........... Perkara Yang TIDAK PERNAH Pas Mahu Ceritakan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perkara Yang TIDAK PERNAH Pas Mahu Ceritakan

Monday, February 11, 201311comments


"Yang perlu bagi kita bekerja supaya kita (PAS) boleh memerintah negara. Menang kalah itu kerja Tuhan. Jangan lintas kerja Tuhan. Orang buat kajian ini kadang-kala hendak tunjuk lebih pandai dari Tuhan."

Sebelum itu Hadi ada menerangkan tentang Negara Berkebajikan -

“Kita (ahli PAS) perlu faham tiga konsep ‘Negara Berkebajikan’. Pertama, mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kedua, ekonomi yang mencukupi dan ketika, keamanan dalam negara dan luar negara.

“Ini tiga konsep yang penting bila kita (PAS) hendak tegakkan negara. Barang kali kita tidak sedar kerja kita untuk menang pilihan raya, untuk mendirikan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Hukum Islam yang adil adalah nombor satu yang disenaraikan oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak,”
Harakah


Bla Bla Bla ......

Ya, BLA... BLA .... BLA..... ! Semuanya hanya RETORIKS. Cakap-cakap politik. Undi Pas supaya Pas boleh memerintah negara ?

Tidakkah itu satu pembohongan besar ? Kenapa tidak pernah pemimpin Pas mahu nyatakan dengan jelas akan PERKONGSIAN SAMARATA dalam Pakatan Rakyat ? 

Kenapa Pas tidak pernah mahu mengaku yang Pas tidak punya kuasa dominan dalam PR untuk menentukan dasar dan hala tuju kerajaan PR ?

Kenapa Pas tidak pernah mahu ceritakan bahawa disebalik segala penerangan tentang cara Islam yang mahu dibawa oleh Pas, SEMUANYA masih bergantung kepada persetujuan bersama parti Dap dan Pkr ?

Kalau Dap tidak bersetuju, SEMUAnya bakal dibakulsampahkan. Bukan saja melibatkan dasar2 yang MAHU diperkenalkan, malah termasuk dasar2 yang SUDAH pun dilaksanakan di Kelantan. Dap mampu dan sudahpun buktikan pengaruhnya dalam PR.

Kenapa yang ini pemimpin Pas tidak pernah mahu ceritakan ?

Oya, sekarang semua orang Pas kata Negara Berkebajikan itu SAMA dengan Negara Islam cuma namanya saja lain. Kenapa perlu tukar nama atau DIJENAMAKAN SEMULA kalau ianya SAMA ? Apakah nama ISLAM itu tidak selengkap BERKEBAJIKAN ? 


Apakah BERKEBAJIKAN itu lebih sesuai digunakan untuk menjelaskan konsep sebuah negara Islam dari perkataan ISLAM itu sendiri ?

PS - Apa yang pemimpin Umno kata mahu buat, mereka boleh dan mampu buat, TAPI apa yang pemimpin Pas kata mahu buat, mereka kena minta izin DAP dulu !

PS2 - Seperti yang saya tulis diartikel sebelum yang ini - KLiK , Pas boleh mula dengan mendapatkan persetujuan Dap dan Pkr tentang isu maksiat arak dan judi, nyatakan dengan jelas apakah BEZAnya sekarang dibawah Umno BN dengan sekiranya Pas PR memerintah. Ada BEZA atau tetap SAMA ?

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2013 at 1:07 PM

Pada pendapat saya negara berkebajikan sapertimana yang diperkatakan itu tidak lengkap dan hanya sebahagian saja dari negara Islam. Negara Islam itu sememangnya lengkap dengan segalanya dan mengapa pula perlu dijenamakan semula kepada negara kebajikan jika PAS benar benar perjuangkan Islam. PAS mungkin takut ditempelak oleh rakan kongsinya jika menyebut Islam dan bagaimana kah PAS hendak perjuangkanya jika itu yang dirasakan? PAS mungkin tidur disiang hari kerana bermimpikan bahawa parti itu akan menggantikan UMNO yang lebih dominan didalam BN. PAS lupa jumlah kerusi Parlimen yang akan ditandinginya. Pada saya juga PAS bukan Islam dan ianya hanya sebuah parti yang memperjuangkan nafsu dan menggadaikan Islam. Parti PAS tak ubah saperti siput babi dimana siput dan babi itu adalah identity yang berbeza. Bila kita sebut saja siput babi, kita tak boleh nak katakan siput itu babi dan begitu jugalah dengan babi yang tak boleh dikatakan siput.

Oh ya bang, boleh tak tolong bukakan window berasingan bilamana ada link yang abang berikan? Terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2013 at 1:46 PM

Tak usah mimpi lah nak menegakkan negara Islm jika berada dalam pakatan dgn DAP dan PK.r

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2013 at 2:35 PM

Asalamu'alaikum,

Tumpang tanya admin, kenapa saya menerima pemberitahuan saperti ini :

Could not retrieve the specified page. Please verify correct href was passed in.

Harap dapat berikan saya panduan. Tq

....................
Reply To This Comment ...................
February 11, 2013 at 2:39 PM

Pas mungkin sedang berTAQQiYYAH "Hasanah" demi mendapat kuasa politik, demi ABU.
Menipu untuk mendapat kuasa adalah umpama muslihat dalam perang bagi pas. Islam membolehkan bermuslihat dlm peperangan, cuma pas menggunakan muslihat untuk "berperang" dengan sesama islam, itu yang membezakan pas dari islam sebenar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2013 at 2:56 PM

Jgn perkecilkan ucapan tok guru tu........bila ,enang nnti, semua pemimpin pkr akan dengar cakap tok guru.......sbb tok guru hadi bakal jadiM......Allahu akbr !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2013 at 6:18 PM

UNDI PAS = UNDI DAP HARBI !!!

....................
Reply To This Comment ...................
February 11, 2013 at 7:18 PM

@AnonymousSesiapa boleh bantu ? Saya sendiri blur....

Ada terfikir juga, dengan link yang begitu banyak disebelah, apakah ada kesan pada blog ini ? Terlalu berat ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 11, 2013 at 7:46 PM

bang kenapa link yang diberikan dalam artikel ni bila klik pergi pada window yang sama? biasanya kalau klik pada link yang diberikan akan terbuka window lain. contoh bila KLIK pada Harakah, akan keluar dalam window yang sama juga. lepas tu kena "go back one page". boleh baca tapi susah sikit nak rujuklah bang.

....................
Reply To This Comment ...................
February 11, 2013 at 8:22 PM

@Anonymoussudah diperbaiki,TerimaKasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
February 11, 2013 at 11:59 PM

tuan, blog tuan ada masalah layout ke?artikel best tapi cording bertabur sikit..mohon check

....................
Reply To This Comment ...................
February 12, 2013 at 3:12 AM

@Daeng Seliliapakebenda saudara cakap satu pun saya tak faham sebab saya blur benda ni ! Nanti saya minta rakan yang design check. TerimaKasih !

Post a Comment