........... Pas Perak Terbaik ! Satu Tindakan Luar Kotak .... limau.. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pas Perak Terbaik ! Satu Tindakan Luar Kotak .... limau..

Saturday, February 9, 20137comments


Beraya sakan Pas Perak Raya Cina tahun ni !

IPOH: PAS Perak hari ini telah mengadakan kunjungan mesra ke pejabat- pejabat akhbar Cina sempena perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien itu telah mengunjungi enam pejabat syarikat akhbar iaitu Sin Chew Daily, Guang Ming Daily, Nanyang Siang Pau, The China Press, Kwong Wah Yit Poh dan Oriental Daily.

Kunjungan tidak rasmi itu disambut dengan penuh mesra oleh wartawan serta kakitangan pejabat dan PAS telah memberi buah limau tanda simbolik. -  Harakah


BAGUSlah sekarang Pas dah mula terbuka hati hendak kunjung mengunjung dan bersama2 merayakan perayaan agama lain. Beza sekali dengan Pas zaman 80an dulu. Saling menghormati .... yalah kalau kita nak orang hormat kita, kita juga kena hormat orang lain.... kan ?

Dan Pas Perak sudah kasi UP amalan itu ... bukan saja mereka yang sibuk mengunjungi orang cina tapi mereka juga yang beri buah limau kepada orang cina !

Rasanya staf media cina sendiri terkejut ! Siapa yang beraya ni ?

Orang Cina beri limau sebagai simbolik rezeki murah dan ia menjadi amalan budaya mereka  .... saya tak pasti tanda simbolik Pas pula. Mesti orang Pas akan sindir - Takkan beri hadiah buah limau pun tak boleh ?

Hehehehe ..... boleh, boleh ..... dah alang2 beri limau,kenapa tak beri angpau sekali ? Lagi besar tanda simbolik tu hehehehe.. 

Pas Perak memang TERBAIK ! Satu tindakan yang lahir dari pemikiran luar kotak. Wajar diikuti oleh semua orang. Orang Melayu kunjungi orang Cina masa Raya Cina bawa limau, orang Cina beraya Aidil Fitri ke rumah Melayu bawa lemang, kita ke rumah orang India masa Deepavali bawa muruku.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2013 at 12:52 PM

Luar kotak limau mandeeelinnn..
Klw dgn dap punya la xpa,karpal keluarkan kenyataan kata keputusan dap dan pr tetap,tiada negara islam hudud dan kalimah Allah utk semua. Pas okkan saja. Tp bl dgn umno,pas kata skali dikianati,dl dh umno dh tipu...xkan baik semula.
Sya generasi baru,xtau apa kes umno tipu pas. Mintak tolong din terangkan,sbb klw cari,blog pas kata umno jahat,blog umno kata pas yg jahat. Crita yg sgt bbeza...en din blh tlg crita x?

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2013 at 1:19 PM

@terjuntirukcuba baca - http://dinturtle.blogspot.com/2012/03/kenapa-pas-dipecat-dari-bn-1978-mesti.html

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2013 at 3:50 PM

Mesti orang Pas akan sindir - Takkan beri hadiah buah limau pun tak boleh ?

Ameno whirl yang akan kata begitu, sebab bagi limau kat atas masjid dia cakap gitu.

Hehehehe ..... boleh, boleh ..... dah alang2 beri limau,kenapa tak beri angpau sekali ? Lagi besar tanda simbolik tu hehehehe..

Angpau dah diberi oleh Nik Aziz lebih awal lagi bro tapi pada Ngah dan Ngeh. Angpau yang boleh disimpan atau dimakan beberapa keturunan.

Kalau buat budaya saperti yang dikatakan itu lebih baik lagi, melambangkan 1Malaysia. Oleh itu setiap hari perayaan semua bangsa akan sebok memasak murku, ketupat dan lemang. Kedai kedai arak janganlah pulak tutup takut kalau kalau orang kristian tak dapat apa pulak. Ngah dan Ngeh kena sewakan ladang yang mereka dapat dari Nik Aziz tuh untuk tanam limau pulak untuk diberikan pada Cina.

kalau dah pemikiran diluar kotak "(penalti)", belum tentu lagi masuk gol. jawapnya sememangnya tak boleh pakai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2013 at 4:40 PM

Saya pelik kenapa orang Islam yang terhegeh-hegeh nak berjumpa dan beramas mesra ngan orang bukan Islam. Datang pulak bukan dengan tangan kosong. Bawak orenlah....bawak keklah....opppsss....hehehe

Apa yang saya nampak pas berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati bukan Islam. Saya cuma mengharapkan mereka berniat baik dan tidak mempunyai sebarang agenda politik. Namun, sukar sama sekali untuk kita menafikan bahawa unsur politik tetap ada. Sebagai contoh, gambar makan kek bersama-sama Karpal disebarluaskan bertujuan untuk memberitahu umum bahawa pas dan dap dah setel pasal isu kalimah Allah. Akhirnya kantoi apabila Karpal sendiri yang menafikan perkara berkenaan. Bila dah tersepit mulalah pas menyalahkan umno.

Saya sebenarnya cukup rimas dengan pas. Sepanjang masa asyik nak berpolitik saja. Tak kira siang malam mesti sentuh bab politik. Bila masa pas nak membincangkan masa depan dan ekonomi orang-orang Islam pulak. Politik tu wajib ke? Saya rasa memang patut pun politik dan agama disukukan supaya orang pas tak berpolitik sepanjang masa sehingga mengabaikan perkara yang lebih mustahak daripada politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2013 at 5:47 PM

bagi kotak limau kat pasar jual babi bila pas nak buat lagi. Kan sekarang mereka dah liberal...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2013 at 7:41 PM

good point din! as ever!
-aldan.

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2013 at 11:44 PM

Trima kasih,dh baca. Lebih kurang dgn apa yg ayah saya ckp,cuma lebih detail.
Tringin gak dgr apa dr pihak pas,sbb diorg cuma ckp umno belot,mkn kwn mcm2 lg.cuma mcm mn tu yg nk tau,xdak huraian dr pihak pas.klw pnh baca tlg bg link.
Kira nik aziz dr dl la xsuka umno,kerajaan perpaduan...bkn sbb penah kena cerai...hmmm

Post a Comment