........... TERBAIK Dari Tun Mahathir - Kronisma, Kontrek Petronas, San Miguel ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TERBAIK Dari Tun Mahathir - Kronisma, Kontrek Petronas, San Miguel ?

Monday, February 25, 201321comments


Saya memang menunggu masa jer Tun Mahathir balas segala tuduhan peribadi yang dilemparkan pembangkang terhadap beliau dan anak2nya. Hari ini Tun dah balas ! 

Bukan setakat jawab tapi waktu sama Tun hentam balik .... memang TERBAIK dari Tun. Pukulan smash pembangkang dikembalikan dengan pukulan smash oleh Tun !

FITNAH

1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.

2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya. 

3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.

4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.

5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.

6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.

7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.

8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.

9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya.

10. Sebaliknya Anwar, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden. Kemudian dia juga yang pilih isterinya sebagai calon di Permatang Pauh. Kemudian dia sendiri yang menyuruh isterinya lepas kawasan untuk ditandingi olehnya.

11. Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga yang memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan.

12. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim.

13. Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun.

14. Anak saya Mirzan juga dijadikan sasaran fitnah Anwar. Benar dahulu dia menjadi pengarah San Miguel. Tetapi San Miguel Filipina bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petroliam.

15. Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA.

16. Apabila Exxon Mobil diambil alih oleh San Miguel, ia diletak dibawah Petron. Anak saya dilantik sebagai pengarah Petron. Kontrak membekal minyak Exxon Mobil di KLIA diwarisi oleh Petron.

17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?

18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.



                            ************************************************

Mungkin kucing keluarga pun akan dilantik jadi Menteri oleh Anwar hahahahaha ...

Mohon sesiapa dapatkan senarai KRONISMA yang dikeluarkan oleh Kerajaan dulu tuh. Kita tunjukkan pada orang Pas jenis orangnya yang mereka sanjung dan angkat sebagai pemimpin besar kerajaan PR.

Konon Hadi baru ni dakwa pemimpin2 PR semua BEBAS AMALAN RASUAH ? 

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 5:51 PM

kejumudan membuatkan mata penjumud mudah nampak apa yang hendak di tengok dan buat-buat tidak nampak apa yang enggan ditengok.

dalam kes video CSL, ada pencacai yang kenal dan pasti siapa pelakon dalam video berkenaan tetapi dalam video politikus A dan chinadol, pencacai yang sama tiba-tiba jadi rabun dekat dan sengaja buat tidak kenal siapa pelakon A itu.

apakah para pemain dan penyokong politik telah bergerak selari dengan tuntutan masa? sama seperti bola, bola sepak dunia telah banyak berubah dunia tempatan sama macam politik masih di takuk lama, kalau pun tidak mengundur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 7:54 PM

pencacai2 pas itu MUNAFIK. itu je komen aku

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 8:33 PM

Typical tun mahathir diverting the focus to something or someone else. Lesser evil DOES NOT make it right. Korang layan le orang tua tu, menang sorak, kampung tergadai. Pi la buat research tentang mokhzani dengan kencana. Jgn dengar cakap org kan, jadi pegi buat cross reference camner company ciner HL di sg buloh (besar bengkel) je dulu, sekrg dah jadi international level company and being public listed. Tolong melayu konon, kau piker HL tu bole naik ke kalau takde Mokhzani?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 8:47 PM

Ni nak tambah lagi cik Din. Baca balik ayat tun mahathir bullet point 14, 15 dan 16. Kau kan pengulas, tak nampak ke dia nak memutar belitkan fakta. Mirzan beli saham San Miguel, camner dia bole berenti? Petron plak memang San Miguel punya - tak caya pergi research .... dua dua dari philiphine. Pasal mirzan le san miguel dpt beli exxon mobil. Kau ingat senang2 je bole beli company minyak gitu without government interference or possibly assurance? And San Miguel started its business in Philiphine selling bir. No doubt about it. Imagine kalau Carlsberg jual minyakpetrol, kau nak pergi isi minyak kete kau kat situ?

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 8:50 PM

@Anonymousapahal orang lain pulak nak disuruh buat research ? Orang yang menuduh seharusnya sudah punya info lengkap sebelum buat tuduhan ... tak gitu ?

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 8:56 PM

@AnonymousMirzan tu ahli politik Umno / pemimpin mewakili kerajaan ke ? Saudara banyak tuduh2 ni ada ke bukti ?

kalau ada, boleh emel ke dan saya akan siarkan biar semua boleh kaji dan komen.

Main tuduh2 secara umum begitu BUKAN cara saya.

Lagi satu, baguslah kalau semua orang support Petronas kan :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 9:47 PM

Ok lah. I think I owe you some proofs. But I still feel, cik Din is right person to do all this research, especially when you have to spend a lot of time in front of your PC to analyse and read between the lines:

http://www.forbes.com/2009/11/27/top-frontier-san-miguel-stake-deal-markets-equities-philippines.html

Ni bagi mukadimah dulu, siapa yg beli share San Miguel tu - Q-Tech Alliance Holdings. Who is inside? Roberto Ongpin and Eric Recto among the few. Mana Mirzan? ....

http://www.abs-cbnnews.com/business/04/26/10/mahathir-quits-san-miguel-board-0

Nampak dia tulis Mahathir (main nama bapak tapi referring to Mirzan le tu) was one of the incorporators ... bla bla. Mirzan makan gaji ka kalau dia salah seorang yg tubuhkan company tu?

http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/ZANRON/Article/

Yang ni plak, classic example how they are hiding the paper trail, at least to lazy people who doesnt want to do research ... tunggu spoon feed. I dont own the shares of Company A, the other company (say Company B) is ... tapi belakang i own the share of Company C who owns some share in B. What the heck man?

All the above is on San Miguel, Petron and Exxon Mobil. Oooo lupa, bole tgk San Miguel kat bawah ... mmg bangang punya reference pakai wikipedia je

http://en.wikipedia.org/wiki/San_Miguel_Brewery

Now moving to HL Engineering, company yg dibangunkan di Sg Buloh, ditukar nama ke Kencana HL, sekarang merger dgn Sapura and being public listed - ini lah dia org yg betul2 kerja angkat, potong welding besi

http://www.sapurakencana.com/page/bod_view/8/15

Chong Hin Loon. He is behind the scene, he is running the show .... Mirzan broker je bang .... lebih kurang macam broker beli Exxon Mobil gak cuma this time dia dah ada modal le, hasil tolong HL.

Hidup Melayu


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 9:51 PM

Aku mintak maaf, dah tersalah Mokhzani dgn Mirzan vice versa, maklumlah research dlm sejam ... hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 10:21 PM

@AnonymousSatu soalan jer ..... kenapa perlu saya siasat urusan ANAK Tun Mahathir ?

Kalau saudara boleh buat dalam bentuk artikel supaya mudah orang baca, saya takde masalah nak siarkan.

Tapi kalau beri link dan minta saya faham dan gali dan read between the lines .... biarlah perkaranya betul2 ada kaitan dengan politik dan gempak.

Ni anak Tun Mahathir yang tidak ada kaitan dengan politik .....

Sekarang ni pun saya tak terkejar masa buat sorang2 ...harap faham

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 10:23 PM

@AnonymousTapi jika ada kelapangan, saya akan klik dan baca link2 yang saudara berikan.

Untuk jadikan artikel .... tengoklah apa saya dapat dan kaitannya dengan politik.

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 10:30 PM

@dinturtleTambahan - Kalau saudara boleh berikan bukti sebarang pemberian kontrek itu diberikan semasa Tun Mahathir berkuasa , Ya , itu saya minat nak tahu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 11:25 PM

bro din,

normal dunia business. bukannnya dia pegang sesuatu syarikat secara direct. tetapi melalui pemilikan ke atas sesuatu syarikat yang ada pegangan saham atas syarikat lain tu.

macam syed mokhtar la. orang kata dia control business ni n business ni. tp kita tengok nama dia takde pun dalam syarikat tu. tp dia menguasai syarikat tu melalui saham yang dipegang oleh syarikat lain kepunyaan dia.qtech beli saham san miguel dan lantik mirzan sebagai one of the board. tiada salahnya disitu. kena faham apa fungsi mirzan dibawa masuk. ramai yang tak faham benda ni. yg depa nampak syarikat arak. haram haram haram. san miguel ni diversify kan business dia. dah taknak bergantung kepada beverages semata-mata.

san miguel nak kembangkan lagi sektor oil n gas, telecommunication, developer, shipping etc. tu tugas n fungsi mirzan. bukannya dia masuk situ jadi tukang perah anggur. dia dibawa masuk based on dia punya pengalaman dalam bidaang tu. patutnya kita bangga dia dilantik oleh international company. maknanya mereka percaya pada kemampuan kita. lagipun kat filipina takde umno. bukan sebab kroni.

-gapodio-

pasal petron pulak. ah sambun

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 11:35 PM

Terimakasih atas maklumat gapodio.

Tapi kepada semua saya nak ulangtanya - Apa kaitannya ANAK Tun Mahathir kepada isu politik ? Lainla kalau dia ahli politik juga.

Tun dah jawab, selama mana dia pegang jawatan PM - LAMA TUH ! - tidak ada ahli keluarga nya yang menerima projek atau jawatan melalui kuasanya.

Itu isu utama - salahguna kuasa / kronisma. Ada atau tidak ?

Bagaimana dengan Nik Aziz ? Anwar ? Kit Siang ? Karpal ?

oya, kalau cucu2 Tun dah besar DAN TIDAK terlibat dalam politik, apakah kita juga akan sibuk dengan kehidupan mereka

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2013 at 12:00 AM

@dinturtle

Tun seorang bapa. Sama macam Kim Jong Ill senior, Lim Dap senior, Anwar senior, Nik Aziz senior iaitu bapa-bapa yang ada anak.

Dalam konteks bapa dan anak, hanya bukan manusia dan bukan jugak haiwan yang percaya bahawa bapa-bapa tidak patut beri keistimewaan pada anak-anak mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2013 at 1:01 AM

@dinturtle

Nep ada juga beri kekayaan kepada Alibaba, tetapi Nick Nep Ajis hanya berikan kekayaan kepada Ngah dan Ngeh 100%. Untunglah Ngeh, Nga dan konco-konconya selagi Pok Nick duduk kat kerusi tuh!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2013 at 9:04 AM

salam,

bab fakta ni, para ahli dan penyokong pembangkang mana yang suka. lihat fakta terus pening dan spin terus. bukannya nak kaji dan membuat analisis dulu. kalu para pemimpin mereka sedang meliwat sesama mereka di dalam bilik dan penyokong mereka melihat sendiri aksi tersebut dengan mata sendiri pun belum tentu mereka percaya. mereka mendahulukan parti daripada kebenaran. sayangkan parti hingga sanggup berpisah dengan isteri la. mereka tahu mereka ditipu, tetapi mereka masih lagi mengikut parti tersebut dan menyokong sepenuh jiwa dan raga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2013 at 10:38 AM

cik Din kata ... Tun dah jawab, selama mana dia pegang jawatan PM - LAMA TUH ! - tidak ada ahli keluarga nya yang menerima projek atau jawatan melalui kuasanya

Melayu mudah lupa .... kita lupa bagaimana Konsortium Perkapalan Berhad kena bailout in 1999 by MISC which is owned by Petronas. KPB masa itu milik Mirzan. Pi la check suratkhabar lama.

Tujuan saya mendedahkan semua ini bukannya utk buat comparison dgn pihak pembangkang, siapa lagi teruk, siapa lagi dahsyat. Lagipun org Melayu kat Malaysia memang pelik, ada yg boleh berzina tapi tak minum arak - kata dia benda masuk tak boleh, benda keluar ok. Ada yg boleh riba/rasuah tapi meliwat/berzina pantang, langkah mayat dulu, walhal riba dan rasuah itu lagi dahsyat dari zina. Dah memang pelik org Melayu Malaysia, jadi bukannya tujuan saya menegakkan benang yg basah.

Kita tengah discuss pendedahan dan ucapan Tun Mahathir, dan saya cuba menunjukkan betapa cunningnya dia dalam memutarbelitkan fakta .... itu aje. Bukan ke itu yg selama ini cik Din buat dgn ucapan2 org PAS dan pembangkang. Kadang2 cik Din tembak juga menteri2 BN, jadi fairlah kan. Yang pi equate dgn Nik Aziz lah, Karpal lah, Lim Dap la, Anwar liwat lah buat pe. Lari topik wehhhh.

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2013 at 11:41 AM

"kita lupa bagaimana Konsortium Perkapalan Berhad kena bailout in 1999 by MISC which is owned by Petronas. KPB masa itu milik Mirzan. Pi la check suratkhabar lama."

Seperti kata saya, yang ini ok sebab tahun itu Tun masih PM. Tapi ayat saudara bercanggah - owned by Petronas , milik Mirzan ? Takper, nanti ada masa saya cek.

Kitsiang, Anwar semua tu tak lari topik sebab mereka yang tuduh Tun amal kronisma, Nepotisma .... jadi sebagai perbandingan, siapa yang amalkan Nepotisma ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2013 at 4:03 PM

YANG PASTI, KARPAL, KIT SIANG, ANWAR, NIK AZIZ SEKARANG INI DAH TERANG2 ANAK BERANAK DALAM POLITIK. ITU APA? TAKKAN MACAI2 PR PURA2 TAK NAMPAK?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 6:47 PM

Imagine kalau Carlsberg jual minyakpetrol, kau nak pergi isi minyak kete kau kat situ?

eleh..mcm la org pas xde gi genting theme park..walhal tau dah genting pun ade kasino..
pirahh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2013 at 9:20 AM

Nampak sgt semua kurang bijak belaka kat sini. SENANG DITIPU. List bagai tu semua, kite yg buat dia. No wonder la kalo nk tipu pun boleh buat.

Post a Comment