........... Setelah DEB DiHapuskan, Harta Ku Adalah HartaMu Jua, Kita Malaysian Malaysia ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Setelah DEB DiHapuskan, Harta Ku Adalah HartaMu Jua, Kita Malaysian Malaysia !

Thursday, February 28, 201310comments


Sejak pemimpin2 Melayu melihat menjadi Melayu Liberal adalah mengikut trend terkini, makin ramailah berebut2 bertanding sesama sendiri untuk menjadi Melayu yang PALING LIBERAL. Sebanyak mana hak Melayu mahu dilepaskan, secepat mana dasar2 afirmatif boleh dihapuskan ....Siapa paling banyak dan paling cepat akan menjadi JUARA !

Kenapa yang boleh sampai jadi begini ? Adakah pemimpin2 ini sudah yakin yang orang Melayu sudah berjaya mencapai sasaran yang diharapkan melalui DEB sehingga merasakan orang Melayu sudah tidak perlu lagi sebarang dasar afirmatif memayungi perjalanan seterusnya ?

Apakah mereka melihat orang Melayu sudah mampu untuk bersaing dengan kaum lain ?

Kenyataan Rafizi yang mengatakan PR akan hapuskan dasar2 DEB buat saya tertanya2 apakah yang ada dalam kepala otak beliau dan Melayu2 yang ada dalam PR. KLiK

Mungkinkah angka pemilikan harta oleh orang Melayu sebanyak 22% seperti yang diumumkan Najib tahun lepas membuat mereka ini jadi begitu konfiden untuk menghapuskan terus DEB ?

Bagaimana kalau angka itu cuma sekitar 10% saja, apakah mereka ini masih sanggup menghapuska DEB demi menagih undi bukan Melayu ?

Saya sudah banyak kali menulis tentang perkara ini, malah Tun Mahathir juga pernah bertanyakan hal yang sama - Dari angka 22% itu, berapa banyakkah yang sebenarnya dimiliki oleh orang Melayu dan berapa % pula oleh GLC. KLiK

Ya, pemilikan NYATA dengan pemilikan TEORI. Saya tidak mahu melihat orang Melayu terbuai dengan kenyakinan yang hanya bersandarkan TEORI.

GLC ADALAH MILIK KERAJAAN, selama ini kita diberikan persepsi yang milik kerajaan itu @ GLC adalah milik orang Melayu. Saya ingin bertanya satu soalan yang amat penting untuk kita sama2 renungkan -

Bagaimana kalau kerajaan kita nanti TIDAK LAGI DIDOMINASIKAN OLEH ORANG MELAYU dimana kuasa dan pengaruh sebagai kerajaan diKONGSI SAMARATA dengan kaum bukan Melayu ? Ketika itu apakah harta milik GLC masih lagi akan dianggap sebagai milik orang Melayu ? 

Ketika itu peratus pemilikan harta negara oleh orang Melayu bukan lagi 22% , yang tinggal cuma pemilikan NYATA .... 10 % ? Atau mungkin saja lebih rendah dari itu ....

Tidak mustahil GLC2 yang ada sekarang akan dijual dan pastinya pembeli adalah bukan Melayu. Bukan saja memadamkan angka 22% itu tapi juga nasib ribuan orang Melayu yang bekerja dengan GLC2 akan terjejas. Jangan lupa kontrektor2 Melayu yang mendapat keistimewaan melalui dasar2 afirmatif DEB .... bagaimana pula dngan ribuan orang Melayu yang bekerja dengan mereka ?

Semuanya akan dinilai melalui MERITOKRASI SEPENUHNYA ..... anda yakin kita sudah bersedia ? Anda yakin mereka yang berada dipihak bukan Melayu akan ikut sama berlaku adil kepada orang Melayu dalam sebarang urusan mereka kelak ?

Makanya saya bertanya lagi, dari mana datangnya kenyakinan yang orang Melayu sudah bersedia untuk bersaing dipadang yang masih tidak rata ?

Munkin saja pemimpin2 Melayu sekarang sudah begitu yakin yang kaum bukan Melayu yang begitu jauh dihadapan, ketika itu akan membantu orang Melayu, berkongsi pengetahuan dan tiada lagi diskriminasi ..... 

Oya, waktu itu kita semua sudah sama .... sudah menjadi Malaysian Malaysia, jadi tidak timbul lagi soal perkauman. Semuanya sudah menjadi MILIK BERSAMA ..... cuma persoalannya, apakah Milik Bersama itu berbentuk MILIK NYATA / MUTLAK atau MILIK TEORI.

Tidak ada bezanya Malaysian Malaysia berbangsa Melayu yang hidup merempat dipinggir bandar dan kampung2 dengan Malaysian Malaysia yang bukan Melayu yang hidup mewah dibandar2. Semuanya MILIK BERSAMA. 

Hartaku adalah Hartamu jua, kita sama-sama Malaysian Malaysia .. tapi tengok jer, jangan pegang !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2013 at 8:46 AM

salam,

ada dengar ceramah berkenaan melayu. menaikkan kembali semangat melayu. dah lama tak ada sesuatu yang mampu menaikkan semangat selepas TDM bersara. ni baru la rasa semangat sikit. masa tengok pau dan dengar ahli berhujah, tak naik semangat pun walaupun pemimpin yang berhujah. lepas ni kena bagi ruang kat TDM berceramah masa pau agar semangat dan ahli mendapat maklumat lebih sikit.

dalam sesuatu bangsa tu memang ada yang gila kuasa. mereka sanggup jual apa sahaja termasuk dubur sendiri agar mendapat tempat dan kuasa. kalu zaman dahulu, orang macam ni dah kena bunuh sebab membahayakan masyarakat. tapi zaman sekarang semua ini hak sama rata. orang yang lupa asalnya, lupa keturunan, lupa daratan. tak kisah nak jual apa pun asalkan aku berjaya. dia tak tahu nak membina itu mengambil masa lama. nak runtuh sekejap jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2013 at 10:35 AM

Black jadi warga AS dah berkurun lamanya. AS negara paling liberal. Dalam negara paling liberal, tidak ada siapa yang akan bantu dan beri tunjuk ajar apatah lagi berkongsi kekayaan dengan Black. Semua akan amalkan sikap enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2013 at 11:09 AM

Apa yang ada di PP menunjukkan dasar ekonomi pembangkang telah pun bermula dan apa yang ada di Datum Jelatek adalah contoh dasar ekonomi liberal (meminggirkan kaum majoriti dari pemilikan hartanah) telah juga bermula. Justeru apa yang Rafizi kata tentang Deb hanyalah bersifat akademik semata-mata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2013 at 11:33 AM

Mampu atau tidak, boleh atau tidak. Sama ada sudah kaya atau miskin hak keistimewaan ini adalah dijanjikan dr nenek moyang kitasetelah bermati matian menentang menuntut kemerdekaan dan dijamin dlm perlembagaan. Inilah perjuangan mereka utk generasi mereka masa hadapan.

Melainkan mereka menipu ketika menerima kewarganegaraan dahulu maka tidak ada sebab mereka mahu demand secara melampau. Hak kami dijamin dgn tidak menzalimi mana2 pihak.

Hak kami dijamin adalah juga berteraskan prinsip. Islam.

Mampu atau tidak. Itu kekal. Kalau pemimpin semua berebut utk menjadi liberal maka mereka langsung tidak sejarah dan keadilian mengikut prinsip islam.



Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
February 28, 2013 at 1:40 PM

Din, bagaimana pulak dengan 'tanah rezab melayu' bila PR perintah, ia akan jadi 'tanah rezab Malaysia'. saya rasa tanah rezab ini masih ada lebih dari 70% keluasan keseluruhan tanah di malaysia... akan dibagi sama rata dgn cina dan india.... silap-2 akan dibahagi kpd cina sahaja (macam yg nik aziz buat), sebab katanya melayu dah lama ada tanah, bagilah pulak kat cina. masa tu akan berairmata darahlah melayu (termasuk penyokong PKR dan PAS).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2013 at 5:38 PM

Sdra Din,
Well said.
Tentang Melayu Liberal ni, depa ni yg saya tak faham. Klu depa politician, i can understand where they are coming from. It's in their nature to say what people want to hear. Nak menang undi kan.
Saya bnyk jumpa Melayu yg cool dgn apa2 isu. Kalimah Allah? Cool, tak pe. Hapus DEB? ok cool.
Mereka ni tak nampak lagi ke?
I guess that makes me Melayu Kolot.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2013 at 6:46 PM

Camne gambar PM yang sorang tu boleh lebih besar dari yang lain kat banner atas? Sumbangannya apa? Sikap kurang ajar bangsa lain bermula di waktu pemerintahannya kerana terlalu lembut dan memberi muka... Sekarang nak baiki lubang tak semudah disangka...

DJO

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2013 at 8:12 AM

selagi ada melayu bo+%h dan taasub tak kenal tempat, selagi ada melayu tamak dan rasuah, selagi ada melayu liberal, selagi ada melayu gila kuasa, selagi ada melayu penjual agama..dan selagi pemimpin2 melayu terus2an lembik dan dicucuk hidung..selagi itulah melayu akan terus layu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2013 at 12:09 PM

Salam Din,

DEB tidak semestinya dilihat dari perspektif pembahagian kek ekonomi sahaja, tetapi lebih kepada mewujudkan kaum bumiputra yg mampu berdaya saing dgn kaum lain.

Utk ke arah itu, at the infant stage of DEB the bumis were sent to western countries to gain knowledge, education and technical expertise. Quata IPT juga adalah dasar DEB.

Kesannya pada hari ini, DEB melahirkan ramai middle class bumis.

Tak perlu kita lihat jauh utk membuat social comparison theory mengenai kejayaan DEB. Lihat sahaja pada jiran seberang, kaum perbumi masih tertekan dan dalam kesempitan.

Nizar Jamaluddin juga adalah product, namun Nizar is suffering from amnesia after becoming Ngeh's and Nga's kaldai.

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2013 at 12:58 PM

@AnonymousYa, betul tu.Tapi perlu juga dilihat isu dalam konteks apa, siapa audiens.

Saya sering cuba meringkaskan topik perbincangan supaya tidak terlalu berat. Kalau berat sangat, pembaca akan lari :)

Post a Comment