........... Najib Nak Datang Kuala Terengganu Sabtu ! Saya Nak Jumpa Rosmah Boleh ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Nak Datang Kuala Terengganu Sabtu ! Saya Nak Jumpa Rosmah Boleh ?

Friday, February 22, 20133comments



Esok hari Sabtu 23 Februari Najib dan Rosmah akan datang ke Kuala Terengganu sempena Program Jelajah Janji DiTepati. Saya cuba sms, tanya beberapa orang akan program Najib, sorang pun takde duit nak sms balik.

Alahai .... payah sebenarnya jadi blogger yang sebenar-benar TAK BERTUAN ni. Langsung tidak diberi sokongan.... padahal kita nak tolong promote. 

Mungkin ramai yang tak percaya, tapi terus terang saya cakap, saya tidak pernah dapat sebarang jemputan untuk tolong cover mana2 majlis pemimpin, atau PC , atau apa sajalah di kampung sendiri. Dinturtle tidak wujud dalam directori pemimpin Umno Terengganu.


Apa jua yang saya tulis berkaitan isu diTerengganu adalah atas inisiatif saya sendiri. Terkilan beb ....  bila tidak diiktiraf peranan.

Takperlah ... cuma satu perkara saya nak kabor, apa yang saya tulis bersandarkan info yang ada. Kalau saya tersalah tulis kerana kekurangan info, janganlah nak marah pulak. Lebih-lebih lagi nak dekat PRU13 ni ! Semua perkara jadi sensitif.

Cari punya cari, terjumpa lah laman ni - KLiK - dimana disenaraikan jadual program harian MB dan mana2 pemimpin besar .... tak tahu pun laman ni wujud. Senanglah nak jumpa MatSaid lepas ni hehehehe ...

Nah saya copy paste dibawah program Najib dan Rosmah untuk hari Sabtu nanti.

Yang ini saya harap ada orang Najib dan/atau Rosmah baca ! Serius beb ... jangan marah ya kalau saya tulis ni.... Saya harap dapat berjumpa dengan Datin Seri Rosmah barang seminit dua untuk bercakap dengan nya.

Najib saya tak nak jumpa, saya nak jumpa Rosmah jer hehehehe ... Boleh ? Adalah perkara yang saya nak cakap.... benda baik.

Tidaklah mengharap sangat... siapalah saya ni, cuma sekadar bertanya jer... kot-kot dapat jumpa, manalah tahu.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan dan saya dahului dengan ribuan Terimakasih diatas pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan.   


LAWATAN
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE TERENGGANU
PROGRAM JELAJAH JANJI DITEPATI (PJJD)

Tentatif

09.00 pagi : Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk walkabout di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu dan Perhentian Bas MBKT
09.05 pagi : Walkabout dan Sarapan Pagi Bersama Rakyat
10.00 pagi : YAB Perdana Menteri berlepas ke tapak PJJD di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
             : Nyanyian Lagu Negaraku
            : Nyanyian Lagu 1Malaysia
10.25 pagi : Ucapan Aluan Oleh YAB Menteri Besar Terengganu
10.30 pagi : Ucapan Pelancaran Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia 
(*Siaran Langsung)
            : Lawatan ke Tapak Pameran PJJD
12.00 tengah hari : Jamuan Makan YAB Perdana Menteri Bersama Rakyat
12.30 tengah hari : YAB Perdana Menteri berlepas ke program seterusnya

4.30 petang : YAB Perdana Menteri Malaysia ke Majlis Hi-Tea Bersama Kepimpinan Parti Komponen Barisan Nasional Negeri Terengganu di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu
(#Majlis Tertutup)

PERASMIAN TASKA PERMATA KELUARGA
OLEH YABHG. DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR
ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA
Di TASKA PERMATA Keluarga Kg. Serdang Baru, 

Bukit Tunggal, Kuala Terengganu 

Tentatif


3.15 petang : Ketibaan ibu bapa TASKA & Dif Jemputan
4.00 petang : Ketibaan YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia
            : Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu PERMATA
            : Bacaan Doa
            : Ucapan Aluan Oleh Encik Shafaruddin bin Mustafa
              Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Trg.
            : Ucapan Perasmian Oleh 
              YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
              Isteri Perdana Menteri Malaysia
            : Penyerahan Laporan Kajian TASKA oleh 
              Bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri 
            : Lawatan ke TASKA
            : Jamuan / Bersurai


Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 22, 2013 at 4:14 AM

kau nak no telefon big mama ke? apasal tak sms aku aje.....
kesian kau din.....berjuang tanpa mendapat sokongan dari pemimpin Ganu...Padahal blogger luar dapat menafaatnya......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2013 at 8:26 AM

Mu kena pastikan tiada bangunan runtuh sepanjang lawatan Najib ni bro...Naya orang ramai nanti...

....................
Reply To This Comment ...................
February 22, 2013 at 11:33 AM

@Matkilau penangAku ada dengar juga ..... malah terserempak juga bloger2 luar tengah ber'cuti' di Teganu... hahahaha

acu sms aku no big mama ....:)

Post a Comment