........... Nik Aziz Minta Hadi Cari Nabi Melayu jer ..... ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nik Aziz Minta Hadi Cari Nabi Melayu jer ..... ?

Monday, February 18, 201311comments



Sehari dua ni pemimpin2 Pas sibuk sekali mendabik dada mereka akan mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam.

Kenyataan terbaru Banggul Peradong Hadi  jelas menunjukkan keikhlasan Pas dalam perjuangan ini -

PAS memberi jaminan, kerjasama PAS dengan pakatan rakyat, dengan Dap, dengan keadilan, selagi dapat mempertahankan islam, mempertahankan melayu islam, 

sekiranya kerjasama itu merugikan melayu islam, merugikan islam, pas keluar pakatan rayat,tidak ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini kita bersama pakatan rakyat. Apabila Dap orang bukan islam berbagai agama, dalam pakatan Rakyat menerima Islam agama persekutuan hak-hak agama lain diberi hak dengan adil, hak istimewa melayu bumiputra, hak kaum lain adil, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ibunda diberi, raja mengikut perlembagaan, semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini
.


Dan Tuan Ibrahim turut menyokong penuh kenyataan bos nya itu -

“Kenyataan Hadi menunjukkan keyakinan Pas yang tidak akan menggadaikan hak istimewa Islam dan orang Melayu seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian antara semua parti PR. Selain itu, kita juga bersetuju untuk mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja Berperlembagaan.
“Bagi Pas, kita mementingkan komitmen. Jika PR menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dan Pas dapati ada antara jaminan itu gagal ditunaikan, kita sedia tarik diri daripada PR,”
Sinar


Melayu ? Hak Istimewa Melayu Bumiputera ?

Suka saya memperingatkan Hadi dan Tuan Ibrahim akan kata-kata Mursyidul Am Pas Nik Aziz -
 
Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain. Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan ‘kebangsaan’ dan ‘Melayu’. Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari ‘Nabi Melayu’.

“Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab. (Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab." KLiK



Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2013 at 8:09 PM

Satu statement yang paling bodoh Hadi buat dan sememangnya wajar ditujukan kepada pencacainya. Bukan kah apa yang dicakapkan itu menjadi perjuangan UMNO? Mungkin juga Hadi dah lihat Najib sudah mula tersasar dan memberikan kelebihan kepada bangsa Cina maka beliau gunakan peluang ini untuk menagih undi Melayu.

Apa yang Nik Aziz cakapkan dulu sudah tamat tempoh dan luput.

Kadang payah jugalah nak fahamkan cakap orang Trengganu ni. Hadi cakap kalau kerjasama dengan Pakatan merugikan Melayu Islam, merugikan Islam bla bla bla, kenapa pulak kalimah Allah dikongsikan dengan Kristian dan menurutkan kata LGE? Mengapa pula DAP yang dah sahih kafir berada diatas masjid dan surau menjalankan aktiviti kepartian? Memang semua itu tidak menampakkan kerugian, tapi bukan kah ianya saya pencemaran kepada Islam?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2013 at 8:09 PM

AKU MELUAT DENGAN PENGANUT AGAMA PAS! MANA ADA NABI MELAYU MEREPEK NAK MAMPOS MELUAT GILA AKU TENGOK!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2013 at 9:18 PM

@Anonymous

Nik Aziz tu menyindir jer bang. Nik Aziz saja nak bakar orang orang UMNO. jangan ambik hati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2013 at 9:21 PM

Aku dah cakap awal-awal, orang pas ni konon tolak asobiyah, tolak perkauman, tapi ambik Islam. Walhal, pas ni sebenarnya sebuah parti melayu yang menggunakan label Islam. Orang pas pun sama je ngan orang umno ketagih makan nasik, cubalah orang pas try tak makan nasik supaya tak sama macam orang melayu yang lain. Jangan makan budu atau belacan. Jangan cakap bahasa melayu walaupun sepatah. Pas seolah-olah ingat apabila kita berpakaian macam orang arab. Lepas tu pandai cakap arab lebih kurang. Kita dah boleh anggap macam kita ni lebih Islam daeipada orang lain. Walhal sebenarnya tidak. Akui ajelah bahawa pas dan melayu tak dapat dipisahkan.

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2013 at 9:42 PM

@AnonymousBetul tu... Pas sebenarnya tidak banyak bezanya dengan Umno pun. Jika benar Pas untuk semua, cuba bilang berapa ramai bukan Melayu dalam Pas ?

Tapi dalam Pas melabel orang Melayu yang sibuk dengan bangsa sebagai assobiyah, Pas tidak pula melabel orang cina yang sibuk dengan bangsa mereka sebagai assobiyah ? hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2013 at 10:16 PM

tak best dah blog ni, bukan artikel tak menarik, tapi tiada link lain kat tepi tu

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2013 at 10:31 PM

@anak melayuKlik BLOG LIST DINTURTLE berwarna merah disebelah kanan atas. Saya buka satu laman khas buat link sebab banyak sangat

....................
Reply To This Comment ...................
February 19, 2013 at 12:09 PM

@din kena letak artikel pengumuman link kat mn la...xsemua baca komen.
Nabi pon xbg org kutuk bangsa arab,bangsa baginda... Melayu dgn islam bkn opsyen,pilih samaada melayu atau islam.kan melayu tu islam, jd majukan melayu bg keistimewaan kat melayu samala membangunkan islam.dlm masa yg sama,mualaf xdipinggirkan,bangsa lain yg islam pon diberi keistimewaan. Rsnya,faktor nik aziz mpertikaikan melayu sbb nik aziz selalu mpertikaikan keislaman seseorg...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2013 at 12:59 PM

Blog List adalah salah satu daripada identiti wajib dalam blog. Kalau takde, macam tak lengkap. Pengecualian hanya kepada blog yang berbentuk forum seperti AIDC dan Mykmu sahaja. Lain-lain blog, sepatutnya ada Blog List. Dalam Blog List ada update terkini diaorang. Nanti bila nak cari posting terbaru dari blog-blog lain just klik jer kat Blog Dinturtle.

....................
Reply To This Comment ...................
February 19, 2013 at 2:45 PM

@AnonymousYa.. Nik azis hanya nak menunjukkan bahawa mereka sangat islam, melayu semua tolak tepi, hingga menyindir umno untuk cari nabi melayu.... Begitulah kuatnya islam (khawarij) pas. Tapi kenapa hadi pulak bangkitkan perkataan melayu? Bukankah itu haram bagi pas? Hanya sicelaka sahaja yang bercakap berdolak dalik macam tu.

Post a Comment