........... Mursyidul Agong PR Bersuara Lagi - Majlis Syura Pas Ciput jer ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mursyidul Agong PR Bersuara Lagi - Majlis Syura Pas Ciput jer ...

Monday, February 18, 20134comments

Dua hari lepas Hadi mengaum KONONnya Pas tidak teragak-agak untuk keluar dari PR jika kerjasama itu merugikan Islam - KLiK. Ramai yang membacanya sebagai usaha untuk memujuk dan mengembalikan semangat orang Pas yang semakin ramai mempertikaikan ketegasan kepimpinan parti dalam isu kalimah ALLAH. 

Sebagai respon kepada kenyataan Hadi itu, MURSYIDUL AGONG PR BERSUARA LAGI ! ! 

“Majoriti 2/3 (DAP dan PKR) tetap dengan pendirian yang sama. Walaupun, Pas menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu ALLAH tidak boleh digunakan."

BESAR maknanya ayat diatas tu ! Ia membawa maksud dalam kerajaan PR sekiranya ditakdirkan berkuasa, setiap parti punya suara yang sama. PAS BUKAN DOMINAN. Pas tidak boleh sewenangnya melaksanakan apa2 yang dijanjikan kepada ahlinya. PERJUANGAN ISLAM PAS TERTAKLUK KEPADA RESTU DAP DAN PKR.

Apapun keputusan dalaman Pas tidak memberi kesan kepada pendirian PR selagi tidak mendapat persetujuan Dap dan Pkr. Dan pandangan Karpal terhadap peranan dan pengaruh majlis Syura Pas -

“Majlis Syura ulama Pas adalah satu bahagian kecil dan tidak mewakili majoriti. Keputusan Majlis Syura tidak boleh atasi keputusan yang diumumkan ketiga-tiga pemimpin utama PR,”

Apa jua keputusan yang dicapai oleh Majlis Syura TIDAK DIPERAKUI atau TIDAK RELEVAN dalam menentukan dasar2 PR !  Majlis Syura Pas cuma ciput jer ...Keputusan majoriti kepimpinan PR LEBIH BERKUASA dari keputusan Majlis Syura Pas.

Dalam apajua isu jika Dap dan Pkr bersatu suara, pandangan dari Pas sudah tidak relevan lagi kerana jikapun Pas menentang, suara majoriti Dap + Pkr lebih berkuasa.

Yang ini PENTING - Itulah yang dimaksudkan bila kita berkata Kafir Dap akan punya pengaruh yang lebih besar dalam kerajaan jika PR berkuasa WALAUPUN bilangan kerusi yang dimiliki tidak majoriti. 

Berapa bilangan kerusi yang dimiliki Dap bukan kayu pengukur kekuatan pengaruhnya dalam PR asalkan ia cukup untuk menumbangkan PR sekiranya Dap keluar dari pakatan. Kalau pun Pas punya 50 kerusi, Pkr 50 kerusi sementara Dap cuma 30 kerusi, tapi jika Dap gertak untuk keluar dari pakatan, kerajaan PR boleh tumbang ! 

Seperkara lagi, berapapun bilangan kerusi Dap, Pas atau Pkr - perkongsian kuasa adalah SAMARATA ! 

Dap sedar dan tahu menggunakan fakta itu. Fakta itulah yang menjadi punca kekuatan Dap. Dan fakta itulah yang buat Pas sanggup menjadi kuda tunggangan..... bukan saya yang cakap tapi Hadi yang cakap.

Karpal juga ada menyuarakan perasaan sangsinya, apakah benar Hadi ada berkata sebagaimana dilaporkan -

"Saya tidak percaya Abdul Hadi berkata demikian, saya tidak pasti adakah laporan ini berasas. Saya perlu menghubungi Abdul Hadi untuk mendapatkan pengesahan," Sinar

Sila sesiapa orang PR tunjukkan video dibawah kepada Karpal untuk menyakinkannya. RIBUAN orang Pas menjadi saksi.





PAS memberi jaminan, kerjasama PAS dengan pakatan rakyat, dengan Dap, dengan keadilan, selagi dapat mempertahankan islam, mempertahankan melayu islam, 

sekiranya kerjasama itu merugikan melayu islam, merugikan islam, pas keluar pakatan rayat,tidak ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini kita bersama pakatan rakyat. Apabila Dap orang bukan islam berbagai agama, dalam pakatan Rakyat menerima Islam agama persekutuan hak-hak agama lain diberi hak dengan adil, hak istimewa melayu bumiputra, hak kaum lain adil, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ibunda diberi, raja mengikut perlembagaan, semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini
.


Persoalan utama yang perlu difikirkan oleh orang Pas adalah - Tidakkah keputusan PR mahu menggunakan kalimah ALLAH untuk menggantikan nama Tuhan mereka dalam Bible terjemahan Melayu itu satu tindakan yang merugikan Islam ?

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2013 at 11:48 AM

salam,

maksud presiden pas, tunggu sampai agama islam dilemahkan dan tak berdaya, barulah mereka akan berbincang untuk keluar atau tidak. setakat ini, semuanya salah kerajaan bn pimpinan umno menyebabkan islam dan melayu lemah. ni semua propa kerajaan jer untuk menakut dan menyalahkan pas. kerajaan ada kuasa, mereka yg patut ambil tindakan, bukannya pas yg hanya bercakap ikut sedap nak kentut jer. pusing la macam mana pun, pas juga yg betul. tapi bab roket, tak boleh lawan pasal dia sentiasa naik ke bulan. tu kita tunduk hormat pasal mereka tak tau lagi pasal islam walaupun dah merdeka 56 tahun. mereka masih lagi belum menerima dan bersedia mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara perkara berkaitan islam dan melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
KA
February 18, 2013 at 12:48 PM

kena sebar-sebarkan lagi artikel ni dengan meluaslah biar pengikut2 pas yang fanatik tu baca walaupun tau mereka juga pasti akan spin2 gak kasik betul apa kata pemimpin mereka tu. hehe. tapikan mana tau tiba2 terbuka hati mereka dapat menerima dgn hati terbuka dan mereka pula desak pemimpin mereka utk bertegas. Kalau Pas berjaya dapat pertahankan keputusan majlis syura ni saya pasti ramai org2 umno akan sokong pas pula. :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2013 at 2:34 PM

Majlis syura dah mcm ciput babi....hehehe....

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2013 at 2:51 PM

Lebih baik hadi jgn pusing pusing ayat lg,bbelit2.terus terang ja,pas xkan lakukan apa2 prubahan yg lebih baik dr umno sedang buat... Perlembagaan yg ditentang akan disanjung. Hukum hudud,negara islam mmg dh lama simpan bawah karpet. Nk mngaku mmg susah,tp lebih mudah klw jerit "pas ganti umno,takbir"....maka sluruh pengikut pas akan bhenti berfikir dan bertakbir....
Negara islam pas dh kena,hukum hudud pas dh k.o dgn karpal,kalimah Allah pas dh kelu.isu murtad utk melayu pas dh paspispus...mungkinkah lps ni,mahkamah syariah yg dap dan beberapa pemimpin pkr pernah pertikai penubuhannya akan dijadikan mangsa? Titik tolak pas dh bg,skrg dap hanya guna momentum saja.
Klw mcm tu,undi pas adalah langkah kebelakang nk hidupkan negara islam kat malaysia

Post a Comment