........... Sejarah Melayu Berulang ....dan terus berulang ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sejarah Melayu Berulang ....dan terus berulang ...

Tuesday, February 26, 201314comments

Ingat lagi dalam artikel mengenai kunjungan Najib dan Anwar ke rumah terbuka Raya Cina Dong Zhong 10 hari lalu - KLiK - bilamana ada cubaan memenangkan pemimpin masing2 oleh pro Pr dan pro BN konon Dong Zhong LEBIH memberi sambutan kepada pemimpin mereka, saya tulis -

MANA ADA MENANG BEB ! DUA-DUA PUN KALAH !

Sebelum ini setiap kali saya menulis berkaitan isu Sekolah cina @ Dong Zhong, kekadang tu akan muncullah pengomen bernama Anon cuba memenangkan pihak Pas konon mereka tidak sokong sekolah cina.

Nah, dalam Manifesto PR yang baru dilancarkan semalam - 

Dalam teras ini juga, PR akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) atau UEC bagi tujuan kemasukan institusi pendidikan tinggi dan kelayakan bagi tujuan permohonan kerja. Sinar

Nampaknya demi menagih sokongan orang cina, Najib pun terpaksalah mengiktiraf juga UEC .....

Bertahun-tahun main tarik tali dengan kerajaan, akhirnya sempena PRU13, salah satu misi UTAMA Dong Zhong akan tercapai juga akhirnya ....

Semuanya akibat cara permainan Politik Orang Melayu yang sanggup menggadai APASAJA demi Kuasa Politik.

Balik kepada Raya Cina dulu - SIAPA MENANG ?

PS - Hari tu saya sengaja tak tulis benda ni - Sebenarnya amat menyedihkan dan amat memalukan bilamana orang Melayu BEREBUT-BEREBUT untuk BERBANGGA dengan sambutan yang diberikan Dong Zhong kepada pemimpin Melayu.

Sampai ketahap begitu orang Melayu sekarang ........

Kalau kita masih ingat sejarah yang dipelajari waktu sekolah dulu, memang begitulah sikap kita orang Melayu dalam soal KUASA. Tidak hairanlah pembesar2 Melayu dulu begitu mudah menyerah hak kepada bangsa asing .... kerana apa ? Kerana berebutkan kuasa SESAMA MELAYU. 

Sejarah berulang ...... dan terus berulang sehingga ...... ?

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2013 at 9:25 PM

Adakah rakyat benar benar bersedia dengan PRU 13 ini.Meskipun dengan berbagai isu yang telah di tonjolkan kepada umum. Kedua dua pihak sekarang di penghujung perang cyber dan " saiko " yang sungguh rancak.


http://relaxkedaikopi.blogspot.com/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2013 at 10:18 PM

Memang stressed tengok keadaan pemimpin Melayu yang ada sekarang. Dia orang ni macam hilang akal bila berhadapan dengan orang Cina. Patut ada subjek kat sekolah untuk mengajar Melayu macamana nak berhadapan dengan Cina. Nampak sangat mereka ni hanya menjaga periuk nasi mereka sendiri berbanding dengan majoriti masyarakat Melayu yang ada. Sebab tu Melayu tak akan boleh menjadi dominan, baik dalam syarikat, negara, dll. Pentingkan diri sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
February 26, 2013 at 10:54 PM

Saudara Din

Saya selalu katakan dan saya katakan lagi, "orang melayu bepolitik bebuih-buih mulut ,orang Cina bepolitik pakai akal dan strategi" bagi menjayakan tujuan mereka.

Orang Melayu walaupon celik tapi buta penglihatan, orang Cina yang nampak sepet tetapi mempunyi penglihatan yang lebih baiak.

Mungkin dah Nasib Melayu begitu kot ?.

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2013 at 11:10 PM

Org melayu yg menbodek cina,agak2 klw btanding kawasan majoriti cina boleh menang x?klw lawan cina...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 1:44 AM

Utk pengetahuan semua, kalau ikut "entry requirement" baru dari MOHE/MQA memang depa dah masuk UEC sebagai salah satu sijil yg boleh diguna utk memohon ke mana mana universiti/kolej!!
Depa ni memang hati kecik takut sangat dengan KKK nih!! Hamjad tul!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 1:53 AM

calon-calon presiden AS tiada yang berbangsa yahudi tetapi calon-calon berkenaan (termasuk Pak Hussien)akan menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Z ion sebagai satu 'ritual' rutin wajib!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 2:02 AM

kalau tidak ada larangan berkempen dalam premis ibadat, kemungkinannya ialah apek berbaju melayu dan nyonya berbaju kurung akan jadikan kunjungan ke premis berkenaan sebagai acara rutin wajib apabila memasuki ambang PRU!

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2013 at 2:39 AM

@AnonymousBukan cina yang menjadi masalah utama tapi diri kita sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2013 at 2:40 AM

@terjuntirukkalau lawan cina buta boleh kot :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 9:02 AM

salam,

sekarang mana ada yang nak bela melayu. semua pemimpin pakat nak bela yang didahulukan dan diutamakan 1 malaysia. tak payah nak menafikan,daripada umno, pas dan pemimpin melayu pkr, semua dok harap kat undi bangsa itu la. biar la mati apa pun, aku tak kisah. janji power yang aku dapat.

baru jer berbual dengan sorang kawan bukan melayu. menurutnya, ramai orang muda akan sokong pakatan kerana fed up dengan kerajaan sekarang. bila ditanya kenapa, jawapan banyak pada fitnah yang telah dilemparkan iaitu tiada jawapan yang tepat dan tidak jelas. tak pasti adakah golongan muda cina memang mengharapkan bahasa cina diutamakan untuk mereka bekerja di pejabat kerajaan..

mungkin satu hari nanti akan ada 2 3 kaunter. iaitu kaunter untuk bangsa di jabatan kerajaan kerana perlu melayan rakyat malaysia yang tak tahu berbahasa kebangsaan. masa tu mungkin dah mati para pejuang bahasa melayu yang dok sokong pakatan. tu yang mereka minta lulus untuk bahasa mereka tanpa perlu menggunakan bahasa kebangsaan. ramai pulak melayu yang sokong. memang rasa nak maki hamun jer melayu tu.

patutnya rakyat yang berusia kurang 50 tahun dah fasih sangat berbahasa kebangsaan. tapi dah nak tonjolkan diri tu adalah pendatang dan mengutamakan ibunda kat negara luar, maka kebangsaan yang ada di malaysia diabaikan. moda Allah merahmati dan membuka pintu hati kita untuk terus kekal aman dan tidak bergaduh sesama kaum.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 11:01 AM

Lain-lain NGO perlu contohi kesungguhan DZ kerana berusaha memberikan peluang sama rata dalam sektor awam.

Bagaimana dengan sektor swasta?

Apakah tidak ada NGO yang mahu berusaha agar sektor swasta memberikan tempat sama rata tanpa dipengaruhi oleh warna kulit dan budaya?

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2013 at 12:54 PM

@Anonymoussaya pernah baca usul kaunter khas untuk yang tidak pandai berbahasa kebangsaaan dari pemimpin Melayu. Ada saya tulis, malas nak cari :)

Dan polis yang jaga kaunter digalakkan belajar bahasa kedua dan ketiga supaya senang berurusan dengan rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2013 at 12:57 PM

@AnonymousBetul tu, atas dasar SAMARATA kenapa Dong zhong dan Dap dan yang sewaktu, tidak mahu tuntut yang sama dari sektor swasta ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 2:33 PM

@dinturtle

Dap adalah parti dominasi satu kaum, makanya logiklah kalau mereka mempertahankan penguasaan kaum berkenaan dalam sektor swasta.

Dap bukan Pas yang tidak mampu pertahankan apa-apa hinggakan 'slogan negara Isle' boleh tercicir, malah Dap lantang melaung-laungkan bahawa mereka akan bela Islam asalkan diberikan kuasa!

Terbalok kot

Post a Comment