........... Umno Khianati Pas 1978 ?- Penjelasan Tun Mahathir | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Umno Khianati Pas 1978 ?- Penjelasan Tun Mahathir

Wednesday, February 13, 20135comments

Sepertinya Tun Mahathir tahu ramai terutamanya golongan muda yang masih tertanya2 sejauhmanakah kebenarannya bilamana Nik  Aziz dan Hadi sering menuduh Umno mengkhianati Pas semasa Pas berada didalam kerajaan BN dulu.

Terbaru Hadi bercakap tentang - Kita tidak akan dipatuk melalui satu lubang yang sama sekali lagi - juga merujuk kepada ' pengkhianatan ' Umno terhadap kerjasama Umno-Pas.

'Pengkhianatan' itu dijadikan MODAL UTAMA Nik Aziz dan Hadi menolak sebarang usaha bermuzakarah apatahlagi bersatu dengan Umno sehingga mereka lebih sanggup berpelukan dengan Dap.

Artikel TERBARU Tun Mahathir - SIAPA TIPU SIAPA - merungkai cerita sebenar melalui pengalamannya sendiri, saya copy sepenuhnya -




1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

 2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.


4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

                             ********************
 Baca juga versi Tun Hussein Onn yang diucap pada waktu itu  - 9 Disember 1977 - maknanya cerita tidak dipengaruhi oleh kejadian2 selepas itu @ masih fresh -

Kenapa Pas DiPECAT Dari BN 1978 ( MESTI BACA ! )

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2013 at 8:50 PM

emm sikit sikit Islam sikit sikit Islam sikit Islam Islam tak habis habis .. korang amalkan ajaran Islam tak?

Selepas lebih 50 tahun merdeka baru sekarang ada yang tersedar
1. PAS telah bertukar haluan .. korang pun taukan?
2. Hudud cuma 0.0001% . .jadi tak perlu tergesa gesa nak laksanakan .. siapa yang cakap tu?
3. Selepas puas menjaja keseluruh negara lebih dari 50 tahun akhirnya jawapan mudah diberikan.. negara Islam tak ada dalam alQuran, yang ada cuma negara kebajikan.. sapa cakap tu?...
perbuatan itu itu nak dikategorikan apa ya? .. menipu? menghina?

Hakikatnya selepas 50 tahun merdeka aku merasa semakin selesa tinggal dimalaysia.
kalau dulu berak kena pegi cari sungai, tapi sekarang tak lagi
kalau dulu nak mandi kena terjun sungai , sekarang tidak lagi,
kalau dulu nak belajar kena pasang pelita , sekarang tak lagi,
kalau dulu nak cari surau susah, sekarang berlambak surau mesjid.
kalau dulu banyak kena bagi alasan tak solat sebab musafir, sekarang tak lagi sebab berlambak surau sepanjang highway
kalau dulu gaji ciput sekarang gaji banyak...
Rasuah? Zalim? tak Islamik? Kroni? bla bla bla... itu cuma helah nak spin cerita je.... macam orang melayu nak lakukan produk mereka... ini halal, ini orang islam punya bla bla bla,hakikatnya cuma nak lakukan produk je.... samalah macam politik .. Islam itu ibarat produk .. produk yang digunakan untuk melariskan parti .. sebab itu Islam yang nak diperjuangkan jadi caca marba..
Hiduplah didunia realiti ,Sebenarnya apa yang berlaku dalam politik hari ini adalah satu pihak sakit hati dengan satu pihak lain yang berjaya ...

kesimpulannya .. selepas lebih 50 tahun kerajaan yang ada memerintah aku rasa bukan makin susah tapi makin senang, kalau ada susah pun sikit, iaitu tengok orang melayu makin keliru dengan bangsanya sendiri..
So tak ada sebab kenapa aku nak tukar kerajaan yang ada kepada kelompok yang masih gagal mencari hala tuju politik mereka .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2013 at 9:41 PM

Well said bro ninja..

Dan pihak yg selalu mengeji pihak lain itu pulak bukannya credible pun..pastu sembang kencang nak ubah kerajaan..kalau dorang lebih baik ok jugak la..tapi haprak!

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2013 at 11:02 PM

Terimakasih Ninja atas komen yang ikhlas. Saya setuju.

Tapi hujah sebegitu mereka masih boleh sangkal. Nanti2 saya akan artikelkan hujah seorang ahli Pas yang rapat dengan seorang Ustaz GLAMER tika ini, kira anak murid ustaz itu la. Saya harap saudara Ninja akan ikut penulisan saya dan komen disana nanti :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2013 at 11:14 PM

din,
off topic. website harakah dah improve.. iklan seks dah takde... terkejut jugak aku kot kot diaorg dah bertobat....
tapi kat main page je rupanya... sub pages still berlambak....

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2013 at 10:05 AM

Hakikatnya,pas dl menentang setiap projek mega yg dilaksanakan,jambatan pulau pinang,plus,klcc,putrajaya,klia. Tetapi,skrg ni itu la yg dikejarnya.
Kesimpulannya,diorg xde perancangan nk majukan negara pon. Bl dh dpt kuasa,br terkial2 nk merancang.last2 balak la yg di opsyen.bl dh bjanji yg tlalu melambung,ckp la manifesto bkn janji...erkkk

Post a Comment