........... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Monday, February 25, 201323comments

Pagi ni saya nak bersentimental ... personal sikit. Sengaja saya tak letak tajuk

Saya nak recap sedikit what this blog is all about. Ramai yang tidak dapat menangkap maksud disebalik cara penulisan saya yang agak lain sedikit dari bloggers lain. 

Asalnya saya menulis hanya untuk meluahkan pandangan peribadi berkaitan isu2 politik negara dengan tumpuan lebih kepada aspek bangsa. Makanya saya pilih tagline - Parti Melayu. Ia bukan merujuk kepada mana2 parti politik tapi kepada bangsa Melayu.

Saya melihat setiap isu dari sudut kepentingan bangsa Melayu. Saya akui perkara ini subjektif. Ia banyak bergantung kepada niat seseorang. Seorang pemimpin yang sering kita nampak tunduk dan bodek kaum lain tidak semestinya menunjukkan dia sanggup menjual maruah bangsanya demi kepentingan survival politiknya sendiri.

Baginya mungkin itu cara yang terbaik, melihat kepada keadaan semasa, bagi memperjuangkan bangsanya. Dan mungkin juga benar disebalik alasan2 itu, dia sebenarnya lebih mementingkan nasib dirinya sendiri. Tapi waktu sama, mungkin dia jenis yang perasan kononnya nasib dirinya adalah sinonim dengan nasib bangsa juga, selamat dirinya maka selamatlah juga bangsa ! 

Last2, bergantung kepada niat juga ... Cara siapa yang betul ? Matlamat menghalalkan cara ?

Entahlah ..... serabut kalau memikirkannya. Jadi paling senang, saya tulis mengikut cara saya sendiri. 

Tapi ia tidak semudah itu juga. Dalam politik kita kena pilih which side you on. BN atau PR ? Black or White ? Kelabu bukan pilihan. Dalam minda pembaca, dia akan buat penilaian sendiri bergantung pada apa yang dibacanya .... pro BN atau pro PR. 

Tidak ada yang ditengah. Walaupun blogger itu mengaku sebagai orang tengah yang tidak berpihak, tapi pembaca tetap akan menilainya samada pro BN atau pro PR. 

Paling2 pun, orang tengah yang condong kearah satu parti hahahahaha...... Maknanya tidak ada siapa pun yang sebenarnya orang tengah atau atas pagar dalam ertikata sebenar KECUALI DIRI KITA SENDIRI. 

Sebab cara penilaian itu juga tidak sama antara manusia. Kita suka melihat diri sendiri sebagai UNIK, tidak sama dengan orang lain. Orang lain juga akan menilai kita sebagai berpihak walaupun kita dakwa sebagai tidak berpihak. Hanya kita yang dapat menilai diri sendiri secara tepat.

Senang cerita, SEMUA orang lain berpihak kecuali dirinya sendiri dan SEMUA orang pun berfikir begitu hahahaha....

RAMAI sebenarnya yang merasakan dirinya sebagai mewakili atas pagar. Mereka tidak mahu dilabel sebagai pro mana2 parti. Mereka mahu mengekalkan identiti bebas itu, tidak mahu dikongkong dek label. Mereka merasakan mereka lain dari orang lain. 

Sebenarnya dalam politik ni, yang betul2 atas pagar cuma SATU ORANG jer iaitu diri kita sendiri ! 

Dan satu orang ini akan melilau mencari port yang dirasakan sesuai dengan keunikan yang dimilikinya. Tidak akan dijumpai yang betul2 serasi sebab tidak ada yang seunik dirinya tapi sekurang2nya yang dapat mengimbangi keunikan dirinya pun jadilah.

Jadi yang atas pagar tapi pro Pas akan lebih kearah blog pro Pas dan yang atas pagar pro BN akan merapati blog pro BN hahahahaha ....

Bagi saya untuk menilai apakah kita atas pagar atau tidak cuma satu - apakah kita sanggup mengkritik kedua belah pihak ? Ramai yang berpendirian sama. Dan kepada golongan inilah saya cuba sediakan port itu.

Malangnya hampir tidak ada pemimpin yang dapat baca, faham dan hargai perkara ini. Mereka semua hanya mahukan penyokong. Yang mengkritik tidak dikira sebagai penyokong. Penyokong maksudnya menyokong dan begitu juga yang membangkang adalah pembangkang. 

Saya dah mula jadi bengong hahahahahahaha ...

Senang cerita, ada ke tidak yang dapat menghargai peranan yang dimainkan oleh blogger yang perasan sebagai orang tengah sebegini ? Berapa ramai yang boleh menilai satu2 blog secara keseluruhan bukan terhad kepada satu2 artikel ?

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 9:24 AM

hehehe
if you are not with me then you are my enemy - Darth Vader
hahhahahhahahahah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 9:55 AM

salam din,

betul perkara yg ditulis tu, atas pagar maksudnya bukannya sembrono menyokong apa sahaja, krtitik tetap ada kalu tersasar dr falsafah perjuangan sebenarnya iaitu dari rakyat kp rakyat dan utk rakyat.

Kalu nak harap sokong 100% mana mungkin dlm era segalanya mampu kita analisis sendiri(itupun ikut ruang lingkup skema minda sendiri).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 10:13 AM

Apabila dua kem sama kuat makanya peranan orang di tengah jadi bertambah kritikal dan mungkin juga berstatus penentu juara!.

Justeru dalam situasi 50/50, atas pagar harus berfikir lebih dari sekali sebelum membuat keputusan supaya ia adalah keputusan terbaik buat negaranya.

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 10:20 AM

Assalam Bro DT,

luahan perasaan nampak hehe...

dalam sistem demokrasi ni puak yg nak main kotor/tipu akan membuat persepsi yg majoriti rakyat menyokong mereka sebelum pilihanraya bermula untuk justify kemenangan kemuadian hari....

saya rasa saya pengundi atas pagar kot tapi mengharapkan UMNO kekal berkuasa utk PRU 13, PRU 14 kalau ditakdirkan ada lagi mungkin juga saya akan mengharapkan parti lain yg berkuasa bergantung pada keadaan...

hidup tanpa menyokong mana mana parti dan bersatu atas nama agama dan bangsa lagi tenang jiwa rasanya hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 11:18 AM

salam,

sejak membaca blog bro. saya merasakan saya serasi membaca blog bro. kerana kritis dan menganalisis sesuatu perkara. kita bukan ahli politik sepenuh masa dan penyokong sepenuh hati sehingga jiwa dan raga sudah tiada pada kita tetapi ada pada yang disokong. ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju itupun berdasarkan kepada analisis sendiri berdasarkan fakta yang diperolehi. jika fakta salah, mungkin analisis salah, tapi boleh dibaiki dengan cara yang baik.

saya sentiasa menjadikan ucapan dan penulisan TDM sebagai panduan. katanya, kritikan menguatkan parti, pemimpin dan ahli. kita perlu bersedia untuk dikritik. jika takut dikritik dan hanya minta dipuji, ianya melalaikan dan membuat pemimpin lupa. bila dikritik, sentiasa ingat orang hendak merampas tempatnya dan berasa terancam. itu tak berlaku kepada pemimpin yang berjiwa besar. rasanya ah jib gor ada jiwa besar. kritikan dapat membantu pm bekerja lebih baik. hanya orang yang suka membodek terasa terancam dengan kritikan. mungkin bila dah hampir dengan pru13 ni, blogger penyokong tegar dok harap tiada kritikan kerana nak kelihatan hebat dan tiada salah silap. kurang sakit kapla nak mempertahankan boss.

so untuk 50 hari ni, kurang la mengkritik apa yg kerajaan buat. bodek la sikit. habis pru13, kasi hantam balik. kalu boleh tak nak la kapla rasis yg memerintah pemimpin boneka. walaupun dah lari daripada perjuangan asal, tapi masih lagi dalam jalan yang menuju harapan yang sama.

terus menulis mengikut acuan sendiri bikin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 11:27 AM

Din,
Klu nko atas pagar, make sure pagar konkrit. Klu setakat pagar kawat dawai takut jatuh tersembam pulak nanti....
Btw, lately negeri terengganu asyik mendung & hujan jer...

Zack
Air putih kuantan

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 11:46 AM

@Anonymouslepas Najib balik, mendung jer..... hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 12:01 PM

ada sesiapa berminat nak ambilalih jadi dinturtle ? !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 12:15 PM

hahaha bro din....rasanya tak yah la pening-pening fikir pandangan orang... yang mana tak betul bro sebat je.... yang betul, kata betul....hehehe...kalu ada yang ambik alih takut jadi dinpenyu pulak blog ni hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 12:15 PM

@dinturtle

apa sebabnya?

apa syarat layaknya?

ada imbuhan ke?

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 12:20 PM

@AnonymousSyarat layak - Rela berkorban apa saja.

Imbuhan ? hahahahaha ....... mungkin ada akan datang kalau tukar cara menulis

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 2:55 PM

Perkh... x larat beb nk amek tugas dinturtle.hehehe... tapi klau nk lantik admin2 ikut kwsn cam page fb bleh jer.

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 3:29 PM

@Anonymoushehehehe ... kalau sukarela itu dinamakan tugas ....

Kalau boleh tolong sebarkan artikel pun dah lebih dari cukup. Saya bukannya pandai part 'marketing' hehehe.. setakat share di FB yang tak sampai 100 friends je lah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 3:53 PM

@dinturtle

sama-sama tengok berapa ramai warga kita sanggup korbankan Brim/Krim dan Trim semata-mata nak hantar puak-puak sendiri ke putrajaya...he he he

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 5:18 PM

Rela berkorban apa saja? Are you sure? Macam lirik lagu la pulak . Kalau ada org lain ambik alih , saya tak jamin saya akan baca blog politik lagi...*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 6:16 PM

@Anonymouskalau dah set mind pada sesuatu atau err .... kena beri 100%,all the way ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 7:26 PM

Mokcik lame doh dok baca blog Dinturtle.

Mokcik suke cara Dinturtle bawak isu.

Keep up your good work, sir

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 7:58 PM

@koolmokcikZTerimaKasih :) Selagi masih bersemangat ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 8:05 PM

kalau camtu, mgkn aku btl2 atas pagar sebab dua2 pun aku hentam. tp sejak akhir2 ni,jika ikut isu2 semasa,aku lebih byk hentam PR. nampak sangat PR bukan alternatif yang baik untuk menggantikan BN

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 9:28 PM

Salam din,

Masa memula paneh miang ke udara (haha) 2008 dulu kami banyak kritik Paklah, KJ serta pengurusan UMNO/BN. Sebab tu blog pro pembangkang masa tu ramai yang listkan paneh miang di blog mereka dan kami jadi popular agak cepat. Lebih popular dari papagomo yang guna nick gomo ketika itu.

Tapi bila kami mula hantam Anwar...blog pembangkang ada yang dah mula buang kami sikit2 dari list mereka. Dan lepas hantam Pas, Pkr dan DAP secara konsisten...terus mereka cerai kami talak 3. Hehe.

Sekarang pencacai pembangkang ramai yang dah konfius...walaupun kami tetap hantam pembangkang, kami juga turut mengkritik pemimpin UMNO/BN. Kritik pemimpin dan ahli saja...bukannya parti.

Tak taulah pembaca hari ni menilai kami bagaimana...pro ke mana...sebab kami pun kenkadang konfius kami pro mana..haha!!

Yang pasti demi Allah, sejak 2008 hingga kini satu sen habuk pun UMNO/BN tak pernah bayar paneh miang untuk menghentam pembangkang, mahupun menulis untuk menyokong UMNO/BN. Dibayar untuk bantu promosi hari belia adalah. Tapi itupun hanya 2 org saja dikalangan warga paneh miang yang terlibat bantu promosi. Penulis2 lain warga paneh miang tak dibayar apa pun. Jadi pencacai pembangkang yang rajin tuduh kami konon dibayar utk jatuhkan pembangkang, mempromosikan UMNO bla..bla..bla..kami redho jelah. Agaknya mereka ingat kami ni tiada sumber pendapatan lain agaknya...sengkek sangat hingga terpaksa dibayar untuk menulis macam blogger pencacai mereka.

InsyaAllah selagi ada kudrat dan nyawa, serta ilham Allah, kami akan menulis..walaupun selepas pru-13.

Dan ikhlas den cakap ni Din, ekau memang lain dari blogger pengampu yang lain. Hehe. Blogger parti Melayu perlu kekalkan momentumnya. Dan call a spade a spade akan cubo maintain pelan2.

Kritik ko...tak kritik ko..yang ponting hati mau ikhlas...dan ia pasti tak akan jadi kudis. Cuma masa dan generasi akan dtg saja yang layak menentukan benar atau tidaknya kita.

Wallahua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 9:46 PM

@panehSemua orang minat dan nak jadi BATMAN. Tapi berapa ramai yang sedar untuk jadi BATMAN, terlebih dahulu kena jadi macam Bruce Wayne !

Siapalah BATMAN tanpa gadgets ?

Itu CONTOOOOOH jer ....

Jadi blogger semua boleh tapi apakah tulisan kita benar2 beri impak dan ramai baca termasuk pemimpin ? Bagaimana mahu letakkan blog kita sebaris dengan yang lain yang top ranking supaya pemimpin tahu apa yang kita tulis dibaca oleh ramai orang ?

Kalau setakat tulis untuk dibaca oleh sekelompok kecil orang yang sama setiap artikel, tidak akan kemana.

Tanpa sokongan dari mana2 group atau parti, malah sering mengundang kemarahan sesama 'kawan' dek tulisan yang mengguris perasaan bos mereka, bayangkan cabaran nya....

Perjuangan nak diteruskan, perut nak diisi ... habis camno ?

Selama mana boleh bertahan ? Wallahualam ...

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2013 at 4:05 AM

Salam sekali lagi Din,

Den tak pasti macamano impak blog Dinturtle di Ganu, tp di N9 wlpn sekelompok kecil saja yg baca kami, tapi mrk tergolong drpd sekelompok kecil pembuat dasar. Hampir semua ketua bahagian termasuk MBNS kecuali jelebu mmg baca paneh miang. Turut ambil perhatian ialah ptd2 yg menguasai majlis daerah. Malah artikel2 paneh miang turut diprint utk edaran ahli2 UMNO oleh org2 penerangan bahagian UMNO sendiri. Bg kami itu sudah memadai. Sebab itu hampir semua kritikan paneh miang terhadap kerajaan N9 dan UMNO N9 diambil tindakan segera oleh pihak yg menjadi sasaran. Jadi fungsi dan matlamat kami agak berkesan. Cumo bila kami kritik kepimpinan pusat atau negara...itu mmg tak siapa apikkan lah. Sapolah kami nak kritik kabinet utk diberi perhatian, apatah lg diambil tindakan plak tu.

Din, kami xnklah kata yg kami ni dah jadi Bruce Wayne, tp usaha mmg ke arah itu. Utk bg makan pakai keluarga insyaAllah masih mampu kerana masing2 bekerjaya dan punya business sendiri. Cuma kami cuba utk tidak menjadikan menulis di blog sbg satu kerjaya baru tapi sbg salah satu cara luahan hati kami dan suara rakyat bawahan. Sbb tu kami x mampu nak post lbh drpd satu artikel sehari kerana masing2 sibuk dgn kerja. Menulis setakat termampu dan masa terluang.

InsyaAllah jika diberi kesempatan berjumpa, kita boleh cerita panjang Din mcmana nak jadi Bruce Wayne. Haha...

Apa2 pun blog Dinturtle mmg menjadi inspirasi den secara peribadi.Terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2013 at 7:18 AM

@panehHehehehe maaflah kalau ekau teraso, den bukan tuju pada sesiapo statement itu.

Iyo, Paneh punyo impak bosar di Nogori, den tahu sebab ponah bergossip mengonai perkaro itu satu ketika tidok berapo lamo dulu :) TAHNIAH !

Impak den di Ganu ? Hahahahaha den tak main lokal ! Target den nun diatas sokali ..... tapi den akui mungkin tak tercapai laei.... sebab dicantas bahagian tengkuk ... sampai habih dibuangnya link den oleh sipenyembelih2 yang ado hahahahaha....

Kalau di kampung den, pomimpin2 yang ado pun baru seminggu duo ni belajor nak buka internet ! ! Apo nak dikato eh ....

Peace bro !

Post a Comment