ATAU setiap hari ke ATAU setiap bulan ?

Satu lagi, zaman bila yang penggunaan internet ni di bil mengikut jam ?

Saya bayar streamyx rumah saya ikut bulan. Pakej RM60 je sebulan. Tak tahulah macamana nak kira tu kalau diberi subsidi 30 minit pertama hari/minggu/bulan percuma ? Kalau line hp saya tak tahulah sebab hp saya tak boleh pakai internet ! Jenis lama, kalau jatuh takde hal punyer .....

Saya percaya Najib berniat baik, mahu menolong rakyat terutama yang tak mampu tapi ...... kalau tak betul cara cakap, orang boleh berfikiran lain.  Seperti ..... apa ya .... tak in-touch dengan kehidupan rakyat biasa.

Sekadar meluahkan pandangan ....

PS - Mungkin saya yang tak faham maksud Najib....sebab saya teringat, lepas Najib umumkan tu, bertepuk sorak sakan hadirin yang dengar. Suka sangat diorang dapat line internet 30 minit pertama percuma !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2013 at 11:45 AM

Aku faham maksud engko Din....orang macam kita ni yang setiap hari mengadap internet cuma mengharap satu jer.....

Mintok tolong sangat-sangat kurangkan bil bulanan broadband....Itu jer...

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2013 at 11:59 AM

@AnonymousBukan kos internet itu yang saya maksudkan. Seperti juga kenyataan BR1M mampu beri makan satu keluarga untuk setahun, bukan BR1M yang saya pertikaikan.

TAPI KENYATAAN yang seperti tidak berpijak dibumi nyata.

Niat yang baik tapi kalau salah cara penyampaiannya, boleh memakan diri.

Itu maksud saya. :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2013 at 1:33 PM

Najib nak lawan idea Mahfuz tu.

-mentibang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2013 at 2:11 PM

ada ayat berlapik smlm.." detailnya akan diumumkan oleh menteri rais yatim" jadi kita kena tunggu apa benda detailnya tu.. takut jadi mcm dulu pasal subsidi beli handphone.. :)

Jouhar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2013 at 3:09 PM

Memang betol 30 minit tak cukup untuk main internet. Ko kena faham din. Ni cuma galakan kepada penduduk luar bandar supaya melanggan internet. Serupalah macam lesen tv yang pernah dimansuhkan. Ketika itu berebut-rebut orang kampung nak beli tv sebab dah tak perlu bayar lesen.

Tapi internet tak boleh buat macamtu. Tak boleh free 100% sebab main frame masih dikawal oleh company luar negara. Kita cuma jadi vendor jer. 30 minit pertama mungkin maksudnya kalau melanggan broadband ada rebat untuk 30 minit.

Walaupun tak puas nak surf internet free 30 minit , tapi itu sebenarnya dah cukup bagi orang kampung nak berjinak-jinak dengan dunia internet. Lainlah orang macam din yang mengadap internet 25 jam sehari.

....................
Reply To This Comment ...................
March 20, 2013 at 3:16 PM

@Anonymousyeah riiiiight:-)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2013 at 4:08 PM

30 minit sehari kot din..
mgkn dlm sebulan di beri 900 minit percuma.. pandai2 la adjust..kalau lebih sendiri bayor..nama pun utk org pendapatan rendah, kalau gatal2 layan u tube, donlod torrent mmg la x cukup..
my 2 cent.
-aldan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2013 at 4:27 PM

Najib sekadar membaca apa yg di tulis, dan kita hanya mengangguk apa yg PM cakap. Nak lebih details, kena tanya tukang tulis skrip. *!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2013 at 10:41 AM

Just nak share info: penggunaan 30 min internet percuma boleh digunakan di Pusat Internet 1 Malaysia sahaja....boleh review http://pi1m.skmm.gov.my/PJL_FAQ.htm

....................
Reply To This Comment ...................
July 16, 2013 at 12:23 AM

Aku harap yang di beri percuma itu 30 minit bagi se tiap 30 min penggunaan. Baru best, terutama bagi orang Kuala Besut yang rata-rata internet-savvy.

Post a Comment