........... Nik Aziz - Penerima BR1M Umpama Ayam Lembu ...Adeeh... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nik Aziz - Penerima BR1M Umpama Ayam Lembu ...Adeeh...

Thursday, February 21, 201315comments

Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. - Nik Aziz



Penerima bantuan umpama ‘haiwan’

Adeeeh, sakit palo... Macamano den nak tubek ni ..

KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).

“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 7:18 PM

Cis, ni sah sakit hati punya kes.jeles kot? Tak tpikir ke dia ni, penyokong dia pun ada memohon br1m ni? Pikir dulu sebelum melabel org sebagai lembu or ayam.. Ko ingat ko tu bagus sangat ke? Lainkali pikir guna otak bukannya guna kotak limau!!! Nak kata ko nyanyuk , silap silap aku pulak yg ada dosa nanti..geram la.. *!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2013 at 7:28 PM

@AnonymousEh.... saudara/i ni siapa suka2 pakai nickname orang lain ? !

PCP84 yang saya kenal tak macam ni, dia lembut, suka bergurau, cute-cute gitu ..... ni main maki hamun Nik Aziz ni ...? ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 7:41 PM

Abg, saya tengah geram ni. Saya juga antara pemohon br1m, terkena tempias lembu dan ayam. ;-)*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 7:46 PM

Aku harap utusan malaysia dan tv3 tidak dituduh memutarbelit kenyataannya. Lagi best, kalo ada video.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 7:52 PM

Din, lepas ni ko suruh je peminat tegar ko si cute pcp84 ni register nickname dia supaya tiada orang yang menyamar guna nickname dia.

~ peminat pcp84 *!* ~

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2013 at 7:59 PM

@AnonymousNi yang jeles nih ! Ada pulak peminat kepada pengomen ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 8:25 PM

Bro,
Setiap patah perkataan keluar dari mulut nik aziz menambahkan kekeliruan dan lagi pandangan serong masyarakat umum terhadap islam...
Adakah agama islam terlalu jumud dari kacamata nik aziz dan sahabat kita dalam parti PAS?

Zack
Air putih kuantan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 8:41 PM

Bila Tok Guru kata gitu, maknanya Allah sedang membantu kita menonjolkan kekhilafan Tok Guru. Alhamdulillah. Ish baru balik Mekah tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 8:49 PM

@Anonymous TGNA BUKAN CAKAP Penerima bantuan umpama ‘haiwan’DLM KYTAANNYA XDE PUN KLUAR PKATAAN HAIWAN...KORANG TU YANG SYOK SDIRI...KLUARKAN KYTAAN SDIRI...LAIN ORG CKP LAIN YG D HURAI...SKOLAH WAT PE MCM NI...

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2013 at 9:01 PM

@Anonymoussaudara tak habis komen lagi, perabiskanlah .... jadi TGNA sebut macamana ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 9:25 PM

Laaa baru aku tau ayam & lembu tu bukannya haiwan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 9:36 PM

Sah, ni memang salah seorang penyokong pas yg menerima br1m tapi tak nak di label sebagai ayam and lembu. *!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
February 22, 2013 at 1:23 AM

hahaha....kahkahkah....nasib baik aku tak mohon BR1M...hahaha....tu la korang, sapa suh amik, kan dah jadi lembu n ayam....hahaha..adesss byk pulak ketawa...kihkihkih

tapi kalau nak dikira kenyataan NA ni, alamatnya bukan je penganut PAS yg lembu...SEMUA pemimpin PAS adalah hasil dr LEMBU & AYAM sbb penganut terima duit dr UMNO/BN (kerajaan pemerintah) lepas tu penganut PAS bagi pulak duit tu setiap kali ceramah

kiranya, UMNO/BN gembala lembu/penternak ayam penganut PAS bapak/mak ayam/lembu & pemimpin PAS pulak jd le ANAK AYAM & BABY LEMBU, oooo comei gitu, baby cow pakai serban belajar kat deoband....kahkahkah....hahahaha.....kenyataan NA ni mmg lawok habih...kahkahkah..senak perut baca wei...hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
February 22, 2013 at 10:36 PM

bila dia ckp mcm haiwan tu termasuklah Babi dan yg sewaktu dgnnya. mulut hapak Nik aziz ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
February 22, 2013 at 10:37 PM

PAS kutip derma setiap kali ceramah tu apa? Terima derma ahli, maknanya PAS tu mcm haiwan jugak ke? hancing org tua ni.

Post a Comment