........... Perlembagaan Negara Sekadar Hiasan, Tak Ikut / Tak Hormat Pun Takper... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perlembagaan Negara Sekadar Hiasan, Tak Ikut / Tak Hormat Pun Takper...

Friday, February 8, 201310comments

Membaca artikel Happy Chinese New Year ! di blog Lim Guan Eng, saya terpanggil nak komen satu perkara, bukan tentang apa yang ditulis tapi mengenai peranan dan nilai Bahasa Kebangsaan kita. 

Artikel itu hanya ditulis dalam omputeh dan bahasa cina. Dimana versi Bahasa Malaysia ? Dimana letaknya apa yang didakwa sebagai sikap menghormati dan menjunjung kedudukan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia ?

Kenapa tidak ada versi Bahasa Malaysia ? Adakah kerana ia berkenaan Perayaan HariRaya Cina dan ditujukan khas buat kaum cina maka Lim Guan Eng @ kerajaan Dap PP merasakan tidak perlu versi Bahasa Malaysia ?

Saya rasa tidak perlu saya berhujah panjang, tapi ini jelas menunjukkan betapa hinanya kedudukan Bahasa Kebangsaan negara pada mata pemimpin2 Dap PP.

Kalau alasan yang diberikan adalah tidak ramai orang cina yang faham sepenuhnya Bahasa Malaysia ..... hmmmm ... bunyinya saja dah janggal. Sebab ia boleh juga dibaca sebagai - tidak ramai rakyat Malaysia yang faham Bahasa Kebangsaan Negara mereka !

Alasan yang sama diberikan oleh pemimpin2 cina berpuluh tahun dulu ..... dan masih digunapakai sekarang setelah berpuluh tahun berlalu .... dan mungkin akan diberikan lagi alasan sama berpuluh tahun akan datang .... TIDAK ADA SIAPAKAH YANG MELIHAT SECARA SERIUS PERKARA INI ?

Sekadar cakap dimulut saja - kami menghormati kedudukan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan Negara, tapi dari segi tindakan apakah benar bagai dikata ?

Kalau akujanji berkaitan Bahasa Kebangsaan boleh diperlekehkan, salahkah kalau kita juga mempertikaikan akujanji sama dari mereka yang kononnya turut menghormati hak-hak istimewa Bumiputera ? Atau itu pun sekadar ucapan dimulut saja ?

Hairan bagaimana orang Melayu dalam PR terutamanya orang Pas bukan saja boleh percaya kepada cina Dap, malah turut mempertahankan perjuangan Dap .... padahal terang2 depan mata pengkhianatan sebegini berlaku. 

Atau orang Pas pun ikut sama cara Dap iaitu ...janji mulut saja ?

PS - Kedudukan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan termaktub dalam Perlembagaan, terkunci kemas, digenggam rapat - tapi rakyat dan pemimpin bebas untuk memperlekehkan kedudukan itu ? 

hmmm teringat kata2 seorang pemimpin itu - hak bumiputera sudah terkunci rapat, kemas dalam Perlembagaan. hehehehe ..... kalau mengambil contoh bagaimana KEMAS dan RAPAT Perlembagaan menjaga kedudukan Bahasa Kebangsaan, maaf saya katakan, tapi nampaknya ramai rakyat Malaysia TIDAK HORMAT pada Perlembagaan Negaranya sendiri ! 

Dan mungkin komen mereka yang dipertanggungjawabkan dalam hal sebegini - Biar jelah .....

PS2 - Pencabulan sama turut dilakukan oleh ramai pihak, tidak terhad pada Dap saja :) cuma contoh jer. Point utama saya - Sampai bila Bahasa Kebangsaan dan apasaja yang termaktub dalam Perlembagaan boleh diperlekehkan begitu saja ? Tidak adakah undang2 yang boleh memastikan Perlembagaan dihormati dan ikuti ? 

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 8, 2013 at 4:06 PM

kalau dah namanya cina...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2013 at 6:26 PM

najib kata xpe boleh guna, baru 1malaisia


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2013 at 7:59 PM

Di TV, CEO Melayu lah yang paling ramai tak tahu cakap Melayu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2013 at 9:09 PM

Well,kalo dia tulis bm pun saya tak nak baca. Buang masa dan tenaga jer. *!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
February 8, 2013 at 9:58 PM

Sampai bila Bahasa Kebangsaan dan apasaja yang termaktub dalam Perlembagaan boleh diperlekehkan begitu saja ?

sampai perlembagaan yang ada di dunapakai dan tidak lagi hanya disimpan kemas dalam peti berkunci.

Tidak adakah undang2 yang boleh memastikan Perlembagaan dihormati dan ikuti ?

ada tetapi tidak dilaksanakan takut kalau kalau hilang undi Cina.

mungkin saya tidak akan jumpa, tetapi bagi mereka mereka yang masih muda, insya allah akan berjumpa dimana orang orang Melayu akan hilang kedaulatan bahasa mereka sendiri memmandangkan sekolah sekolah Cina yang sudah terbina dan akan terus menerus dibina. bahasa mereka sudah pun mendapat hak dan pengitirafan dan mereka akan terus menerus memburu untuk menyama tarafkan dengan bahasa kebangsaan.

selagi Malaysia beluam lagi mendapat pemimpin yang benar benar Melayu yang bersemangat Melayu dan mempertahan serta memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu, selagi itulah orang orang Cina akan memperkemaskan kelengkapan untuk terus berjuang menuntut kesamarataan.

....................
Reply To This Comment ...................
February 8, 2013 at 11:51 PM

@انتارا_كيتSEMUAnya hendak dilihat menerusi kacamata politik, itu masalah kita. Sudah tidak ada lagi isu yang boleh dilihat atas dasar kepentingan bersama, atas nama Perpaduan , atas semangat nasionalisma.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2013 at 9:48 AM

salam,

itu la konsep 1malaysia yg diperjuangkan oleh dap. tanpa dap sapa pas yg nak berjuang. tak ada langsung nilai untuk diperjuangkan. umno pun tak takut. tapi bila dah join dap, umno takut pasal pas habis jual kat dap. pemimpin umno pun dah ikut sama dengan menukar nama ah jib gor dan universiti pun dah ada khas untuk cina. memang didahulukan dan diutamakan 1malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2013 at 6:53 PM

Tak membelit tak dinamakan cina!!
Kalau dah nenek moyangnya sebegitu apa yg boleh diharapkan dari anak cucu!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 3:01 PM

Sememangnya pelik, dan pesona apakah berlaku sedekian pada Melayu sebeini. Atau memang mereka ini daripada jenis Melayu penceroboh atau Melayu pencabul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2014 at 3:56 PM

Sikap lepas tangan dan pejam mata terhadap martabat bahasa kebangsaan memang keterlaluan dalam kalangan kepimpinan kita. Soal sebegini penting pun tak berjaya ditangani, betapa naifnya orang kita.

Post a Comment